Finalis Indonesia Idol 2021, Jemimah Cita telah pun mencetus fenomena selepas video nyanyiannya menerusi lagu Cinta Dalam Hati menjadi viral gara-gara nyanyian olahan yang menarik perhatian penonton.
Malah, ia juga turut dijadikan challenge di media sosial dengan tanda pagar #jemimahchallenge. Menariknya, ramai selebriti tidak ketinggalan untuk melakukan cabaran ini dan rata-rata daripadanya memberikan lontaran vokal yang cukup umph!
Tak percaya? Jom kita lihat himpunan video berikut:
Ha, macam mana guys? Siapa paling power? Semua pun best kan. Tak sangka nyanyian Jemimah jadi viral sampai ke negara kita. Lenggok suara dan teknik nyanyiannya yang berbeza menyanyikan lagu dari kumpulan Ungu itu menjadi antara kelebihan yang dimilikinya.
Jemimah juga sebelum ini pernah mendapat standing oviation daripada lima orang juri Indonesian Idol, Ari Lasso, Rossa, Anang, Maia Estianty dan Judika di persembahan final showcase Indonesia Idol 2021 akhir bulan lalu.
Paling best, Rossa dengan Judika pun buat sekali tau.
Seringkali kita mendengar mengenai kejayaan beberapa individu yang sedang dicari oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melarikan diri ke negara Australia.
Terbaru, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular sebagai Nur Sajat dilaporkan telah berada di Canterbury, Australia setelah kali terakhir dia dikesan di Bangkok, Thailand.
Nur Sajat kini dilaporkan sudah selamat berada di Australia dan tidak berniat untuk pulang semula ke Malaysia.
Ia diakui sendiri oleh Nur Sajat semasa melakukan sesi Instagram live baru-baru ini. Katanya, dia sedang menjalani proses kuarantin di sana setelah berjaya berhijrah secara rasmi ke sana dengan bantuan kerajaan Australia. Namun, kesahihan berita tersebut masih lagi dalam siasatan dan proses pengesahaan oleh PDRM.
*
Bagaimana cara individu-individu ini ‘terbang’ ke sana tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa masih menjadi misteri.
Cuma persoalan utamanya adalah, mengapakah Australia menjadi negara pilihan ramai individu yang sedang atau bakal berdepan kes jenayah? Mengapa tidak negara lain yang lebih berhampiran dengan Malaysia atau yang lebih jauh berbanding Australia sekiranya benar mereka ingin melarikan diri.
Bekas anggota polis, Sirul juga pernah cabut ke Australia untuk mencari perlindungan dan hak suaka. Sumber Foto : NST
Jom kita lihat dulu statistik yang pernah dikongsikan oleh laporan BBC pada tahun 2017. Katanya, negara itu telah membenarkan seramai 12,000 hingga 13,000 pelarian masuk pada setiap tahun dan proses ini telah dipraktikkan bagi tempoh lebih 20 tahun yang lalu.
Kebanyakan daripada kes pelarian ini adalah menerusi program kemanusiaan sekiranya individu itu mempunyai dokumen yang sah untuk mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Australia.
Namun, tidak kurang juga berbelas-belas ribu warga asing lain yang cuba menyeludup masuk ke dalam Australia dengan cara haram menerusi laluan laut kerana tidak mempunyai dokumen sah. Dalam hal ini, ratusan individu telah maut akibat perbuatan merbahaya itu.
Polisi Australia juga sudah menguatkuasa halangan untuk mengelak sebarang percerobohan dan ia telah menyukarkan pelarian haram untuk merancang taktik menaiki bot selepas ini.
Mengapa Australia Jadi Sasaran Pelarian Setiap Tahun?
Secara teknikalnya, mereka ini bergelar ‘pelarian’ dan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan suaka daripada ‘penganiayaan’ di negara sendiri yang menyebabkan rasa takut kepada diri mereka menurut alasan tertentu.
