Selebriti Hollywood Terkejut & Bersedih Dengan Pemergian Chef TV Popular, Anthony Bourdain

Share

 

Kematian mengejut chef televisyen popular, Anthony Bourdain pada usia 61 tahun  membuatkan selebriti Hollywood, para chef dan peminatnya tergamam tanpa kata.

 

Gordon Ramsay berkata dia terkejut ketika mendengar berita tersebut melalui Twitter, sebentar tadi.

“Beliau telah membawa masuk dunia luar untuk tontonan kita semua di rumah. Kita telah banyak belajar mengenai budaya dan bandar orang melalui makanan mereka – dan melalui Anthony.”

Sementara itu, saluran The Travel Channel (TVC) yang kini sedang menerbitkan rancangan mendiang, No Reservations

musim ke-9 berkata; “Kami terkejut dan sangat bersedih untuk mendengar dunia kini tanpa dutanya, Anthony Bourdain.

“Beliau merupakan seorang yang sangat berbakal dan menunjukkan kepada kita tempat paling indah, sedap dan unik. His wit will be missed. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau pada waktu yang sukar ini,” kata mereka.

BACA: Keluarga Avicii Buka Mulut Mengenai Pemergiannya Dengan Surat Ini

 

Anthony Bordain semasa muda.

 

Menurut laporan BBC, tubuh Anthony Bourdain telah ditemui di sebuah bilik hotel di Strasbourg Perancis, di mana mendiang sedang menjalani penggambaran untuk sebuah episod rancangan Parts Unknown untuk saluran CNN.

CNN juga melaporkan bahawa punca kematian beliau adalah gantung diri.

Beberapa lagi selebriti popular Hollywood serta chef selebriti memuat naik ucapan takziah mereka di media sosial. Di samping itu, mereka juga berharap agar sesiapa yang mempunyai isu depresi, kemurungan atau gangguan emosi menghubungi talian bantuan, terlebih dahulu.

 

Megyn Kelly, pengacara NBC Megyn Kelly Today.

 

Gordon Ramsay, chef selebriti.

 

Chrissy Teigen, model dan pengacara.

 

Nigella Lawson, chef selebriti.

 

Rose McGowan, pelakon.

 

Mandy Moore, pelakon dan penyanyi.

 

Ryan Seacrest, pengacara, penyampai radio dan penerbit eksekutif.

 

Jamie Oliver, chef selebriti.

 

Henry Golding, pelakon.

 

Berita ini sangat mengejutkan selepas kita telah kehilangan beberapa orang ternama tahun ini disebabkan isu bunuh diri. DJ Avicii, pengusaha fesyen Kate Spade dan kini Anthony Bourdain.

Jika menghadapi sebarang masalah, lebih wajar jika kita merujuk kepada yang pakar dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.

IKLAN