Separuh Google Search Lenyap Sebab Thanos, Tak Caya Cer Try

Share

Kehangatan Avengers: Endgame masih lagi menjadi bualan dunia kerana terbaru, Google Search telah menyelitkan ‘Easter Egg’ Thanos di dalam sistem carian mereka.

Spoiler pada yang belum menonton Infinity War, tapi kami dah tak peduli sebab dah sampai tahap ni confirm

semua dah tonton Infinity War. Pada pengakhiran filem tersebut, Thanos menghilangkan 50 peratus populasi hidupan di alam semesta.

Dan kali ini, Thanos kembali melenyapkan separuh dari carian Google. Kalau korang nak tengok depan mata sendiri, boleh try

tengok step-step yang kami kongsikan ini.

1. Pergi ke Google

2. Search Thanos

3. Klik simbol Infinity Gauntlet disebelah kanan

4. Enjoy!

Korang boleh lihat carian di Google tiba-tiba lenyap sejurus selepas klik simbol Infinity Gauntlet tersebut. Peminat Marvel mesti teruja kan? Power beb!

IKLAN