Selebriti Kelahiran Dewi Remaja Sejak Tahun 1985 Hingga Kini. Mungkin Korang Seterusnya!

Share

Pencarian Dewi Remaja dianjurkan sejak tahun 1985/1986 dan tahun ini sudah menjangkau usia 37 tahun ye.

Tahun ini Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12.  Ujibakat Dewi Remaja 2022 kini berlangsung di hotel The Palace, Kota Kinabalu ini akan berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Jumaat bertarikh 12 dan 13 Mac 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Hello Borneo! Pencarian Dewi Remaja 2022 Bakal Ke Sabah Minggu Ini

Sama seperti Pencarian Hero Remaja, program Dewi Remaja juga sudah banyak melahirkan aktres terkenal tanah air. Dalam ramai-ramai peserta Dewi Remaja ni, mesti ada yang korang langsung tak sangka rupa-rupanya mereka ni dilahirkan daripada program ini.

Agak-gak korang, siapa je yang pernah menyertai Dewi Remaja selain Neelofa? Ramai juga artis-artis wanita ‘meletop’ rupanya.

Let’s check this out!

Dewi Remaja 2019

SHAZA BAE (juara) Adriana Ghafar (kedua) Nynaa Harizal (ketiga)

Pencarian Dewi Remaja 2014/15

Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Puteri Aishah

Pencarian Dewi Remaja 2009/10

Neelofa (Juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Ramona Zamzam

Cantiknya Miss Lofa
Ok, cuba cari jumpa tak?

Pencarian Dewi Remaja 2005/06

Scha Alyahya (Juara), Izreen Azminda, Rebecca Nur Islam

Jumpa tak Izreen yang mana?
Eh, Lara ke tuu?

Pencarian Dewi Remaja 2002/03

Annahita Bakavoli (Juara), Siti Fazurina, Zarynn Min

Zarynn Min
Ingat lagi tak dengan Siti Fazurina?

Pencarian Dewi Remaja 1997/98

Juliana Banos (Juara), Rita Rudaini

Pencarian Dewi Remaja 1994/95

Wan Khatijah (Juara), Rozita Che Wan

manisnya che ta

Pencarian Dewi Remaja 1990/1991

Umie Aida, Kuza, Jasmin Hamid, Didie Alias

Amacam, cam tak?

Pencarian Dewi Remaja 1987/1988

Aleeza Kassim (Juara)

Jadi apa tunggu lagi sumandak-sumandak Sabah! Ada masa lagi untuk ke hotel The Palace, Kota Kinabalu. Kami nantikan kehadiran anda. Jangan lupa daftar secara dalam talian di www.remaja.my/dewi.

Pesonakan Bintangmu!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN