Selepas Thailand, Jepun Pula Umum Terima Kemasukan Warga Asing

Share

Jika sebelum ini Thailand telah bersiap sedia menerima kunjungan pelancong asing selepas sekian lama menghentikan operasi penerbangan akibat wabak COVID-19.

Kini giliran negara matahari terbit Jepun pula dilaporkan sedang mula membenarkan kemasukan warga asing dari seluruh dunia bermula Khamis.

Namun jangan terlalu gembira, ia bukanlah bermakna korang boleh melancong ke Jepun kerana akses ini hanya untuk golongan warga asing profesional seperti pendidik, pakar perubatan, pelajar dan lain-lain.

Memetik laporan, mereka berkelayakan untuk penginapan jangka sederhana atau panjang selama tiga bulan atau lebih.


Tapi sebelum itu, warga asing yang layak perlu diuji negatif COVID-19 sebelum masuk atau sebaik sahaja tiba di Jepun.

Manakala penaja mereka, seperti syarikat atau organisasi yang terlibat diharap dapat memastikan mereka melakukan pengasingan diri selama 14 hari dan sepanjang tempoh itu mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan pengangkutan awam.

Kerajaan menyatakan akan mempertimbangkan kemasukan 1,000 warga asing ke negara itu setiap hari, khususnya kepada mereka yang merancang untuk tinggal selama tiga bulan atau lebih, sambil berusaha meningkatkan jumlahnya pada bulan-bulan seterusnya.


Untuk info, sebelum ini Jepun telah pun menyatakan bahawa negara itu sudah menyekat kemudahan visa terhadap 111 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, termasuklah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Hm, so mari la berdoa agar pandemik ini cepat berakhir agar kita dapat travel ke Jepun lagi. Namun kami percaya rakyat Malaysia masih lagi mahu pintu sempadan ditutup sehingga kes COVID-19 benar-benar pulih.

Apa-apa pun, teruskan mematuhi SOP kerana negara kita masih belum menang menentang wabak pandemik ini. Sekiranya baru pulang dari kawasan merah COVID-19, jalankan tanggungjawab korang untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Jangan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan mengakibatkan kemudaratan pada orang lain.

Sumber : Astro Awani

IKLAN