Antara alasan yang disenaraikan termasuklah isu ras, kasta, kewarganegaraan, agama, pendapat politik dan keahlian dalam mana-mana kumpulan sosial atau kegiatan sosial tertentu.
Lalu, negara-negara seperti Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Australia yang menjaga hak kemanusiaan menjadi sasaran utama pencari suaka yang inginkan visa perlindungan. Apayang membuatkan Australia sebagai negara pilihan pelarian Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah Barat pula tentulah kerana faktor geografinya yang lebih hampir.
Menariknya, Malaysia kini ialah salah sebuah negara penyumbang permintaan suaka tertinggi di Australia. Bukan hanya individu yang ingin melepaskan diri daripada ditangkap saja yang ke sana tau. Tetapi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rekod jenayah juga ingin bermigrasi sebagai pelarian di sana.
Ramai dilaporkan ke sana untuk mengambil pekerjaan asas seperti sebagai pemetik buah yang dikatakan menawarkan upah lebih tinggi daripada gaji di Malaysia. Malaysia mendahului senarai itu berbanding beberapa negara serantau seperti Indonesia (yang juga lebih dekat dengan Australia) walaupun taraf kehidupan di Malaysia lebih baik daripada mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak ketinggalan untuk menzahirkan ucapan tahniah buat Tan Sri Michelle Yeoh yang meraih trofi Oscar di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Tambun itu juga berharap kejayaan anak Malaysia di pentas Hollywood terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh karyawan seni di negara ini.
“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
“Anak seni kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon Asia pertama memenangi trofi utama dalam anugerah berprestij itu. Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan,” katanya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana memberi inspirasi kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sementara itu, ramai rakyat Malaysia termasuk menteri serta personaliti sukan dan selebriti berkongsi rasa bangga mereka atas kejayaan aktres tersebut.
Pada awal tahun ini, bintang berusia 61 tahun itu membawa pulang trofi beberapa anugerah lain termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ajal maut di tangan Allah taala. Tiada cepat sesaat atau terlewat seminit. Rasa bahagia yang dicipta pengantin baru, Dayana Damsah, 27 tahun yang juga seorang guru di Tawau Sabah berakhir apabila kereta dinaiki bersama tiga guru lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Merotai, Tawau, Sabah.
Lebih menyayat hati, kemalangan ini berlaku sehari selepas suaminya, Nurhan Ayub sudah balik ke Semenanjung atas faktor kerja sementara arwah yang merupakan guru di SK Umas-Umas tinggal di sini.
Difahamkan tragedi ini terjadi apabila masing-masing dalam perjalanan ke sekolah sebelum kenderaan dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.
Dalam pada itu, suami mangsa yang sudah selamat sampai di KLIA kembali bergegas menaiki penerbangan ke Tawau semula untuk melihat keadaan arwah isterinya. Difahamkan, allahyarham Dayana merupakan Alumni PISMP Prasekolah Jan 2013.
Tidak hanya allahyarham Dayana Damsah, kemalangan ini turut meragut nyawa Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tawau. Sementara dua lagi rakan sekerja mereka, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah dan kini menerima rawatan di hospital sama.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.02 pagi sebelum menghantar tujuh anggota bersama dua jentera ke tempat kemalangan.
Beliau berkata, ketika kejadian empat guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah.
"Seorang mangsa dikenali sebagai Dayana Damsah, 27, maut di tempat kejadian, manakala Nurizyani Kafli@Masri, 24, meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tawau.
"Kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik.
"Semua mangsa terhumban dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulbada berkata, dua mangsa pertama berjaya dikeluarkan orang awam sementara dua lagi oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang tiba di tempat kejadian. Sumber : Berita Harian/ Haniff Istiqamah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan Airit Rayyan 110 meter lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mencuri perhatian ramai selepas mencipta rekod baharu dan membanggakan keluarga serta Selangor.