
Pelakon jelita, Uqasha Senrose akhirnya berkongsi sedikit mengenai kisah rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli, selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah, semalam.
Menurut Uqasha, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas tempoh panjang mencuba mempertahankan mahligai cinta mereka demi anak tersayang.

“Bersabar sebab anak? Sebab itulah sudah setahun saya bertahan,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.
Mengulas lanjut, aktres jelita itu tidak menafikan rumah tangganya pernah dilanda badai, namun menganggap semua yang berlaku sebagai satu ujian daripada Tuhan.
“Betul ini dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.

“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis,” ujarnya lagi.
Tambah Uqasha, dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi, tanpa mahu menunding jari kepada mana-mana pihak.
Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman.

Sekadar info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!















