Siapa sahaja tidak kenal dengan drama sinetron Indonesia yang pernah mendapat tempat dalam kalangan penonton pada suatu ketika dulu iaitu Bawang Putih Bawang Merah. Penulis pun salah seorang penonton setia sinetron ni ye…
Pelakon utama yang sering menjadi bualan hangat pada ketika itu ialah Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah, Revalina S Temat sebagai Bawang Putih dan Dimaz Andrean sebagai Ferdi iaitu heronya.
Ads
Tapi selepas sinetron ini, nama Revalina S Temat jarang didengari kan?
Pelakon yang berumur 34 tahun itu lebih memilih penampilan yang sopan dan muslimah tambahan pula dia sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
A post shared by Revalina Temat (@vatemat) on Jul 20, 2019 at 5:26am PDT
Rata-rata gaya yang ditampilkan pelakon jelita itu adalah dengan memakai tudung bawal dan pakaian yang kelihatan longgar serta kemas sesuai sangat para hijabi dan remaja untuk meniru penampilannya.
A post shared by Revalina Temat (@vatemat) on Jul 11, 2019 at 4:45am PDT
Rata-rata Memuji Penampilannya
Revalina yang sering memuat naik gambarnya di laman Instagram telah mendapat pujian daripada pengikut apabila dirinya sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
Apapun Revalina memang cukup cantik dan menawan walaupun sudah menutup aurat dengan sempurna. Teringat pula penulis dengan bawang putih yang sering dibuli oleh bawang merah..hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan mengiut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin juga mengumumkan pelajar tidak perlu mengenakan seragam apabila kembali ke sekolah nanti.
Namun begitu, pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas. Pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan. Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.
Sekolah di negeri bawah Fasa 4 dan 4 PPN dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober depan, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.
Hanya Sarawak, Negeri Sembilan dan Labuan merupakan negeri yang berada di Fasa 4 PPN, namun dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak, ia belum membayangkan sama ada mereka akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.
Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya Kedah dan Johor masih berada di Fasa 1.
Sama-sama kita doakan agar para pelajar yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka ini dilindungi daripada segala bahaya penularan wabak COVID-19. Semoga mereka dapat membiasakan diri dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dengan lebih selesa.
Terdapat banyak sangat produk kesihatan yang dijual sama ada secara online atau pun di toko-toko ubat yang kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Kali ini, Remaja nak kongsi kan senarai terkini produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dianalisa oleh Medical Mythbusters Malaysia dan dikesan mengandungi bahan terlarang.
Menurut laporan yang ditulis pada laman Facebook mereka, ubat tidak berdaftar amat tidak digalakkan penggunaannya kerana biasanya produk-produk seperti ini tidak pernah di analisa oleh mana-mana pihak, terutamanya KKM. Dikhuatiri ianya dikilangkan di tempat yang tidak mengikut standard yang membawa risiko pencemaran dan lain-lain lagi.
Rujukan untuk semakan produk berdaftar atau tidak di laman web BPFK Malaysia.
Selain itu, produk tersebut mungkin saja dicampur dengan bahan terlarang demi memberi kesan segera dan melariskan penjualan semata-mata. Biasanya bahan terlarang ini terdiri dari ubat terkawal ataupun racun berjadual contohnya seperti steroid dan lain-lain lagi. Ubat terkawal atau racun berjadual ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor ataupun ahli farmasi melalui preskripsi daripada doktor.
Penggunaan ubat tidak berdaftar yang telah dicampurpalsu bahan terlarang ini menyebabkan pengguna “terpaksa rela” menelan “bahan terlarang” a.k.a steroid/racun berjadual tanpa sedar dan tanpa pemantauan serta dos/sukatan yang betul daripada mereka yang berkelayakan yang mungkin mengundang risiko masalah kesihatan yang lain dan mungkin mengundang maut.
Jadi, dinasihatkan agar semua pengguna menyemak ubat yang digunakan sama ada diluluskan KKM atau pun tidak. Dua cara mudah yang anda boleh lihat pada ubat berdaftar KKM adalah nombor MAL dan hologram meditag.
Berikut merupakan senarai produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM:
Kenapa kita disuruh untuk menggunakan ubat yang diluluskan KKM? Sebab ia dijamin selamat, berkesan dan berkualiti oleh kerajaan.
So, jangan malas untuk buat sedikit semakan demi kesihatan diri dan juga keluarga tercinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam negeri-negeri di utara tanahair seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dilanda ribut kencang akibat dibadai ekor Taufan Lekima yang melanda timur Wilayah Zhejiang sebelum ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan Taufan Super Lekima ini membawa kekuatan sekitar 290 kilometer sejam selain kelajuan angin mencapai 209 kilometer sejam dan kesannya wilayah-wilayah terbabit akan mengalami kerugian ratusan juta.
Dalam pada itu, kejadian taufan yang melanda sememangnya memberikan kesan terhadap penduduk yang berhadapan dengan risiko ini. Jika China dilanda Taufan Super Lekima, negara-negara lain termasuk Jepun suatu ketika dahulu pernah dilanda Taufan Jebi yang mana arahan berpindah dikeluarkan kepada sejuta penduduknya.
Kali ni, apa kata kalau kami kongsikan antara beberapa bencana alam khususnya taufan yang mengakibatkan ratusan ribu manusia mati dan berapa kerugian dialami oleh negara dilanda bencana? Namun masa yang sama, tentu kita tertanya-tanya kenapa kebanyakan taufan dinamakan sempena nama wanita?
