Seminggu Selepas Pertunangan Ayda Jebat, Adik Kongsi ‘Trik’ Lakukannya Secara Online

Share

 

Ribuan ucapan tahniah telahpun dilayangkan kepada pasangan serasi, Ayda Jebat dan Nabil Mahir sejak mengikat tali pertunangan kira-kira seminggu yang lalu.

 

Menariknya, disebabkan ia disempurnakan pada hari kelahiran Nabil yang secara kebetulan jatuh dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis tersebut tetap diteruskan secara online saja.

Menuru adik kepada Ayda iaitu Danial yang dihubungi Remaja, majlis merisik dan pertunangan yang kelihatan ‘seperti diadakan’ di kediaman Ayda hanya menggunakan aplikasi Google Meet untuk bertemu dengan Nabil dan keluarganya.

Foto yang melihatkan mereka berdua di atas pelamin pertunangan hanyalah foto yang disunting seolah-olah mereka berada di lokasi yang sama.

Di mana ada kemahuan, di situ ada pertunangan!

Kongsi Danial lagi, “Nasib baik saya dan keluarga memang berada di rumah Ayda sebelum PKP bermula dan kami stuck

di sini. Jadi semua persediaan memang kami lakukan sendiri. Yang paling penat saya lah!” selorohnya.

“Persediaan seperti hantaran, pakaian dan pelamin semuanya menggunakan servis penghantaran (delivery) saja. Walaupun macam pelik dan tidak seperti majlis pertunangan pasangan Melayu lain, yang penting ia berjalan lancar. Keluarga saya menerima Nabil dengan baik, dan begitu juga dengan keluarga Nabil yang menerima Ayda.”

Cantik sedondon dalam persalinan merah jambu cair, penulis tertanya juga perasaan Danial sendiri yang akan menerima seorang abang ipar?

“Mestilah saya gembira dengan news ini. Saya doakan pertunangan kakak saya dan Nabil akan berakhir di jinjang pelamin. Dan terus dapat baby

yang comel macam saya! (ketawa). Saya pasti Nabil boleh menjaga kakak dengan baik,” katanya lagi.

Best kan apabila keluarga pasangan dapat menerima kita sebaik mungkin.

 

IKLAN