Tahun 2020 merupakan satu tahun yang kita boleh lihat banyak syarikat besar ataupun kecil mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid19.
Terbaru, Nikon Malaysia secara rasminya mengumumkan pengunduran daripada pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2021 ini. Pernah menjadi fenomena dalam industri DSLR serta merupakan pesaing jenama-jenama besar akhirnya Nikon tewas juga dengan pandemik Covid-19.
Akhir Oktober lalu, Nikon baru sahaja mengumumkan akan menghentikan operasi secara rasminya di Indonesia bermula 22 Oktober 2020.
Ads
Sumber Nikon Malaysia.
Dalam pada itu, para peminat Nikon masih lagi berpeluang mendapatkan barangan serta aksesori jenama ini menerusi syarikat pengedar di bawah Futuromic Photo AV Sdn Bhd.
Ads
Untuk info, Nikon bermula sejak 1917 apabila tiga pengilang optik terkemuka di Jepun yang digabungkan untuk membentuk syarikat optik bersepadu sepenuhnya sehinggalah Nikon berjaya menjadi syarikat gergasi yang menguasai industri kamera.
Ads
Di Malaysia, Nikon ditubuhkan pada Aprl 2001 dan mewakili Nikon Corporation dan berjaya menubuhkan satu asas yang kukuh menerusi pengedar tempatan.
Namun, wabak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat termasuklah syarikat gergasi di dunia terpaksa mengecilkan operasi bagi mengurangkan kos. Sebelum ini, sekitar Jun lalu, syarikat Olympus yang sudah 84 tahun dalam industri kamera turut mengumumkan pengunduran daripada dunia kamera atas beberapa faktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khas sempena Jualan Pertengahan Tahun Lazada pada 7 Julai 2019 (esok) yang popular dengan panggilan ‘Parti 7.7’, banyak produk bakal ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Antara yang mencuri tumpuan REMAJA ialah produk Apple iPhone XR dan ia boleh korang dapati pada harga diskaun yang cukup wow!
Laporan menunjukkan Apple iPhone XR ialah antara model telefon pintar yang paling popular sepanjang tempoh 12 bulan lepas disebabkan sistem operasinya yang pantas, kamera memuaskan dan mempunyai antara spesifikasi terbaik pada pendapat penggunanya di seluruh dunia. Ia juga mendapat rating 4.6 di Lazada.
Oleh itu, bagi peminat produk Apple atau mereka yang mempunyai niat untuk menukar telefon pintar, Apple iPhone XR julung kalinya akan dijual pada harga permulaan RM2,989 di Lazada iaitu kurang RM610 berbanding harga pasaran, RM3,599.
Model asas ini didatangkan dengan storan 64 GB. Jika merasakan 64GB terlalu kecil untuk korang, terdapat juga model 128GB atau 256GB yang dijual pada harga diskaun.
Promosi ini akan bermula pada jam 12 tengah malam ini dan akan berakhir pada jam 2 pagi, 2 JAM SAJA! Penghantaran ke rumah pula adalah percuma.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk merebutnya di link ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertempat di Tiffin at the Yard di Sentul semalam, REMAJA berkesempatan untuk mencuba sendiri kelebihan yang ada pada model Galaxy S21 FE 5G ini. Khabarnya ia adalah peranti paling sesuai dengan golongan remaja serta belia yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan.
Ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik, rekaan model yang minimal, ‘performance’ yang cukup kuasanya serta fungsi kamera yang telah ditambah baik pada bahagian belakang DAN hadapan.
Pada tahun lalu, Samsung Malaysia pernah memperkenalkan model FE atau Fan Edition ini menerusi Galaxy S20 dan ia telahpun menerima sambutan yang menggalakkan. Kami percaya menerusi Galaxy S21 FE 5G, korang juga akan berpuas hati sekiranya model ini jatuh ke tangan korang dek kerana ia direka khas bagi peminat jenama Samsung sendiri.
Bercakap mengenai fungsi kameranya, ia dilengkapi kamera Ultra Wide 12MP, kamera Wide 12MP, kamera Telephoto 8MP, kamera Selfie 32 MP (uh wow!) dan Space Zoom 30x.
Galaxy S21 FE 5G juga didatangkan dengan paparan skrin seluar 6.4 inci dengan Dynamic AMOLED 2x Display3 yang selesa apabila diletakkan pada tapak tangan dan dilihat pada jarak dekat. Dua pilihan bagi memori 8GB RAM yang disediakan terdiri daripada internal storage berkeluasan 128GB dan 256GB.
Empat pilihan warna yang disediakan adalah : Graphite, White, Olive, dan Lavender.
Perkara utama yang korang nanti-nantikan tentulah harganya, bukan?
Bagi model Galaxy S21 FE 5G (256GB), ia dijual pada harga RM3,099 manakala Galaxy S21 FE 5G (128GB) pula boleh didapati pada harga RM2,899. (Just get the 256GB, trust us you will need it!)
Tempahan yang dibuat bermula 6 Januari (hari ini) hingga 10 Januari 2022 juga akan menerima beberapa promosi menarik Samsungtermasuklah e-baucar bernilai RM350, pakej Samsung Care+ satu tahun bagi kerosakan tidak disengajakan dan pembaikan liquid damage bernilai RM220.
Korang yang menempah bermula 6 Januari (hari ini) sehingga 28 Februari 2022 juga akan ditawarkan peluang untuk mendapatkan aksesori terpilih dengan diskaun 30 peratus seperti :
a) Silicone Cover dengan Strap
b) Smart Clear View Cover
c) Clear Standing Cover
d) Silicone Cover
e) Slim Strap Cover
DAN diskaun 20 peratus lagi bagi aksesori seperti Galaxy Watch4 Classic, Glaxy Watch4 atau Galaxy Buds.
Tawaran ini dapat korang rebut di stor atas talian Samsung Malaysia, stor fizikal Samsung Experience dan di lokasi rakan kongsi sah Samsung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai pengguna Instagram yang merasakan bahagian timeline mereka tidak lagi dipenuhi oleh foto serta video mengenai situasi semasa di Palestin.
Jika pada minggu lalu, acapkali kita menemui mesej kesedaran tentang situasi tegang yang dihadapi oleh saudara kita di sana.
Begitupun pada minggu ini, Facebook didakwa telahpun mengolah algorithm di Instagram agar sebarang perkembangan terbaru berkenaan Palestin sukar dilihat oleh penggunanya.
Senang cerita, apa-apa muat naik mengenai kekejaman rejim Israel ke atas Palestin akan diberikan amaran oleh pihak Instagram. Hhm..
Apapun, kita bertuah kerana beberapa akaun Instagram telahpun berkongsi tip alternatif untuk terus menyebarkan kesedaran dengan cara baharu di medan media sosial popular itu.
Gunakan ejaan alternatif bagi kata kunci. Contohnya seperti Isr*el, G@za dan Pal-estine.
02
Tangkap layar (screenshot) sesuatu imej dan muat naik ke media sosial korang. Elakkan repost muat naik pengguna Instagram lain secara direct.
03
Pada bahagian Instagram Story, korang digalakkan menggun filter, fungsi sketch dan memasukkan muzik bagi ‘mengelirukan’ algorithm.
04
Gunakan GIF dan emoji yang tidak berkaitan dengan topik (seperti emoji bendera Palestine, bendera Israel, pistol). Sebagai contoh, gantikan penggunaan emoji bendera dengan emoji makanan, haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
*
Apa yang penting, usah kita hentikan peperangan kita menentang kekejaman rejim Israel biarpun hanya dengan menyampaikan mesej kesedaran.
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.