Pemuzik dan penerbit terkenal Sean ‘Diddy’ Combs dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun dua bulan atas kesalahan membawa individu merentas negeri untuk tujuan hubungan seksual. Hukuman itu dijatuhkan pada Jumaat, menandakan penutup kepada kes persekutuan yang penuh dengan pendedahan mengejutkan dan mencemar reputasi ikon hip-hop berusia 55 tahun itu.
Menurut laporan antarabangsa, Diddy turut diperintah membayar denda sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta). Bagaimanapun, kerana beliau sudah menjalani hukuman selama setahun, Diddy dijangka dibebaskan dalam tempoh tiga tahun lagi sekiranya berkelakuan baik.
Peguam bela Diddy bagaimanapun telah mengemukakan rayuan agar anak guamnya dibebaskan segera, dengan alasan tempoh tahanan yang dilalui sudah memberi kesedaran dan membebaskannya daripada pengaruh dadah.
Kredit foto: Jane Rosenberg (REUTERS) – PBSKredit foto: Euronews
Sebelum ini, Diddy disabitkan bersalah pada Julai lalu atas tuduhan membawa teman wanita dan pekerja seks lelaki ke seluruh negara untuk terlibat dalam hubungan seksual berasaskan dadah. Namun, beliau dilepaskan daripada tuduhan lebih berat iaitu pemerdagangan seks dan jenayah terancang yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.
“Kenapa perkara ini berlarutan begitu lama?” soal Hakim Arun Subramanian ketika menjatuhkan hukuman.
Ads
“Kerana anda memiliki kuasa dan sumber untuk terus melakukannya dan kerana anda tidak ditangkap”
Difahamkan, Diddy kekal tenang tanpa sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan. Dalam kenyataan terakhirnya di mahkamah, beliau mengakui perbuatannya sebagai “menjijikkan” dan “memalukan,” sambil memohon maaf kepada semua mangsa yang disakiti secara fizikal dan mental.
“Perbuatan keganasan rumah tangga saya adalah beban yang akan saya pikul sepanjang hidup,” katanya.
Ads
Sepanjang prosiding, peguam bela turut menayangkan video berdurasi 11 minit yang memaparkan sisi peribadi Diddy bersama keluarga dan kerja amalnya, di mana beliau dilihat menangis ketika tayangan tersebut.
Ads
Perbicaraan hampir dua bulan itu turut menyaksikan beberapa wanita tampil memberi keterangan mendakwa pernah dipukul, diugut dan diserang secara seksual oleh Diddy. Pendakwa raya Christy Slavik menegaskan bahawa hukuman ringan terhadap selebriti itu seolah-olah menghalalkan tahun-tahun keganasan yang dilakukan.
Sementara itu, kes ini dijalankan di bawah Mann Act, undang-undang yang melarang membawa individu merentas negeri untuk tujuan pelacuran. Antara keterangan paling mengejutkan datang daripada bekas teman wanita Diddy, Casandra ‘Cassie’ Ventura, yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks menjijikkan dengan orang asing ratusan kali sepanjang hubungan mereka selama 10 tahun.
Pada masa yang sama, kenyataan daripada seorang mangsa lain yang dikenali sebagai Mia iaitu bekas pembantu yang mendakwa dirogol Diddy pada tahun 2010 telah dibatalkan pada saat akhir selepas bantahan pihak pembelaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dinafikan zaman sekarang ni dah ramai perempuan berhijab yang pandai bergaya. Kalau korang perasan, ada macam-macam stail tudung di pasaran sekarang.
Nak yang simple, glamour atau gaya yang biasa-biasa saja, semuanya korang boleh dapat dengan mudah. Dapatkan shawl, tudung dan baju raya terkini di UMMAso korang tak menyesal tersalah pilih style okay? Klik sinidan dapatkan baju raya anda.
Tapi tak semua trend hijab ni sesuai dipakai, lagi-lagi untuk para remaja macam korang. Fesyen pelik dan jelik ni bukanlah sesuatu yang baru di negara kita.
Harapnya raya nanti tak ada la yang nak menggayakan tudung yang pelik-pelik ya? Hiks!
Jom kita recap antara gaya hijab yang pernah digayakan sebelum ini.
1. Tudung ‘pasu bunga’
Cuba tengok betul-betul, ada iras pasu bunga tak? Haha! Tak berat ke bawa tudung tinggi tu sis?
2. Tudung ‘Elsa’
Berhijab tapi nak feeling-feeling jadi Elsa, lebih kurang macam ni la rupanya. Amacam, onz tak onz?
3. Tudung zip tutup muka
Suatu ketika dulu, heboh tentang seorang selebriti terkenal melancarkan tudung yang ada zip di muka. Ada juga yang kata macam ultraman. Eh!
4. Tudung bertingkat
Tudung jenis ni pun dulu pernah famous sekejap. Hm, untuk mak-mak mungkin ok kot. Tapi, kalau korang nak pakai, noiiii. Jangan buat pasal. Tak sesuai la zis!
5. Tudung hoodie
Ada juga perempuan yang berani pakai tudung macam ni tapi tak pakai inner. Hm, no komen la!
