Kebanyakan pasar raya sudah mengeluarkan produk mereka sendiri dengan tawaran harga yang lebih murah dan berbaloi. Pengguna kini mempunyai banyak pilihan untuk membeli, sama ada memilih produk berjenama atau pun produk keluaran pasar raya itu sendiri.
Sebelum ini sering kali kami mendengar Tesco juga telah mengeluarkan produk makanan yang menarik dan paling best, ia juga dijual dengan harga murah.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kathy Jem telah pun berkongsi antara produk Tesco yang sedap keluarga Tesco dan perkongsiannya itu telah pun mendapat kira-kira 2.4 ribu shares dan 3.2 ribu komen.
Jom kita lihat apa antara yang menarik di Tesco.
1. Pizza
Frozen pizza ini juga antara produk yang dicadangkan oleh kebanyakan orang. Selain itu, lasagna juga khabarnya mempunyai rasa yang enak.
2. Chicken burgers
Siapa hantu burger, boleh cuba beli daging burger keluaran Tesco ini yang dijamin sedap.
3. Nugget
Dah lama dengar orang kata nugget Tesco ni sedap macam yang dijual dekat restoran makanan segera tu.
4. Butter biscuits
Jangan beli sekotak, kena beli dua sebab takut tak cukup.
Ads
5. Snek
Sumpah sedap rasanya macam keropoj Twisties. Harganya baru RM1.25 sen sahaja. Murah sangat.
6. Coklat bar
Kalau nak rasa coklat bar pun ada juga dijual disini
7. Frozen Fried chicken
Serius sedap gila. Siapa suka pedas boleh pilih yang jenis spicy
8. Roti paratha
Ramai juga yang kata sedap. Ada yang pernah try ke?
Ads
9. Mini buns
Ramai juga yang suruh try mini buns ni
10. Popia dan samosa
Ini pun ramai yang cadangkan untuk korang cuba
11. Hazelnut chocolate spread
Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap kan?
12. Sardin
Ads
Ada yang kata sardin Tesco ni sedap, ada pula yang kata masin sikit
13. Keropok
Antara produk yang fast selling. Sedap, tak masin
14. Mi segera Tom Yam
Ada dua jenis, creamy tomyum dan tomyum biasa. Memang padu!
15. Tartar sauce
Tartar sauce dan thousand island Tesco pun sedap
16. Mini breadsticks
Calit dengan hazelnut chocolate spread tadi memang sedap
Hm, tengok pun dah terliur kan? Lepas ni mungkin kita boleh cuba.
TULAR di laman TikTok, seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) telah berkongsi pengalaman bagaimana dia menjadi buta.
Dalam perkongsian melalui akaun @ilakamilah97, wanita itu menjelaskan bahawa dia masih boleh mengenal pasti kedudukan barang dan warna sewaktu kecil.
Mata Kabur Kerana Sering Bermain Di Luar
Walau bagaimanapun, ketika berumur kira-kira lima hingga enam tahun, penglihatannya mula kabur kerana sering bermain di luar yang akhirnya menyebabkan matanya kerap gatal.
“Seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain di taman, begitu jugalah saya. Saya ini kasar sifatnya… jadi memang gemar bermain di luar.
“Apabila bermain di luar, habuk akan berterbangan dan masuk ke mata, menyebabkan ia menjadi gatal.
“Saya selalu menggosok-gosok mata saya, kemudian penglihatan saya mula kabur. Lama-kelamaan menjadi semakin gelap kerana dikatakan selaput mata sudah menutup biji mata.
“Saya suka menggosok dan menekan mata kerana rasa gatal,” katanya.
Bahaya Mengosok Mata
Memetik laman Hellodoktor, menggosok mata adalah tabiat buruk yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan risiko kesihatan pada mata.
Antaranya termasuklah:
Pengaruh terhadap Penglihatan
Tabiat menggosok mata boleh merosakkan penglihatan yang sebelumnya baik. Ini kerana menggosok boleh memecahkan saluran darah di mata, sehingga menyebabkan percikan darah.
Konjunktivitis
Tangan adalah tempat yang banyak mengandungi kuman. Jadi, apabila seseorang menggosok mata dengan tangan, kuman dengan cepat dipindahkan ke mata dan menyebabkan jangkitan.
Kerosakan pada Kornea
Jika terdapat objek asing yang terperangkap dalam mata, tabiat menggosok hanya akan memperburuk keadaan dan boleh merosakkan kornea.
Menggosok mata terlalu kerap juga boleh menyebabkan kornea menjadi semakin nipis, suatu keadaan yang dikenali sebagai keratoconus yang mengganggu penglihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menu masakan tradisi dari Malaysia pernah mencuri tumpuan penonton antarabangsa apabila ia dipersembahkan oleh saluran memasak luar negara.