Taufan amat menakutkan. Pernah direkodkan pusaran anginnya mencatat 321.8 kilometer sejam. Memang ngeri!
APA ITU TAUFAN?
Sumber dari Wikipedia menyebut, taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.
Jom kenali jenis-jenis taufan
1. HARVEY
Taufan Harvey yang melanda Texas dikatakan taufan paling kuat pernah terjadi dalam tempoh 50 tahun kepada negeri itu. Ia mengorbankan nyawa seramai 47 orang selain sejuta penduduk terpaksa dipindahkan. Kerugian yang ditanggung mencecah antara AS$150 bilion (RM640 bilion) hingga AS$180 bilion (RM768 bilion).
Tengok bagaimana Katrina menghempas daratan2.
2. KATRINA
Sekali lagi Amerika teruji apabila taufan Katrina yang terjadi pada 23-31 Ogos 2015 melanda negara itu. Dikatakan inilah taufan yang mengakibatkan nilai kerosakan paling tinggi dalam sejarah dan paling ganas terjadi. Taufan ini mencapai kategori lima di Pantai Teluk, AS dan apabila sampai di New Orleans, paras air meningkat sehingga memecahkan sistem tebatan banjirnya sehingga 80 peratus negeri itu ditenggelami air. Taufan ini mengorbankan 1833 nyawa dan 400,000 orang kehilangan tempat tinggal. Katrina melibatkan kerugian lebih AS$120 bilion (RM512 bilion)
3. SANDY
Taufan ini terjadi pada 22 Oktober 2012 dan kembali tenang pada 2 November. Lebih kurang 12 hari taufan ini menggulung, meski hanya kategori tiga, Sandy merupakan taufan paling ganas dalam musim taufan Atlantik. Taufan ini menyaksikan 650,000 buah rumah musnah dan membunuh 233 orang. Nilai kemusnahan dialami sebanyak AS$75 bilion.
Kemusnahan nyawa dan harta benda selepas bencana
4. ETAU
Taufan ini mengakibatkan pihak berkuasa Jepun memindahkan kira-kira 100,000 penduduk di negara ini termasuk Joso yang terletak 60 kilometer di utara Tokyo, kawasan paling teruk terjejas. Ramai penduduk terperangkap dalam rumah dan terpaksa memanjat bumbung sebelum diselamatkan oleh helikopter. 800,000 penduduk diarah berjaga-jaga. Dua nyawa dilaporkan hilang dan nilai kemusnahan tidak dinyatakan.
5. MERANTI
Kayu meranti antara jenis kayu yang mahal harganya tapi ada juga taufan dinamakan seperti nama pokok ini. Taufan Meranti dikatakan pernah membadai tenggara China dan membawa angina kencang, hujan lebat selain bekala elektrik terputus tetapi tiada kematian dilaporkan. Ribut ini dikategorikan sebagai taufan kuat. Puluhan penerbangan dan perkhidmatan keretapi dibatalkan.
Banyak rumah musnah dan nilai kerugian berbilion
6. HAIYAN
Taufan terkuat ini pernah membuat Filipina menjadi huru-hara pada November 2013. Dikenali di negara itu sebagai taufan Yolanda, ia siklon tropika terkuat pernah direkodkan. Angin berterusan mencatatkan bacaan 240 km/j (150 bsj). Siklon ini menyebabkan kerosakan teruk di Pulau Samar dan Leyte, di mana gabenornya menganggarkan 10,000 nyawa telah hilang di bandar Tacloban sahaja. Yang pasti, sekurang-kurangnya 1,200 orang telah disahkan terbunuh. Filipina antara negara yang agak kerap dilanda taufan, lebih kurang 20 kali. Antara taufan lain pernah membadainya ialah Maring membawa ribut selaju 100 kilometer sejam (ksj)
7. HUGO
Taufan Hugo terbentuk di timur Lautan Atlantik berhampiran Kepulauan Cape Verde pada 9 September 1989. 107 orang mati dalam kejadian ini. Hampir 100,000 orang hilang tempat tinggal. Diberitakan sebahagian besar mangsa mati akibat lemas dan terkena renjatan elektrik. Nilai kemusnahannya juga besar iaitu AS$10 bilion.
Banyak nyawa terkorban, tak kurang juga terselamat
8. MITCH
Seramai 19,325 orang mati dalam taufan ini dan kemusnahan mencecah AS$6.2 bilion. Mitch, merupakan taufan kategori lima dan menjejaskan Florifa, Honduras, Nicaragua, Amerika Tengah dan banyak lagi. Nama taufan ini kurang popular tetapi kemusnahannya cukup besar.Namun taufan paling dasyhat melanda dunia ialah Taufan Agung yang terjadi pada tahun 1780. Mengikut catatan seorang saksi kejadian, dashyatnya taufan ini hingga kulit pokok tercabut. Tiupan anginnya mencecah 321.8 kilometer sejam.
Oh agaknya sebab itu la kot nama taufan diberi sempena nama wanita. Mungkin mereka ni ikut pepatah Melayu kita, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.
Samalah juga seperti wanita, kalau dah marah jangan buat main-main. Lagi-lagi bila tengah datang period?
Betul ke sis?
Hehe, jangan marah kami gurau je..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!