Selepas Setahun, Selebriti Memperingati Tragedi Kematian Kim Jonghyun (SHINee)

Share

 

Kalau korang masih ingat akan kes bunuh diri selebriti Korea, Kim Jonghyun tahun lalu, ia telah membuka mata seluruh dunia terhadap isu depresi yang dilalui oleh ramai orang muda.

 

Bekas ahli kumpulan SHINee itu didapati dalam keadaan tak sedar diri di apartmennya oleh anggota polis dan sukarelawan setelah dia menelefon kakaknya, Kim So-dam untuk mengucapkan selamat tinggal.

Walaupun dibawa segera ke Konkuk University Hospital dan mendapat rawatan pernafasan, Jonghyun gagal untuk bangun daripada koma dan disahkan meninggal dunia pada usia 27 tahun, pada 18 Disember 2017.

Kini setahun kemudian, ramai yang memperingati tragedi tersebut semalam terutamanya di kalangan selebriti Korea.

***

Penyanyi IU mendedikasikan sebuah persembahan semalam di Singapura untuk Jonghyun dengan menyanyikan lagu berjudul Gloomy Clock.

Ia juga adalah lagu yang ditulis oleh Jonghyun sendiri. REMAJA difahamkan, Gloomy Clock pada asalnya tidak ada dalam senarai setlist, namun IU ingin lakukan sesuatu yang istimewa untuk kawan baiknya itu.

 

 

Pentas juga dilihat berubah warna kepada hijau akua atau turquoise, iaitu warna rasmi SHINee.

 

Rakan kumpulannya, Key memuat naik video di Instagram. Di dalam video tersebut, Jonghyun kelihatan sedang duduk di atas pentas untuk sesi rehearsal.

 

Leeteuk dari Super Junior juga berkongsi gambarnya bersama SHINee dan menulis, ‘Setahun telah berlalu dengan sangat pantas. Walaupun selepas setahun, kami masih rindu dan fikirkan tentangnya. Walaupun bukan pada setiap hari, tolong ingatinya, even if it is just today.

Rakan baik Jonghyun iaitu Nine9

dari Dear Cloud memilih gambar mereka berdua di atas pentas dengan caption beremosi, “I miss you so much.”

BACA: 6 Selebriti Popular Bunuh Diri Akibat Depresi

 

IKLAN