Memahami minat dan keunikan anak sejak kecil, penyampai radio popular Sharifah Shahirah mendedahkan bahawa anak perempuannya, Auddra yang lebih disapa sebagai Oddah sudah lama menunjukkan kecenderungan terhadap bidang seni.
Menurut Shiera, Auddra merupakan seorang yang sangat aktif dan sukar duduk diam, menyebabkan fokusnya di sekolah agak terbatas. Namun, sebagai seorang ibu, Shiera tidak pernah menghalang minat anaknya yang kini berusia 16 tahun itu, sebaliknya sentiasa memantau setiap langkah yang diambil.
“Dia ini memang ‘hyper’. Kalau bab sekolah, saya tengok dia macam kurang minat dan jangan tak percaya, dia boleh tidur dalam kelas ya!
“Tapi kalau ada aktiviti sukan atau program sekolah dia terus semangat. Itu sebab saya rasa patut benarkan dia untuk ceburi bidang seni sebab nampak dia cenderung ke arah ini. Lagipun, sejak kecil lagi dia pernah cakap nak jadi macam saya,” katanya.
Mula Terima Tawaran Lakonan Lepas TTMM
Sejak kemunculan dalam program Talk To My Manager (TTMM), populariti Auddra semakin meningkat. Shiera sendiri mengakui bahawa anaknya kini menerima beberapa tawaran lakonan.
Ads
“Memang tak dinafikan ada banyak tawaran lakonan untuk Auddra setakat ini, tetapi saya tak ambil semua. Saya dah pernah jadi pelakon, jadi saya tahu susah senangnya.
“Sekarang bukan seperti dulu boleh dilenjan tanpa henti. Anak-anak generasi baharu ini kalau boleh memang kena ada had. Saya harap ada undang-undang yang jaga masa kerja budak-budak macam Auddra walaupun kita tahu mereka ini ada bakat dan minat,” luahnya.
Disiplin Jadi Keutamaan Sebelum Terjun Dunia Lakonan
Bagi Shiera, soal disiplin menjadi perkara utama sebelum membenarkan Auddra benar-benar aktif dalam dunia seni.
Ads
“Kalau ambil terlalu banyak episod, takut susahkan orang lain. Saya tak nak jadi punca masalah pada produksi. Biar Auddra belajar dulu tentang disiplin dan cara kerja, kemudian baru masuk dunia lakonan,” tambahnya.
“Anak Umpama Layang-Layang” –Cara Shiera Didik Anak Tanpa Tekanan
Dalam mendidik anak-anak, Shiera lebih selesa menggunakan pendekatan memerhati dan memberi ruang, tanpa terlalu memberi tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.
Ads
“Apapun saya tetap kena pantau. Anak-anak ini, umpama main layang-layang, ada masa perlu lepas dan tarik.
“Kita tak boleh terlalu lepaskan sangat sebab dia masih budak. Kita takut kalau dia stres atau tekanan nanti. Mungkin nampak gembira depan orang, tapi kita tak tahu dalam hati dia macam mana,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian pelakon popular, Nabila Huda mengenai perjalanan terakhir kucing kesayangan pertama yang dibela bernama Aoki baru-baru ini telah menarik perhatian ramai terutama di kalangan pencinta kucing.
Menurut Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi (40) perkongsian yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas kasihan terhadap haiwan dan hatinya cukup tergores apabila ada pihak mengambil jalan mudah dengan membuang haiwan peliharaan yang sakit.
“Bagi saya masalah kewangan bukan alasan untuk buang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah”
“Kalau anak kita sakit, tak mungkin kita akan buang sewenang-wenangnya anak itu, begitu jugalah dengan haiwan peliharaan kita,” ujar Nabila sebak ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama baru-baru ini.
Tambahnya, perkongsian mengenai Aoki bukan hanya sekadar untuk menimbulkan kesedaran tetapi secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu mengenai kucing yang mungkin tidak diketahui ramai.
Bahkan ada di antara pengikut yang baru menyedari simptom yang dialami Aoki turut ada pada kucing yang pernah dipelihara.
