Ramai yang sering mengungkapkan perkataan ini tetapi sejauh manakah anda sanggup berkorban demi seorang sahabat sejati?
Ini yang berlaku pada selebriti Hollywood, Selena Gomez yang mengakui telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa. Dia yang mendedahkan perkara ini menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi foto kesan pembedahan bersama kapsyen yang sangat menyentuh hati.
“Saya sedar ada para peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya.
“Sebenarnya pada ketika itu saya diberitahu perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang dihadapi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan juga team doktor yang hebat kerana membantu sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan.
“Akhir sekali, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya. Dia telah memberikan hadiah yang tiada nilainya dengan menyumbangkan buah pinggangnya. I love you so much sis!” tulisnya.
Dalam coretannya juga, Selena memberitahu bahawa tidak ramai yang tahu tentang penyakit yang dihidapinya itu.Jadi, persoalannya apakah sebenarnya dimaksudkan dengan penyakit lupus?
Menurut data daripada Lupus Foundation of America, 1.5 juta individu di Amerika Syarikat menderita penyakit lupus. Buat anda yang mungkin tidak pernah tahu apa itu lupus, berikut merupakan tujuh fakta tentang penyakit ini.
Ads
1. Banyak simptom yang berlaku
Lupus boleh menyerang pada mana-mana anggota badan dan orang yang menghidap penyakit ini mempunyai pelbagai simptom yang berbeza-beza.
Ramai yang menderita penyakit ini pada awalnya mengalami sakit kepala, sakit-sakit otot dan lain-lain. Namun, berbeza dengan penyakit-penyakit lain, jika anda mengalami simptom ini, anda akan mengalami kesakitan yang lebih dahsyat.
Ada juga simptom-simptom lain yang boleh dilihat seperti ruam yang berbentuk rama-rama pada tulang hidung. Ruam ini merupakan satu petanda jelas tetapi tidak semua menghidap lupus mempunyai simptom-simptom ini.
2. Memerlukan tempoh yang lama untuk didiagnos
Kebanyakan doktor memerlukan tempoh yang sangat lama, sekitar lima tahun untuk mendiagnosis pesakit lupus. Ini kerana simptom-simptom penyakit ini adalah pelbagai dan berbeza-beza.
Ads
3. Menyerang beberapa sistem tubuh
Ada beberapa bahagian tubuh yang paling banyak diserang penyakit ini, antaranya adalah radang pada jantung dan paru-paru. Selain itu, buah pinggang juga sering menjadi sasaran dan inilah yang terjadi pada selebriti Hollywood, Selena Gomez.
Lupus yang menyerang buah pinggang dinamakan nefritis, yang menyebabkan radang dan tidak dapat mencuci darah dengan baik. Selain itu, lupus juga boleh menyerang kulit, sistem saraf dan sistem pencernaan.
4. Memerlukan ubat yang kuat
Oleh sebab penyakit ini agak serius, ubat yang diperlukan untuk menyembuhkannya juga perlu mempunyai kesan yang kuat dan kerana itu juga, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang luar biasa.
Ubat ini berfungsi menghentikan sistem kekebalan yang menyerang tubuh dan memberikan risiko yang tinggi, bahkan boleh menyebabkan kanser.
Ads
5. Diet khusus
Beberapa bahan makanan ternyata dapat mengaktifkan penyakit ini. Pesakit perlu mengelakkan daripada mengambil tauge kerana ia mengandungi asam amino l-canavanine yang boleh menyebabkan lupus.
6. Sinaran matahari
Pancaran matahari boleh menyebabkan ruam pada kulit, sakit sendi dan melemahkan tubuh. Lebih baik jika anda mengenakan topi dan sunblock untuk mengelakkan cahaya matahari.
7. Kebanyakan pesakit adalah wanita
Walaupun pesakit lupus ini jarang-jarang berlaku, tetapi 90 peratus daripada pesakit ini adalah golongan wanita. Namun, belum ada penjelasan yang yang jelas tentang alasan kenapa wanita lebih banyak menderita penyakit ini.
Setelah difahami, rupa-rupanya penyakit yang dihidap oleh Selena Gomez ini agak serius juga. Untuk pengetahuan anda, beberapa selebriti lain Hollywood juga pernah menghidap penyakit ini, antaranya Kristen Johnson, Toni Braxton, Shannon Boxx dan Nick Cannon.
