“Semoga Istiqamah Berhijab, Cantik Sangat” -Foto Nora Danish Berhijab Tuai Pujian Warganet

Share

Subhanallah, cantiknya Nora Danish berhijab!

Bintang jelita, Nora Danish meraih perhatian warganet apabila tampil sopan mengenakan hijab menerusi perkongsian terbaharunya di entri Instagram.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem popular Bencinta itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan keluarga kecilnya sedang berswafoto bersama di dalam kereta. Lebih manis lagi, Nora dilihat ayu menyarungkan hijab berona putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Padam Foto ‘Freehair’ Di Instagram, Julia Farhana Kini Tampil Ayu Berhijab

“Pagi yang sangat bermakna, buat kami sekeluarga. Bismillah,” coretnya ringkas.

Sempat Remaja menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis tidak terlepas peluang memuji kecantikan aktres berkenaan.

Ruangan itu juga, ramai yang meniupkan doa buat pelakon berusia 41 tahun itu agar terbuka hati dan istiqamah untuk terus mengenakan hijab selepas ini.

“Semoga Nora kan terus kekal berhijab. Cantik sangat,” komen seorang peminatnya.

“Semoga istiqamah berhijab… Allah, cantik sangat,” komen juga peminat lain.

“MasyaAllah lawa kak Nora pakai tudung. Semoga diberikan kesempatan menutup aurat,” tulis juga pengikutnya lain.

“Nora please… please stay selamanya berhijab. Alhamdulillah, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.

Menerusi IG Story, pelakon drama popular Puteri itu juga ada memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya berrhijab dalam persalinan serba putih. Difahamkan, Nora dan keluarga menghadiri sebuah majlis pernikahan ahli keluarga terdekat, pagi tadi.

SUMBER FOTO: Instagram Nora Danish

IKLAN