Serangan Masjid Di Norway Dipatahkan, Suspek Jadikan Insiden Christchurch Sebagai Inspirasi

Share

Seorang lelaki yang ditahan dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Oslo, Norway dipercayai menjadikan serangan di Christchurch, New Zealand sebagai insipirasi.

Suspek berusia 21 tahun, Philip Manshaus kini ditahan di bawah tuduhan membunuh dan keganasan.

Difahamkan, Philip tiba di masjid Al-Noor di Baerum bersama sebuah kamera GoPro di helmet sebelum memasuki pekarangan masjid.

Cubaannya bagaimanapun gagal apabila salah seorang ahli masjid, Imran Mushtaq dikatakan bergelut dengannya namun beberapa das tembakan sempat dilepaskan menyebabkan Imran tercedera di bahagian lengan namun serangan tersebut berjaya dihentikan.

Semasa kejadian, difahamkan lebih 12 orang berada di dalam masjid itu 10 minit sebelum serangan tersebut berlaku namun ketika kejadian hanya 3 orang tua sahaja yang tinggal di dalam masjid.

Mayat Adik Tiri Ditemui

Pihak polis kemudiannya ke rumah suspek dan menemui mayat seorang wanita dipercayai adik tirinya yang berusia 17 tahun dikenali sebagai Johanne Zhanjia Ihle-Hansen.

Superintendan, Rune Skjold berkata kepada wartawan bahawa suspek dilihat memuja ‘tokoh’ seperti Vidkun Quisling, pemimpin Norway di bawah pendudukan Nazi semasa perang dunia kedua.

Sumber: CNN

IKLAN