Semakin Serius! Menteri Kesihatan UK Tak Terlepas Dijangkiti Covid-19

Share

 

Status sebagai seorang Menteri Kesihatan nampaknya tidak cukup untuk Nadine Dorries mengelakkan dirinya daripada dijangkiti wabak Covid-19.

 

Menurut laporan agensi pada pagi ini, Nadine yang berusia 62 tahun telah jatuh sakit pada hari Jumaat lalu. Hanya pada malam tadi, beliau disahkan positif Covid-19.

Ironiknya, Nadine ialah sebahagian daripada pasukan yang menggubal peraturan khusus untuk menangani penyebaran COVID-19 sebelum jatuh sakit.

Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan di Downing Street gara-gara penglibatan Nadine bersama Perdana Menteri dan ratusan lagi individu lain di Parlimen sepanjang minggu lalu.

 

Ramai gusar sekiranya lebih ramai yang akan terjangkit akibat Nadine yang aktif dengan tugasan beliau. Buat masa ini, beliau sedang dalam perintah kuarantin dan berada dalam proses pemulihan.

“Sebaik disahkan positif, saya melaksanakan semua langkah pencegahan yang perlu dan berada dalam kuarantin di rumah.

“Bahagian Kesihatan Awam England sudah memulakan usaha pengesanana dan saya mematuhi semua arahan atau nasihat diberikan,” kata beliau.

*

Nadine bukanlah menteri kerajaan pertama yang disahkan positif Covid-19. Sebelum ini, Menteri Kebudayaan Perancis iaitu Franck Riester telah disahkan positif pada 9 Mac lalu.

Sila pastikan korang mengambil langkah pencegahan seperti memakai hand sanitizer. Atau mungkin boleh juga DIY sendiri seperti di bawah.

IKLAN