Sebak Weh! Lihat Ucapan Terakhir Pelakon Marvel Atas Pemergian Stan Lee

Share

 

 

Bukan hanya peminat komik Marvel dan filem Marvel Studios saja yang menangisi pemergian pengasasnya, Stan Lee pada hari ini…

 

Para pelakon hebat Hollywood yang pernah terlibat dalam francais ciptaan beliau itu juga terkejut dan menghayati kembali pengalaman mereka semasa berlakon dalam filem blockbuster Marvel.

Jom lihat kata-kata terakhir mereka kepada Stan..

BACA: 10 Babak Favourite Kami Melibatkan Cameo Stan Lee

 

Hugh Jackman – Wolverine

“Kita telah kehilangan seorang yang genius dan kreatif. Saya bangga untuk menjadi sebahagian kecil daripada legasi filem beliau. Saya bangga dapat membantu ‘menghidupkan’ salah satu karakter ciptaannya.”

 

 

Chris Evans – Captain America

“Tak akan ada seorang lagi insan bernama Stan Lee. Untuk berdekad lamanya, beliau telah ‘memberi’ kita semua adventure, escape, comfort, confidence, inspiration, strength, friendship dan joy.”

 

 

Robert Downey Jr – Iron Man

“Saya terhutang budi kepada beliau…Rest In Peace Stan.”

 

 

Chris Pratt – Star Lord

“Terima kasih untuk semuanya Stan Lee! What a life, so well lived. Saya menganggap diri sendiri bertuah kerana dapat bertemu beliau dan berlakon di dalam ‘dunia’ ciptaan beliau.”

 

 

Tom Holland – Spider-Man

“Tiada siapa yang lebih terhutang budi kepada beliau kecuali saya. Ayah Marvel ini telah membuatkan ramai orang gembira selepas menonton karyanya. What a thing to have achieved.”

 

 

Zoe Saldana – Gamora

“Hari ini, kita telah kehilangan yang terbaik antara yang terbaik. Kamu ialah inspirasi dan superhero kepada kami semua. Thank you for contributing so much – dan memberikan kami sesuatu yang berinspirasi.”

 

 

Mark Ruffalo – Hulk

“Kamu membolehkan kami menjadi lebih daripada insan biasa, superhuman even. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada projek bersiri Stan Lee.”

 

 

Sebastian Stan – Winter Soldier

“Saya tak akan berada di sini tanpa kamu. Terima kasih lagenda, you will be missed

.”

 

 

Samuel L Jackson – Nick Fury

“Terima kasih Stan lee kerana memberikan peluang ‘keluar’ dari dunia realiti. Kamu telah berjaya membuatkan ramai orang percaya dengan kebaikan dan perkara heroic.

 

 

Jessica Alba – Sue Storm

“Pengalaman berlakon di dalam The Fantastic Four amatlah bermakna kepada pelakon muda seperti saya pada waktu itu dan ia memberikan impak yang cukup besar. We will miss you Stan Lee.”

 

 

IKLAN