Sehun EXO & Yura Girls Day Bakal Muncul Dalam Drama Now, We Are Breaking Up

Share

Drama Korea terbaru, ‘Now, We Are Breaking Up’ yang dilakonkan oleh pelakon utama Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong kini telah pun secara rasminya mengumumkan barisan pelakon lain yang bakal membintangi drama tersebut.

Menurut Soompi

, Sehun EXO dan Yura Girl’s Day antara pelakon yang mengambil bahagian dalam drama tersebut dan kenyataan ini telah pun disahkan sendiri oleh agensi Sehun, SM Entertainment dan agensi Yura, Awesome ENT.

‘Now, We Are Breaking Up’ mengisahkan tentang kisah cinta emosi dan perpisahan. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Song Hye Kyo membawa watak Ha Young Eun, pengurus bahagian rekaan di sebuah syarikat fesyen label dan Jang Ki Yong merupakan seorang jurugambar, Kim Joo Heon berperanan sebagai CEO syarikat PR yang diberi nama Seok Do Hoon.

Foto: hellokpop

Manakala Sehun bakal membawa watak seorang pereka baru di syarikat fesyen label tersebut, di mana dia akan bekerja di bawah seliaan Ha Young Eun dan Choi Hee Seo. Yura pula berperanan sebagai Hye Rin, selebriti media sosial yang terkenal dan mempunyai ramai followers.

Foto: makestar

Drama ini ditulis oleh Je In dan arahan Lee Gil Bok, yang sebelum ini pernah mengarahkan drama-drama popular termasuklah My Love From The Star, Vagabond dan Dr. Romantic 2.

Berita gembira ini disambut baik oleh rata-rata peminat Sehun dan mereka sudah tidak sabar melihat kemunculannya dalam drama tersebut.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak melihat gandingan mereka berdua kan?

Sumber: Soompi

IKLAN