“Sekutukan Allah Adalah Syirik”, Lelaki Ini Dedah PUBG ‘Mysterious Jungle’ Mampu Pesong Akidah

Share

Jika korang merupakan pengikut pertarungan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), pastinya korang tahu sukan e-sports ini bukan sahaja menjadi tapak pertarungan namun ia jua mampu menjana pendapatan.

Mod terbaru permainan PUBG ini ialah ‘Mysterious Jungle’.‘Mysterious Jungle Mode’ eksklusif untuk peta Sanhok yang memperkenalkan banyak ciri baharu, seperti makanan hutan, belon udara panas, dan banyak lagi. Bagaimanapun, ada satu perkara mengenai mod permainan ini yang telah mencetuskan perdebatan pemain Muslim, iaitu Totem.

Namun, yang menjadi kontroversi ialah apabila kemas kini itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan pemain di sini apabila dikatakan ada unsur penyembahan patung berhala untuk mendapatkan sesuatu barang dalam permainan tersebut.

Eh serius la sampai macam tu?

Seorang pengguna media sosial, Aid Fawzal mengatakan kemas kini PUBG tersebut mempunyai unsur syirik dan boleh melanggar aqidah kerapa ada perkara yang menyekutukan Allah.

.

“Jaga-jaga semua kerana ini melanggar aqidah kita. Apa sahaja perkara mensekutukan Allah adalah syirik.

“Jika korang dah terbuat sebelum ini tanpa pengetahuan dan kesedaran, beristighfarlah. Dan jangan buat lagi. Allah Maha pengampun,” ciapnya.

Daripada elemen baharu tersebut, ramai memberi pendapat dan risau kanak-kanak yang bermain permainan video ini akan terpesong akidahnya.

Bagaimana pun gamers Muslim kecewa dengan pihak PUBG kerana telah memecah-belahkan permainan dengan memasuki elemen keagamaan. Ada juga pemain menganggap penyembahan Totem itu hanyalah sekadar permainan dan tidak perlu menganggap isu tersebut perlu diambil serius.

Setakat ini tidak pasti pihak produksi ambil maklum tentang isu ini memandangkan beberapa pemain sudah pun membawa isu tersebut kepada mereka.

Tentang hukumnya untuk umat Islam, masih belum terjawab oleh mana-mana pihak berwajib di sini.

Emm, bab-bab syirik dan akidah ni tak boleh buat main ye guys!

Sumber: Fossybytes

IKLAN