Sejam ‘Bertarung’ Di McDelivery, Sesak Di Pandu-Lalu Demi BTS Meal

Share

 

Hari cuti umum ini membawa erti yang cukup istimewa buat para ARMY sekalian apabila menu dari francais McDonald’s yang paling mereka nanti-nantikan akhirnya tiba juga!

Mengikut sumber terdekat penulis, hidangan BTS Meal yang mula dijual sejak jam 10 pagi tadi telah menerima sambutan yang cukup luar biasa. Ia merupakan kolaborasi khas di antara McDonald’s dan grup Korea Selatan, BTS baru saja ‘menang besar’ di Anugerah Muzik Billboard 2021 pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN : BTS Tebus Kekecewaan Grammy Dengan 4 Kemenangan Anugerah Muzik Billboard – REMAJA

Ia mula ditawarkan di kesemua cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia melalui kaunter hadapan restoran, pandu lalu  (drive-thru) dan aplikasi McDelivery. Bagi penghantaran ke rumah, aplikasi selain McDelivery seperti Grab Food ataupun Food Panda tidak menawarkannya.

Kongsi sumber tersebut, setiap wakil atau peranti yang menempah BTS Meal hanya boleh mendapatkan satu saja daripada 375,000 set BTS Meal yang dijual oleh McDonald’s.

Bagi sekumpulan ARMY yang cuba menempahnya di McDelivery, usaha mereka memakan masa hampir sejam apabila mereka terpaksa refresh

halaman tempahan disebabkan oleh jumlah trafik yang sesak secara atas talian.

Akhirnya, usaha menggunakan peranti komputer riba DAN telefon pintar menunjukkan hasil apabila mereka berjaya menempah satu set kira-kira pada jam 11 pagi tadi.

Bagi sumber penulis yang sanggup meredah laluan pandu lalu di sebuah cawangan McDonald’s di Pulau Pinang pula, beliau menasihati sesiapa yang ingin cuba mendapatkan menu ini perlupun memerhatikan sekiranya terdapat poster atau placard  BTS Meal di restoran tersebut. Ini memandangkan setiap francais mempunyai jumlah set terhad.

Apa yang penting, McDonald’s masih menjaga arahan SOP bersesuaian bagi pengunjung yang membelinya di kaunter hadapan apabila mereka menyediakan laluan khas BTS Meal.

*

Untuk pengetahuan, setiap BTS Meal yang didatangkan dalam beg kertas berlogo BTS merangkumi 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman Coca Cola bersaiz sederhana, 1 sos sweet chili dan 1 sos Cajun.

So guys, korang dah dapatkannya atau belum?

BACA LAGI : BTS Mcdonald’s Meal Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Mei Ini.. – REMAJA

 

IKLAN