“Semalam ayah melihat anaknya naik ke pentas… hari ini anaknya menyaksikan ayah pergi buat selama-lamanya.”

Detik itu menjadi antara momen paling pilu buat graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Muhammad Fadil Sharifuddin, yang baru sahaja menamatkan pengajiannya baru-baru ini.

Menurut perkongsian UPNM, ketika Fadil melangkah ke pentas untuk menerima skrol, ayahnya, Sharifuddin Masod, dilihat menahan sebak menyaksikan kejayaan anak tercinta.

‘Semalam Ayah Bangga, Hari Ini Dia Pergi..’ -Momen Indah Konvokesyen Bertukar Sayu Buat Graduan UPNM

“Bukan kerana sedih, tetapi kerana bangga melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya berjaya mencapai kejayaan besar dalam hidupnya.

“Ketika matanya mencari wajah ayah, dunia seolah berhenti seketika apabila matanya bertemu dengan pandangan penuh kasih seorang bapa. Itulah detik yang tak boleh diulang. Detik yang hanya Tuhan tahu betapa berharganya,” tulis UPNM di Facebook.

Ads

Namun kegembiraan itu tidak berpanjangan. Siapa sangka, hanya sehari selepas majlis konvokesyen tersebut, suasana bertukar hiba apabila Sharifuddin menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat.

‘Semalam Ayah Bangga, Hari Ini Dia Pergi..’ -Momen Indah Konvokesyen Bertukar Sayu Buat Graduan UPNM
Berita duka itu seakan menutup babak indah dalam hidup Fadil dan menukar momen kegembiraan menjadi kesedihan mendalam.

“Pada hari Jumaat yang tenang, ayahnya pergi setelah menyaksikan kejayaan anaknya dengan mata sendiri. Orang selalu kata rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.

Ads

“Bagi Fadil, rezekinya adalah sempat membahagiakan ayahnya pada hari terakhir lelaki itu di dunia,” kongsi UPNM lagi.

‘Semalam Ayah Bangga, Hari Ini Dia Pergi..’ -Momen Indah Konvokesyen Bertukar Sayu Buat Graduan UPNM

Di sebalik ujian berat ini, jelas kasih dan pengorbanan seorang ayah menjadi memori yang akan sentiasa hidup dalam hati seorang anak.

Ads

Setiap yang berlaku pasti hadir dengan hikmah, dan moga Fadil terus diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan paling bermakna dalam hidupnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: FB UPNM

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads