Sejam Umumkan Single #KillThisLove, Blackpink Sudah Ungguli 3 Topik Trending Teratas

Share

 

Blinks, you really did not come to play.

 

Ura-ura kumpulan K-Pop popular, Blackpink akan mengeluarkan comeback single mereka pada akhir bulan Mac telah berterbangan sejak akhir Februari lagi. Tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan yang ia (1) diumumkan sebegitu pantas dan (2) poster teaser pertama mereka adalah hot seperti ini!

Single berjudul Kill This Love itu telah diumumkan pada jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia) dan ia merupakan single terbaru anggota Blackpink selepas ‘Solo’ nyanyian Jennie berjaya menjuarai kedudukan pertama carta tahun lalu.

Netizen rata-rata tidak mampu membendung rasa teruja mereka dengan poster pertama yang menampilkan Lisa. Buktinya, tiga topik trending teratas diungguli oleh Blackpink di Twitter. Ramai yang menyatakan keterujaan mereka melalui hashtag #KillThisLove, #Lisa dan #Blackpink.

Kill This Love akan diputarkan secara rasmi pada 5 April kelak. Nantikan!

 


 

Dalam pada itu, terdapat 2 lagi perkhabaran baik untuk Blackpink, pagi ini.

Setelah poster Kill This Love dimuat naik, syarikat naungannya YG Entertainment melaporkan saham mereka serta-merta melonjak naik.

Ia adalah satu perkembangan baik setelah kes skandal anggota Big Bang, Seungri membantutkan stok saham mereka. Skandal itu juga ‘berjaya’ mengheret stok saham syarikat lain seperti JYP dan SM Entertainment untuk turut sama jatuh.

 

Sumber: All KPop

 

Selain itu, akaun YouTube Blackpink juga dilihat sudah melepasi 20 juta subscribers. Hanya pada bulan Ogos tahun lalu, ia mencecah angka 10 juta. Dalam masa 8 bulan saja, ia telah melipat sekali ganda kerana sokongan Blinks seluruh dunia.

Apapun REMAJA tak sabar untuk mendengar Kill This Love, April ini.

Blackpink daebak!

 

IKLAN