“Selalunya Driver Yang Pandu, Tapi Hari Ini..” Anak Pengasas Sahkan Niat Mama Hulur Zakat

Share

 

Jodoh, rezeki, ajal dan maut sememangnya terletak di tangan Allah SWT.

 

Lewat petang tadi, selesai sudah urusan pengebumian jenazah Allahyarhamah Puan Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam sebuah tragedi kemalangan jalan raya yang membabitkan kereta jenis MPV Toyota Estima yang dipandu oleh suami beliau serta sebuah lori.

BACA: Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Rumah Anak Yatim, Arwah Pengasas Dnars Cosmetics Gemar Membantu

Hairannya, arwah dan suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang cedera selalunya ditemani oleh pemandu mereka yang membawa pasangan itu untuk urusan di sana-sini. Namun pagi hari ini, mereka memutuskan untuk memandu berdua.

Anak pasangan tersebut iaitu Ainul Atiya, 18, bercerita mengenai beberapa ‘petanda’ seperti itu ketika ditemui oleh rakan media Sinar Harian di Kampong Paloh, Kelantan.

”Kami sekeluarga sempat bersahur bersama Mama dan Papa sebelum mereka bertolak ke Pondok di Pattani. Ia sudah menjadi rutin bulanan untuk menyampaikan wang zakat di sana.

“Peliknya, hari ini Papa nak pandu sendiri kereta ke Thailand. Bukan pemandu peribadi yang bawa kalau ada urusan kerja luar.

“Mereka juga turun rumah seawal jam 7 pagi, sedangkan biasanya mereka akan gerak di antara jam 9 pagi hingga 10 pagi,” kongsinya yang masih bersedih akan pemergian pada bulan Ramadan ini.

Semalam, arwah dan suami dilaporkan baru pulang dari Jakarta. “Mama dan Papa penat sangat, baru semalam mereka pulang dan hari ini ke Thailand pula dengan memandu sendiri kereta.”

Insiden yang masih mengejutkan ramai rakyat Malaysia itu juga membuatkan hati personaliti popular negara tersentak kerana mereka cukup rapat dengan arwah. Antaranya ialah Dato’ Aliff Syukri, Fizo Omar Datuk Seri Vida, Hanez Suraya dan Fasha Sandha.

Terdahulu, jenazah tiba sekitar jam 4 petang di Tanah Perkuburan Islam Kedemit di Tumpat sebelum selesai dikebumikan.

IKLAN