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti gejala-gejala penyakit lupus ini.
Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.
Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.
Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.
Nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam petang semalam bukan sahaja meragut nyawa enam penumpang dan dua kru pesawat ringan terbabit.
Malah, dua orang awam yang masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta jenis e-hailing Grab yang kebetulan berada di tempat kejadian juga maut sekaligus menjadikan jumlah mangsa kepada sepuluh orang.
Bercakap kepada pemberita sewaktu ditemui pagi ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemandu kereta yang bertugas untuk Grab Malaysia itu disyaki berseorangan di dalam kenderaan semasa kejadian berdasarkan kepada pemeriksaan log dengan pihak Grab Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kanan) meninjau lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam hari ini. Kredit Foto: BERNAMA
“Pemandu kereta (e-hailing) itu sebenarnya dia sudah reject ambil penumpang dari pukul dua (petang). Kita sudah check dengan Grab (Malaysia) dan dia memang reject penumpang. Jadi kita syaki bahawa dia seorang (bersendirian). Buat masa ini, kita anggap dia seorang (di dalam kereta),” katanya.
Begitupun, pihaknya masih menunggu laporan ujian DNA dan proses pengenalan identiti yang dijalankan terhadap cebisan mayat mangsa-mangsa yang ditemui sebelum membuat kesimpulan rasmi.
Dalam perkembangan berkaitan, anak kepada pemandu Grab, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53 berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibunya adalah pada jam 2.15 petang semalam semasa sedang berehat di sebuah restoran. Mangsa juga katanya sempat berada di sekitar Elmina bagi mengambil pelanggan dan bercadang untuk pulang awal selepas selesai bekerja.
Sementara itu, menerusi sidang media oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada jam 7.20 petang semalam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang; beliau menyatakan nama-nama mangsa secara rasmi kepada pemberita dan ia terdiri dariapda kru, penumpang serta orang awam.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menghadiri Bicara Minda anjuran Sinar Harian. Mulai semalam juga, agak kecoh di kalangan netizen tentang penggunaan kasut hitam bagi menggantikan kasut putih yang sekian lama menjadi trade mark pelajar sekolah.
Penggantian ini bagi meringankan beban pelajar atau ibu bapa menyental kasut yang agak kepam di hujung minggu. Tak kisahlahkan kasut hitam atau putih tetapi apa yang penting ialah pelajar mahu ke sekolah atau tak ponteng sekolah.
Tapi ada lagi 8 isu masyarakat perlu tahu yang mana ia akan mengubah sistem tranformasi pendidikan yang mungkin sedikit ketinggalan berbanding negara lain yang dijanjikan Dr Maszlee dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bicara minda bersama Dr Maszlee Malik
Tahun depan kalau kasut comot, tak perlu lagi rasa runsing. Gambar hiasan.
Murid-Murid TIDAK PERLU LAGI BERKASUT PUTIH mulai tahun hadapan.
Memberi KUASA AUTONOMI kepada Institusi Pengajian Tinggi.
KEBEBASAN BERSUARA kepada pelajar dengan mewujudkan semula SUDUT PIDATO.Guru hanya mengajar, beban pengkeranian akan dikurangkan. Gambar hiasan
KURANGKAN BEBAN GURU daripada tugas perkeranian.
MEMPERKASA sekolah kebangsaan dan pendidikan khas.
Memastikan murid TAK LAGI GALAS BEG BERAT.
Kisah beg berat di kalangan pelajar bakal berakhir dengan janji baru ini
Meningkatkan PENGUASAAN BAHASA MELAYU dengan memperkasakan Dewan Bahasa & Pustaka.
Pelajar boleh MENGUASAI lebih dari TIGA BAHASA.
UEC DISELESAIKAN dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
Kesemua ini diperkatakan semalam dan diharap beban yang ditanggung oleh guru, murid dan ibu bapa mengenai sistem pendidikan sekolah diharapkan melegakan semua pihak. Ada lagi hal-hal kecil termasuk kerusi patah, kisah cikgu duka lara dan lain-lain yang perlu diselesaikan olehnya.
Kredit : FB Akhi Fairuz Al- Jengkawi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!