Korang mesti masih mengingati bagaimana Gordon Ramsay pernah kalah kepada resepi nasi lemak ikan bilis sambal yang dimasak oleh Aunty Lian.
Dan nasi lemak sekali lagi menjadi topik perbualan apabila juri program MasterChef UK, Greg Wallace mengkritik hidangan nasi lemak rendang ayam yang disediakan oleh peserta dari Malaysia, Zaleha kerana ia dikatakan tidak ‘rangup’.
Kali ini, satu lagi hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia mencuri tumpuan chef antarabangsa. Ia adalah hidangan ikan bakar yang disediakan oleh chef selebriti, Jamie Oliver menerusi rancangan Jamie and Jimmy’s Friday Night Feast.
Rancangan yang telah memasuki musim kelapan itu telah ditayangkan semalam dan seperti biasa, Jamie berjaya membuatkan penonton (termasuk kami!) terliur dengan hidangan yang biasa kita makan ini.
Jamie menggunakan ikan siakap (seabass) dan menyediakan pes yang diinspirasikan oleh citarasa lidah orang Malaysia. Dia kemudian menghidangkannya dengan nasi putih dan chopped rainbow salad (lebih kurang seperti kerabu) dan cili potong di atasnya.
Lihat bahan-bahan yang digunakan oleh Jamie seperti di bawah:
Serai dihiris nipis
Cili merah
Bawang merah
Halia
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Kesemua bahan pes ini ditumbuk sebati.
Seperti kebanyakan ‘mak-mak’ di Malaysia, dia lebih memilih untuk menumbuk dan bukannya mencampakkan saja ke dalam pengisar untuk mendapatkan rasa yang lebih autentik.
Kacang tanah
Sos ikan
Tomato puri
Perahan limau kasturi
Kesemua bahan ini diadun sebati sebelum ia dilumur ke atas ikan dan disumbat ke dalam ikan.
Sebagai ‘finishing touch’, Jamie menggunakan daun pisang untuk membalut ikan tadi sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 220 darjah Celsius untuk 25 minit.
Untuk mendapatkan resepi penuh Jamie, korang boleh menonton episod penuh itu di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pelajar kelainan upaya (PKU), Nurul Asyiqin Shafie, membuktikan bahawa kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencapai impian.
Meskipun menghadapi cabaran fizikal yang besar, graduan berusia 23 tahun itu tidak menjadikan keadaan itu sebagai halangan, sebaliknya terus berusaha keras dan menanam tekad untuk berjaya seperti pelajar lain.
Anak kelahiran Setiu, Terengganu itu, yang kini memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESOL (Kepujian), mengakui bahawa walaupun pihak universiti menyediakan kemudahan khusus untuk pelajar OKU, dia lebih memilih untuk mencabar dirinya sendiri dan tidak mahu diperlakukan berbeza daripada pelajar normal.
“Saya mengalami kemalangan ketika membonceng motosikal dengan sepupu. Akibat kemalangan itu, urat pada keempat-empat jari kaki kanan saya putus.
“Dan terpaksa dipotong sepanjang 15 sentimeter. Sejak itu saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak,” katanya.
Tambahnya lagi, semasa semester terakhir, dia sekali lagi terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan kaki kiri retak, terpaksa bergantung sepenuhnya pada kaki kanan untuk bergerak.
Walaupun doktor mengesyorkan cuti selama 58 hari bagi proses pemulihan, Nurul Asyiqin memilih untuk mengambil risiko dengan hanya bercuti selama empat hari.
“Saya tidak mahu menangguhkan pengajian saya, jika tidak, saya mungkin akan terlepas sesi konvokesyen ini,” ujarnya penuh semangat.
Sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESOL, Nurul Asyiqin telah berjaya mengatasi pelbagai rintangan sepanjang perjalanan pendidikannya.
Kini, dia juga mengajar tuisyen dalam talian secara sambilan, sambil mendalami ilmu dan berkongsi pengetahuan dengan pelajar lain. Kejayaan yang diraihnya ini tidak hanya didedikasikan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk kedua orang tuanya.
Dia berkata, kejayaan ini adalah untuk bapanya, Shafie Awang, 61, seorang mekanik, dan ibunya, Maziah Hamid, 45, yang kini menghidap penyakit buah pinggang.
Selain Nurul Asyiqin, turut menerima anugerah pada upacara konvokesyen USM yang berlangsung selama lapan hari mulai esok hingga 26 November ini adalah tiga lagi graduan cemerlang yang turut berjuang untuk mencapai kejayaan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.