Kelmarin, pengguna perkhidmatan jalur UMobile telah menjadikan gangguan servis syarikat tersebut sebagai topik trending di Twitter. They really brought the house (or rather, the country) down.
Hari ini, satu lagi syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Digi mengalami gangguan servis sekaligus menggangu kelancaran urusan pengguna mereka.
Sedari pagi tadi, ramai pengguna yang mengutarakan masalah tersebut melalui media sosial. Tindakan Digi yang segera menyuarakan kenyataan rasmi untuk meredakan ketegangan pengguna amatlah dihargai. Sekurang-kurangnya, Digi tidak membiarkan pengguna terpinga-pinga apa yang sedang berlaku kepada line masing-masing.
Ads
Bagaimanapun, sebahagian besar netizen (termasuklah kami) terpaksa menunggu sehingga 4 jam sebelum kerja baik pulih selesai dijalankan.
Like guys, kami perlu cari WiFi di tengah jalan ke sekarang? Bagaimana nak guna Waze? Bagaimana nak melakukan update secara LIVE? Terlalu banyak urusan yang tergendala.
Ads
Menurut seorang pengguna akuan Twitter bernama @Soundtrepreneur, pengguna sebenarnya boleh je menukar kepada servis lagi menggunakan dual sim card.
Cuma, tak semua orang mempunyai telefon pintar dengan dual sim card dan tak semua orang mempunyai sim card kedua.
Ads
Dalam pada itu, Digi juga mencadangkan penggunanya untuk cuba mematikan dan menghidupkan semula telefon mereka. Haih, susahlah kalau nak refresh selalu.
Tabah sajalah korang. Sekurang-kurangnya kita tahu ia memakan masa 4 jam, daripada kita dibiarkan saja tanpa info semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kematian George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis baru-baru ini, Amerika Syarikat digegarkan dengan insiden tunjuk perasaan besar-besaran bagi menunjukkan solidarity kematian beliau.
Tular di media sosial apabila banyak butik-butik mewah dipecah masuk dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil barangan daripada butik yang telah dirusuh.
Gambar hiasan
Apple Store tidak terkecuali daripada menjadi mangsa ‘rompakan’, apabila iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran kedai dan stok di dalam stor telah dicuri. Namun, apa yang mungkin tidak diketahui si ‘perompak’ ialah peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem akan menyahaktifkannya apabila ia dicuri.
Seorang individu yang dipercayai telah mengambil iPhone tersebut memuat naik gambar di media sosial dengan menunjukkan amaran yang dipaparkan untuk memulangkan semula dari lokasi ia dicuri serta peranti sedang dijejak oleh pihak berkuasa yang telah dihubungi.
Sistem GPS yang menjejak lokasi peranti boleh digunakan secara percuma dan disebabkan itu, peranti boleh dikesan dengan mudah oleh pihak Apple selagi ia dihidupkan. Semua peranti yang dicuri kini tidak lagi boleh digunakan dan hanya bernilai sebagai alat ganti haram.
Ha, dalam mimpi sahajalah mereka nak pakai iPhone secara percuma. Sudahlah tak boleh guna, tak pasal-pasal didakwa mencuri pula. Hiks!
Berita baik buat korang yang sedang mencari telefon pintar baru, Apple telah pun mengumumkan bahawa iPhone SE sudah boleh mula ditempah melalui laman rasmi Apple bermula 11 Mei 2020.
Selain tempahan melalui lawan web Apple, korang juga boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.
iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak tahu harga telefon pintar ini kan?
Bagi model 64Gb dijual pada harga RM1999, 128GB RM2199 dan 256Gb pada harga RM2699.
Dalam dunia media sosial, tempoh masa seminggu je sudah mencukupi untuk kita saksikan perubahan pada fungsi aplikasi.
Terbaru, platform kegemaran ramai remaja kini iaitu Twitter sudah mengumumkan bahawa mereka akan menambah baik aplikasi media sosial tersebut dengan fungsi stories yang popular di Snapchat, Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Tidak lama lagi, korang boleh memuat naik video pendek sebagai pengganti kepada ruang status.
Fungsi News Camera ini nampaknya telahpun dicuba pakai oleh jurutera teknikal iaitu Jane Manchune Wong dan penasihat media sosial, Matt Navara.
Melalui perkongsian screenshot mereka berdua, kita sekarang mengetahui yang ia dipanggil sebagai ‘Moments’ dan bukannya ‘Stories’ seperti di Instagram.
Namun itu hanyalah sekadar eksperimen Twitter buat masa ini.
Mereka masih sedang dalam proses mengkaji fungsi sebenarnya dan final look fungsi tersebut mungkin akan tampil berbeza dengan screenshot yang telah tersebar. Tak sabar nak cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.