
Dah masuk hari ke enam kita berada di bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan. Dalam memikirkan nak masak apa untuk berbuka nanti, kami syerkan resipi ayam bakar berempah hasil masakan Pari Malar Thiraisingam yang dikongsikan di blog Masak Apa Hari Ini (MAHN). Menariknya resipi ini telah dikongsikan oleh 28k pengguna. Nampak sangat sedap dan rasanya pasti mengancam.
Ayam bakar berempah ini sesuai dimakan begitu saja atau makan dengan nasi ketika berbuka. Fuhh, memang menambah dua pinggan jawapnya. Lagipun bahan-bahannya agak mudah untuk kita dapati.
Jom try ayam bakar berempah petang nie..
Ayam bakar berempah
Bahan-bahannya :-
1 ekor ayam potong 4
1 labu bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sudu besar serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
Cara memasak :
Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.
Nah, siap untuk menu berbuka korang nanti
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raja Atiq ‘Buat Hal’ Lagi.. Kali Ini Bahu Pula Tercedera

Aktiviti konvoi motosikal berkuasa tinggi melibatkan pelakon, Raja Mohammad Atiqullah Syah bin Raja Azman Syah bersama sekumpulan rakannya hari ini bertukar tragedi setelah remaja berusia 22 tahun itu terlibat dengan satu kemalangan.

Kejadian berlaku ketika Raja Atiq dalam perjalanan ke Bukit Fraser, Pahang bersama-sama beberapa orang rakannya termasuklah penyanyi Tajul dan Afieq Shazwan. Malangnya, sewaktu motosikal yang ditunggangnya menghampiri satu selekoh berpasir, dia hilang kawalan lalu terjatuh.
Akibatnya, seperti yang digambarkan menerusi hantaran di Instagram, Raja Atiq cedera pada bahagian bahu kirinya.
Katanya kepada rakan media di Kosmo, insiden tersebut tidak disengajakan kerana dia telahpun memperlahankan motosikal ketika menuju ke selekoh tajam yang dimaksudkan. Malangnya, jalan tersebut berpasir hingga menyebabkannya hilang kawalan lalu terjauh.
“Setakat ini, saya belum melakukan ujian imbasan X-Ray. Doktor memberitahu kemungkinan tulang bahu saya patah atau terkeluar dari soket.
“Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, barulah saya dapat tahu apa sebenarnya yang tercedera.
“Buat masa ini, memang bahagian belah kiri badan rasa sakit sangat,” ulasnya yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dipindakan ke Hospital KPJ Ampang Puteri bagi rawatan lanjut.

Ini bukanlah kali pertama Raja Atiq terlibat dalam insiden sebegini. Pada September 2020, pelakon yang popular dengan drama Nur itu pernah mengalami kemalangan juga akibat menunggang motosikal berkuasa tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Okay, Peha Teruk Sikit” Atiq Azman Syukur Selamat Kemalangan Motosikal – REMAJA
Pada bulan September 2021 pula, Raja Atiq sekali lagi mengejutkan ramai pihak setelah dahinya tercedera ketika beriadah di Sungai Semungkis, Hulu Langat.
BACA LAGI : “Saya Ekstrem Tak Bertempat” Dahi Atiq Azman Dijahit Selepas ‘Lompat’ Di Kawasan Rekreasi – REMAJA
REMAJA doakan agar kecederaan Raja Atiq ini tidak terlalu serius dan agar pelakon itu akan pulih dengan segera.
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Selebriti Malaysia Yang ‘Gila’ Kucing

Memelihara haiwan peliharaan merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan stres bila dah seharian penat bekerja/belajar.
Kucing adalah antara favourite pet yang selalu menjadi kegilaan masyarakat Melayu. Lagi pula kalau gebu, yang penakut kucing pun rasa nak gomol-gomol je.
Di kalangan selebriti juga memang ramai yang sayang kucing. Malah, ada di antara kucing mereka yang mempunyai berjuta followers di instagram. Perghh, kalah artis macam ni.
Mana taknya, gelagat kucing ni comel sangat. Kalau tengah serabut otak tu cuba la layan si bulus ni. Confirm hilang stres!
Jom kita lihat antara selebriti-selebriti Malaysia yang gila kucing.
1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Zara Zya
3. Yana Samsudin
4. Adibah Noor
A post shared by adibahnoor (@adibah_noor) on
5. Nabila Huda
6. Nazim Othman
A post shared by nazimothman (@nazimothman) on
7. Awal Ashaari
8. Emma Maembong
Thank you @kamaladli for this @timtim_timo ? #emmamaembong #emavengers @emavengers
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
9. Hafiz Hamidun
10. Karl Shafek
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Covid-19: Pelajar Malaysia Di US & UK Digesa Pulang Sebelum Terlambat?

Penguat kuasaan undang-undang di semua negara yang sedang dilanda musibah wabak Covid-19 kini berada di tahap yang lebih serius.
Hal demikian, kebanyakan negara sedang berkira-kira untuk menguat kuasakan perintah sekatan penerbangan keluar masuk negara untuk mengelak penularan wabak yang lebih teruk.
Kerajaan menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, semalam berkata bahawa mereka khuatir sekiranya Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK) bakal melaksanakan perintah berkurung tidak lama lagi. Ini bermaksud pelajar dan pelancong Malaysia yang sedang berada di 2 buah negara itu mungkin akan terkandas di sana.
“Pelawat Malaysia di sana dinasihatkan untuk pulan segera sementara syarikat penerbangan kedua-dua buah negara itu masih beroperasi.
“Sekiranya mereka pulang sendiri, kos membawa pulang rakyat Malaysia di US dapat dimanfaatkan untuk kerajaan membeli keutamaan lain seperti peralatan perubatan di hospital,” kata beliau semalam.
Sekiranya rakyat Malaysia terkandas akibat perintah berkurung, kerajaan terpaksa meneliti hubungan baik Malaysia dengan negara tersebut dan berdepan dengan kos setinggi RM50 juta untuk membiayai penerbangan pulang mereka ke Malaysia.
*
Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Washington DC dilaporkan telah berhubung dengan pelajar Malaysia di sana.
Kementerian Pendidikan juga sedang berhubungan rapat dengan persatuan pelajar Malaysia di US (NAMSA) untuk memeriksa keperluan mereka di sana. Ini termasuklah isu penginapan di mana kebanyakan daripada mereka lebih memilih untuk menetap bersama rakan di luar kampus buat masa ini; lapor BERNAMA.
Di US sahaja, seramai 7,709 orang pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di sana termasuklah 260 orang pelajar tajaan JPA dan 57 orang lagi di bawah MARA.
Sementara itu di UK pula, terdapat 902 pelajar luar negara tajaan MARA di sana, iaitu yang paling ramai berbanding negara lain seperti di India, Australia, US dan Ireland.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Cupcake Aisyah Dari London Positif Covid-19
Setakat ini, masih belum ada arahan gerakan evakuasi pelajar Malaysia di dua buah negara ini seperti yang telah dilakukan terhadap pelajar Malaysia di Iran dan India yang dibawa pulang, minggu lalu.
Cumanya, pelajar Malaysia di US dan UK mengutarakan kebimbangan mereka dari segi kelayakan untuk mendapatkan rawatan sekiranya dijangkiti Covid-19 di sana.
Setakat hari ini, US telah mencatatkan jumlah kes tertinggi di dunia dengan 123,898 kes melebihi China. Manakala UK menduduki tangga kelapan dengan 19,522 kes. Namun jumlah kematian yang dicatatkan di UK agak tinggi iaitu 1,228 kes.
Stay safe everyone!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

