Selain Universiti Malaya, 4 Lagi IPT Tempatan Ini Peroleh Rating 5 Bintang!

Share

 

Sekali lagi, carta yang paling dinanti-nantikan oleh universiti sedunia kembali menjadi topik perbualan. Apakah universiti dari Malaysia tersenarai?

 

Jawapannya adalah of course!

Semalam, carta Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020 telah menunjukkan 200 buah universiti terbaik dunia mengikut prestasi. Paling membanggakan, Universiti Malaya (UM) yang menerajui senarai universiti tempatan yang tergolong dalam carta itu menunjukkan peningkatan.

Jika pada tahun lalu, UM berada pada kedudukan 87, kali ini mereka berjaya mendaki 17 anak tangga. Wow, bukan senang okay! Pada peringkat Asia pula, Universiti Malaya kukuh pada kedudukan ke-18.

Sementara itu, terdapat 5 buah universiti tempatan yang menerima pengiktirafan sebagai universiti 5 bintang. Selain UM, turut tersenarai ialah Universiti Putra Malaysia (159), Universiti Kebangsaan Malaysia (160), Universiti Sains Malaysia (165) dan Universiti Teknologi Malaysia (217).

Congrats korang! 

Ternyata universiti tempatan menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan untuk tahun ini, tambahan pula dengan saingan sengit yang diberikan oleh kebanyakan universiti di Asia terutamanya.

Bagi Timbalan Canselor Universiti Malaya iaitu Datuk Abdul Rahim Hashim pula, beliau mewakili universiti tersebut gembira dengan pengiktirafan ini dan akan memastikan graduan berkualiti terus dihasilkan sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.

IKLAN