Drama Filem

Senyuman Seribu Rahsia: Episod Minggu Keenam Menyingkap Cinta, Bahagia dan Bahaya

Share

Menerusi dua buah episod terbaru pada minggu keenam tayangan, drama bersiri penuh aksi dan emosi Thariq Ridzuwan: His Treasure terus mengikat perhatian penonton dengan jalan cerita yang semakin rancak.

Episod minggu ini bukan hanya  menampilkan detik penuh romantis, ia juga merangkumi rahsia terbongkar, pengkhianatan dan fitnah yang akhirnya mula terlerai.

Semua faktor ini membuatkan setiap watak teruji di persimpangan antara cinta, dendam dan kebenaran.

Episod 11: Rahsia Terbongkar, Nyawa Jadi Taruhan

Paada episod ini, Radwa (Qasrina Karim) terkejut apabila mengetahui Farez (Evertts Gomes), lelaki yang selama ini membuat hidupnya kucar-kacir kembali semula dengan niat mahu merampasnya daripada Thariq (Meerqeen). Perkara itu membuatkan Radwa semakin resah dan keliru dengan keadaan sekeliling.

Pada masa yang sama, Fatih masih koma di hospital. Zizy yang datang melawat sebenarnya menyimpan niat jahat untuk membunuh Fatih, namun gerak-geri mencurigakan itu sempat dihidu. Lantas, Radwa segera menghubungi Thariq untuk kembali ke hospital.

Thariq yang pada waktu yang sama sedang bersemuka dengan Farez akhirnya memilih untuk meninggalkan musuhnya itu demi menyelamatkan Fatih.

Usai tiba di hospital, percubaan Farez untuk menembak Thariq gagal. Namun, Radwa kekal kecewa apabila Thariq tidak mempercayai kata-katanya mengenai Zizy.

Akhirnya, Thariq mendedahkan siapakah diri Farez yang sebenarnya dan membongkar semua rahsia hitam. Hal itu, membuat Radwa semakin terkejut apabila mengetahui Farez tidak pernah berhenti mengekori hidupnya.

Sementara itu, Zizy pula bertukat panik apabila percubaannya untuk membunuh Fatih hampir terbongkar sepenuhnya.

Episod 12: Fitnah Terlerai, Kebenaran Terungkai

Radwa akhirnya mengetahui dirinya sedang hamil.

Demi menjaga perasaan Thariq yang masih dihimpit badai fitnah, Radwa memilih untuk menyimpan rahsia itu buat sementara waktu. Dalam diam, Thariq bersama Holy Dragon terus berjuang mencari sinar kebenaran untuk membersihkan namanya daripada tuduhan Raudhah.

Episod 12 ini juga membuktikan usaha Holy Dragon membuahkan hasil apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar hakikat sebenar bahawa Thariq hanyalah mangsa serangan, bukan pelaku.

Berbekalkan bukti itu, Thariq berdepan keluarga Radwa untuk meleraikan kekeliruan. Namun, Rozita tetap berdegil dan mempercayai kata-kata Raudhah yang penuh tipu daya.

Dalam detik menegangkan itu, Kevin (Thompson Goh) muncul bersama seorang lelaki berselubung kepala. Identitinya terbongkar apabila Razi (Jay Iskandar) hadir dalam keadaan lemah dan ketakutan.

Setelah ditunjukkan bukti, dia akhirnya mengaku bahawa dialah yang sebenarnya mengandungkan Raudhah. Sementara itu, Radwa melepaskan amarahnya kepada Farez di sebuah restoran.

Dalam pada itu, Zizy mengejutkan ramai dengan sidang akhbar bagi mengakui dirinya pernah menjadi sekutu sindiket Gajah Hitam. Apa yang lebih mengejutkan, dia menamakan Farez sebagai ketua sebenar, sekaligus meruntuhkan permainan kotor yang cuba menjatuhkan Thariq.

Pendedahan itu membuat Farez gelabah dan cuba melarikan diri, manakala Zizy redha apabila dirinya ditahan.

Radwa pulang ke rumah dengan jiwa bercampur-baur, hanya untuk mendapati Thariq setia menantinya. Saat itu, rahsia yang disimpannya terlerai bila mengetahui Radwa mengandung. Senyuman bahagia Thariq terukir, seakan badai sudah berlalu dan ia digantikan dengan harapan baru.

Adakah bayang-bayang gelap yang belum terlerai benar-benar telah meningggalkan Thariq dan Radwa?

Ramai merasakan Farezi tidak akan duduk diam walaupun setelah melarikan diri dan Raudhah pula pasti merencana langkah seterusnya.

Thariq dan Radwa mungkin menikmati ketenangan seketika namun masih ada ujianlebih besar sedang menunggu.

Hendak tahu apa yang bakal terjadi? Nantikan episod-episod Thariq Ridzuwan: His Treasure seterusnya pada setiap hari Rabu dan Khamis di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE