Selepas Putera Charles, Kini Orang Ramai Yakin Putera William Juga Positif Covid-19

Share

Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.

Berita kurang baik kembali datang dari keluarga kerabat diraja Inggeris. Baru-baru ini, Putera William dilaporkan positif COVID-19 pada April lepas.

Laporan dari The Sun itu bagaimanapun turut disahkan oleh beberapa media tempatan termasuk BBC

The Sun melaporkan William, 38, dirawat oleh doktor istana dan menjalani kuarantin di rumahnya Ammer Hall di Norfolk.

Sepanjang April, beliau masih menjalankan tanggungjawabnya dengan mengadakan sebanyak 14 panggilan telefon dan video.

“Pada satu tahap, William bergelut untuk bernafas yang jelas membuatkan orang di sekelilingnya panik.

“Selepas berjumpa dengan pasukan perubatan dan disahkan positif (keputusan itu) agak mengejutkan memandangkan beliau cukup sihat dan aktif (dalam masa sama) William tekad untuk meneruskan kerjanya,” kata seorang sumber kepada The Sun.

Laporan itu mendakwa William dijangkiti COVID-19 hanya beberapa hari selepas bapanya, Putera Charles, 71 tahun turut disahkan positif COVID-19 pada hujung Mac.

Tambahan lagi, beliau bagaimanapun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum kerana ingin mengelak kebimbangan orang ramai dan sehingga kini, tiada sebarang komen dari Istana Kensington.

Apapun kita doakanlah agar pewaris takhta diraja Britain ini kembali sihat seperti sedia kala. Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Sumber : Astro Awani

IKLAN