“Mungkin ada pencinta kucing di luar sana yang tidak tahu tentang penyakit-penyakit dihidapi kucing. Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Paling menarik bila saya kongsi di media sosial, banyak benda yang pengikut saya jadikan rujukan,” jelasnya.
Terdahulu, Nabila memaklumkan Aoki mati akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat pada 2 Oktober.
Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini. Selain Nabila, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Kamal Adli, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik, Lorenzo Irmann memaklumkan dirinya turut tidak terlepas daripada menerima godaan ‘nakal’ di media sosial selepas namanya semakin dikenali menerusi industri seni tanah air.
Berkata kepada Remaja, aktor yang baru berusia 20 tahun itu bagaimanapun mengambil langkah dengan mengabaikan mesej keterlaluan yang diterimanya melalui DM (direct massage).
“Kalau buka DM di media sosial ada sahaja mesej sebegitu. Tetapi saya tak layan. Kalau bukan tawaran kerja atau berkaitan kerja saya abaikan terus. Orang yang hidup senang cara begitu mustahil boleh dapat duit dengan hanya membalas mesej.
“Mestilah akan keluar bersama atau buat sesuatu dan duit itu tidak halal. Apa yang penting bagi saya adalah maruah. Saya cari duit untuk beri makan pada keluarga. Saya berlakon mencari rezeki yang halal,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama The Secret itu juga mendedahkan dia pernah menerima foto serta video jelik yang disifatkan melampau daripada individu yang tidak dikenalinya.
Lebih mengejutkan lagi, individu yang berani menghantar klip tidak senonoh sebegitu rata-ratanya adalah golongan lelaki.
“Memang terkejut apabila buka mesej melihat gambar dan video yang keterlaluan. Pelik juga bila terima mesej macam itu.
“Saya boleh kata 70 peratus yang mesej saya adalah lelaki. Saya memang elakkan membalas komen sebegitu,” tuturnya lagi.
Bercakap tentang kerjaya lakonan, Lorenzo meluahkan rasa syukur apabila bakatnya semakin menyerlah dan mula mendapat perhatian penerbit serta pengarah drama tempatan.
Terbaharu, Lorenzo membintangi drama terbaharu di Astro Ria berjudul Ternyata Sebuah Bahagia terbitan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hanya 4 bulan bersama, couple selebriti Korea sama cantik sama padan, Bae Suzy dan Lee Dong Wook telah mengumumkan perpisahan mereka. Seperti mana netizen dan peminat dikejutkan dengan pengumuman mereka pada Mac lalu ketika baru bercinta, sekali lagi semua orang dikejutkan dengan pengumuman perpisahan ini.
Terlalu banyak gosip dan spekulasi yang bertebaran tentang punca sebenar perpisahan Suzy dan Dong Wok. Namun hari ini, JYP Entertainment menutup segala spekulasi tersebut dalam satu kenyataan rasmi.
Agensi tersebut berkata, “Ya, adalah benar yang (Suzy) telah berpisah daripada Lee Dong Wook. Ia disebabkan kesibukan jadual mereka berdua. Agak sukar untuk mereka bertemu dan naturally, mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.”
King Kong by Starship, agensi yang mewakili Dong Wook juga mengesahkan kenyataan itu dan berkata ia adalah akibat jadual kerja kedua-dua bintang Korea itu yang sering padat dan bertentangan.
Jadi, jadual drama padat apa yang melibat Dong Wook dan Suzy ini?
Doog Wook akan muncul dalam drama bersiri JTBC berjudul Life yang akan mula disiarkan Julai ini, manakala Suzy pula sedang sibuk dalam set penggambaran drama bersiri Vagabond bersebelahan Lee Seung Gi.
Selepas berpisah, laporan dalaman dari OSEN memaklumkan, “Mereka berdua akan terus menyokong diri masing-masing sebagai rakan pelakon.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupa menghantar anak ke pengasuh, seorang kanak-kanak maut dalam kereta selepas hampir sembilan jam ditinggalkan, mencetuskan kebimbangan keselamatan kanak-kanak.