Sedih Tengok Keluarga Sekarang, Pelajar UPSR Kantoi Mengandung Sewaktu Jawab Exam

Share

 

Institusi kekeluargaan adalah antara unit penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Tugas ibu bapa bukan habis selepas melahirkan anak,namun harus membimbing dan melindunginya dari ancaman berbahaya.

Tapi mungkin bumi kita ini semakin tenat apabila perumpamaan “harapkan pagar, pagar makan padi ini seringkali berlaku dalam masyarakat kita”. Terbaru seorang pelajar didapati hamil tujuh minggu selepas mengalami muntah-muntah ketika sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)..What?

Paling menyedihkan, kejadian itu berjaya membongkar bahawa ia merupakan perbuatan keji bapanya sendiri yang berusia 41 tahun.

Tertuduh yang juga merupakan bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Chabang Tiga, Terengganu.

Daripada kes ini seorang aktivis saudara Syed Azmi terpanggil untuk membuka mata orang ramai berapa seriusnya masalah yang meruncing masyarakat ini.

Ada beberapa pengajaran yang masyarakat boleh ambil daripada kes ini. 

Learn from this.

  1. Seorang gadis boleh mengandung bila sudah mula datang bulan. Ramai tak tahu.
  2. Pentingnya Modul Keselamatan Diri, Sex Education, Relationship, Feelings and Changes dan macam-macam lagi.
  3. Yang bersalah adalah perogol dan bukan anak.
  4. Mengandung cuma satu insiden yang berlaku. Merogol, mencabul, Grooming semua ni perlu di lihat juga. Lagi lama buat, lagi lama budak simpan rahsia.

Ishh geram la ada orang perangai macam ni, anak kau sendiri kot. Jijik la perangai macam ini.

Sumber : Awani 

IKLAN