Sebesar Syiling 20 Sen, Zanco T2 Perkenal Smartphone 3G Paling Kecil Di Dunia!

Share

Ini betul bukan main-main okay!

Telefon pintar hari ini merupakan satu simbol gaya hidup. Kiranya, tak ada phone tak ada life lah!

Memilih untuk lari dari kebiasaan, syarikat Zini Mobiles bertindak melawan dengan mengeluarkan telefon pintar 3G terkecil dengan saiz 2.4 inci x 1.18 inci x 0.65 inci , malah sebesar duit 20 sen.

Zanco T2 hadir dengan penyediaan bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari selain memiliki ciri storan 32 gigabit (GB) dan akses sambungan Bluetooth. Zanco T2 juga menggunakan keupayaannya sama seperti telefon pintar lain seperti mempunyai ‘alarm’, MP3 & MP4, kalender serta boleh merakam gambar dan video bersaiz resolusi 128 x 96 piksel.

Menarik kan?

Mungkin,  agak pelik dan melucukan kerana saiz kerdil tidak ubah seperti telefon mainan. Namun menurut perkongsian newatlas.com, perincian menarik spesifikasi fitur baharu itu dalam kelas tersendiri.

Bagi korang yang mementingkan saiz peranti yang kompak, mungkin Zanco T2 peranti yang korang nanti-nantikan. Zanco T2 juga  inovasi gajet telefon pintar 3G paling kecil di dunia!

Mungkin penciptaan fitur baharu dengan berat hanya 31 gram tersebut menjadi berita baik buat pengguna yang sukakan minimalis kerana tidak mustahil, ada peminatnya tersendiri.

Kecil bukan sebarang kecil okay! kerana sekecil-kecil peranti dengan saiz satu inci skrin LCD itu, ia berada dalam kelasnya tersendiri. Meskipun harganya masih belum diumumkan, fitur baharu itu dijangka akan menembusi pasaran bermula April nanti. So siapa nak hadiahkan telefon comel ni dekat penulis…hiks!

Sumber : Sinar Harian 

IKLAN