Semburit & Bersemburit, Ayat Ini Kedengaran Pelik Tapi Mulai Popular Sejak Semalam

Share

Di sebalik isu pengakuan terbuka bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama,  Haziq Abdul Aziz bahawa dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam video intim itu, mulai semalam kita mulai belajar satu perkataan yang sangat jarang diguna pakai sebelum ini.

Bila akhbar-akhbar utama menggunakan ayat SEMBURIT dan BERSEMBURIT, ada tanda-tanda lucu dalam diri kita. Ramai yang ketawa berdekah-dekah kerana beranggapan maknanya sangat lucu dan sedikit kotor. Tak hairanlah, kita mula membelek  Kamus  Dewan untuk mengetahui maksudnya.

Pencarian REMAJA dalam Kamus  Dewan edisi Ke empat, SEMBURIT DAN BERSEMBURIT membawa makna yang sama iaitu persetubuhan sesama lelaki; bersemburit bersetubuh sesama lelaki.

Semburit dan bersemburit membawa maksud persetubuhan sesama lelaki

Tapi awas ya, jangan disebabkan perkataan burit, otak kita menerawang jauh-jauh. Ini kerana burit atau buritan dalam kamus Dewasa Edisi Kedua langsung tidak ada kaitan dengan perlakuan sesama jenis tetapi ia membawa makna  bahagian belakang (kapal, perahu dan sebagainya).

Besar bezanyakan! Hikz!

Ternyata bagi negara jiran yang juga serumpun, Indonesia, ayat semburit dan bersemburit ini diguna pakai oleh masyarakat di sana.

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), semburit membawa makna persetubuhan sesama lelaki; perjantanan;

Bersemburit pula membawa maksud bersetubuh sesama lelaki; main berjantan.

Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) membawa maksud yang sama mengenai semburit

Jadi, kalau mana-mana merasakan ayat semburit atau bersemburit itu salah ditulis atau membawa maksud lucu, tapi ayat itu sebenarnya memang ada dalam kamus dewan.

 

 

 

 

IKLAN