6. Tudung wig
Lebih kurang tudung ‘Elsa’, yang ni pun mungkin sejenis confused nak pakai tudung ke tak ni? Hehe..
7. Tudung pocong
Terbaru, tudung pocong pulak jadi trend. Mintak simpang la jumpa perempuan pakai tudung pocong ni tengah-tengah malam. Seram!
Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang ok? Ikutlah nak gaya macam mana pun, asalkan tak pelik dan jelik. Haha!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular sekitar tahun 80 an dan 90 an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Os.
Lawaknya yang bersahaja tetapi cukup mencuit hati. Biarpun bergelar pelawak, namun Allahyarham semasa hayat tidak pernah mengabaikan pelajaran buat anak-anaknya.
Meniti usia 30 tahun, kematangan anak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini cukup menyerlah. Bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Syafiqa Hayra bukan hanya disifatkan seorang wanita cantik dan bijak bahkan memiliki keperibadian yang baik. Kalau arwah Mr Os masih ada, mesti dia bangga melihat kejayaan anak perempuannya hari ini.
Enam bulan mengikat tali pertunangan akhirnya Dr Syafiqa Hayra Mohd Yusof selamat bergelar isteri. Memilih tanggal 23 Disember 2023 untuk menamatkan zaman bujang, anak sulung daripada dua beradik ini sah menjadi suri hati jurutera kacak iaitu Ahmad Amirul Aiman Azimi dengan sekali lafaz.
Dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Muhammad Awal Syafrel Harez Mohd Yusof selaku adik lelaki menjadi wali kepada Dr Syafiqa Hayra.
Graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Mesir ini menerima mas kahwin RM300.
Mesra disapa Dr Hayra tampil memukau dan berseri-seri hasil sentuhan magis makeup artist, Bee Ramza. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan putih bersih bertemakan Fairy Tale.
Difahamkan busana gaun kembang yang digayakan Dr Hayra ialah cetusan inspirasi gaun perkahwinan mendiang Puteri Diana. Memang terserlah kecantikan pengantin perempuan persis seorang puteri!
Bagi ibu pengantin perempuan iaitu Rahayu Muhamed Nadzir, dia bersyukur kerana anak gadis kesayangan kini menemui teman hidup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada zaman sekarang permainan video atau dikenali sebagai eSport bukan lagi perkara enteng yang boleh dipandang sebelah mata. Ia kini menjadi acara yang dipertandingkan dan menawarkan sumber pendapatan serta penajaan bernilai jutaan ringgit.
.
Populariti eSport yang semakin hari semakin meningkat merupakan satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Menyedari akan peningkatan serta populariti luar biasa eSport, Yoodo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan kembali menaja kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura untuk musim keenam.
Wow…musim ke 6 ye guyss!!
Hal ini merupakan tajaan kedua mereka selepas musim kelima sebelum ini di mana ia merupakan salah satu musim terbesar buat kejohanan tersebut dengan sejumlah lebih dari 9.5 juta tontonan. Menurut Michael Lin, iaitu pengurus pemasaran Esukan MPL menyatakan yang mana mereka amat gembira dengan tajaan Yoodo dan bagi musim keenam ini, mereka menjanjikan satu kejohanan yang lebih besar dari pelbagai pasukan Malaysia dan Singapura.
Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura musim keenam akan menyediakan wang hadiah terkumpul sebanyak $100,000(~RM417,000) dan ia akan menempatkan enam pasukan dari Malaysia dan empat dari Singapura. Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 28 Ogos ini sehingga 25 Oktober 2020 ini.
.
Pada masa yang sama, Yoodo juga mengumumkan yang mana mereka kini akan menaja pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Geek Fam, sekaligus menambahkan lagi barisan tajaan esukan di bawah naungan Yoodo selepas Yoodo Gank dan juga Yoodo FV.
Menurut Chow Tuck Mun, ketua Yoodo, belia sangat teruja untuk membawa jenama mereka ke kejohanan MPL yang bakal berlangsung kelak, ditambah pula dengan pencapaian pasukan tersebut di musim lepas, mereka bersedia untuk memberi sokongan penuh buat pasukan Geek Fam. Beliau juga menyatakan tajaan ini bukan sahaja dari segi tajaan telco, malah dari segi kewangan buat pasukan tersebut.
.
Yoodo Geek Fam terdiri daripada Nik Aqieff (Dominus) sebagai kapten pasukan, Muhammad Zul Hisham (Xorn), Poon Kok Sing (OzoraVeki), Muhammad Nazmie (Artz) , Amirul Shafiq (Feekz) dan Tai Ming Hong (Rumpel).
Jadi kepada games di luar sana, teruskan berjuang di alam digital dengan penuh semangat. Buat pasukan Yoodo Geek Fam untuk kejohanan MPL musim keenam ini. good luck okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupa menghantar anak ke pengasuh, seorang kanak-kanak maut dalam kereta selepas hampir sembilan jam ditinggalkan, mencetuskan kebimbangan keselamatan kanak-kanak.