Sempat Lagi! Pasangan Rakam Foto Kahwin Epik Ketika Gunung Berapi Taal ‘Berasap’

Share

Satu-persatu kejadian bencana alam sedang menimpa dunia pada Januari tahun ini saja.

 

Bermula dengan kebakaran besar-besaran di Australia, kini penduduk di pulau Taal Filipina pula sedang berjaga-jaga dengan amaran skala lima gunung berapi di sana.

Untuk pengetahuan, pulau Taal sememangnya terkenal di kalangan pelancong kerana keindahannya, terutamanya baru-baru ini apabila ia dipilih untuk upacara perkahwinan destinasi.

Taal Volcano.

Lalu apabila amaran letusan gunung berapi dikeluarkan pada Ahad lalu, tak hairanlah apabila masih ada pasangan yang sedang mengadakan upacara perkahwinan pada waktu itu.

Satu pasangan warganegara Filipina bertindak untuk meneruskan upacara mereka walaupun gunung berapa Taal mula ‘berasap’ 20 kilometer dari lokasi mereka.

Hasilnya, jurugambar rasmi mereka iaitu Randolf Evan berjaya membidik foto epik perkahwinan berlatar belakangkan gunung berapi Taal.

Semasa ia ditangkap, pasangan tersebut dan para tetamu baru tersedar akan situasi gunung berapi Taal tetapi tetap meneruskan upacara.

“Kami teruskan juga kerana memikirkan ia masih di peringkat awal. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kami memeriksa media sosial untuk sebarang berita.

“Hanya apabila debu bertambah teruk, acara resepsi dihentikan serta-merta.”

Foto yang dimuat naik oleh Randolf menyaksikan debu tebal mulai naik ke udara sambil pasangan tersebut melafazkan ucapan (vow) masing-masing.

Sumber: Channel News Asia

*

Agak-agak ada tak pasangan di Malaysia yang ingin melangsungkan perkahwinan semasa bencana alam seperti banjir melanda? Err..

Untuk info lanjut mengenai keadaan semasa debu teruk di pulau Filipina itu, klik artikel di bawah.

 

IKLAN