Sekian Lama Menanti, Apple Pay Akhirnya Boleh Digunakan Di Malaysia

Share

Sebelum ini, kita telah menyaksikan banyak tanda-tanda kedatangan Apple Pay ke Malaysia, seperti yang ditunjukkan pada papan tanda di salah sebuah Maxis Centre di Lembah Klang. Menurut satu perkongsian di twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Fitri Samsil telah melihatnya di sebuah Maxis Center di Selangor.

Sumber: Twitter

Namun ciapan itu telah dipadam kerana menurutnya atas permintaan pihak tertentu dia terpaksa memadam dan menjelaskan jangan risau kerana Apple Pay akan tiba tidak lama lagi.

Berita baik buat pengguna iOS, Apple kini sudah pun mengaktifkan ciri Apply Pay yang membolehkan pengguna menggunakan ciri pembayaran pintar melalui iPhone, Apple Watch serta peranti lain Apple.

Melalui Apple Pay, korang boleh pautkan kad kredit atau debit ke akaun Apple Wallet dan seterusnya menggunakan Apple Pay dengan hanya membayar menggunakan sentuhan peranti ke terminal, iaitu hanya menyentuh iPhone atau Apple Watch ke terminal pembayaran.

Foto: The Conversation

Menurut amanz.my, Apple Pay menyokong iPhone dengan sokongan Face ID dan Touch ID, kecuali iPhone 5s, selain Apple Watch Series 1 dan terkini. Pengguna juga turut boleh menggunakan ia bersama iPad Pro, iPad Air, serta iPad yang menyokong Touch ID atau Face ID. Ia juga boleh digunakan pada Mac dengan Touch ID, serta Mac yang diperkenalkan selepas 2012.

Antara bank yang menyokong ciri ini adalah Ambank dan Maybank, namun CIMB masih lagi tidak menyediakan sokongan ciri Apple Pay buat masa ini.

Fuh, bertambah senanglah buat pembayaran selepas ini kan. Sentuh sahaja iPhone atau Apple Watch, dah settle!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN