Remaja yang dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’, Muhammad Syukur Khamis kini membuka bengkel motosikal di rumahnya di Kampung Banggol Katong, Serada, Terengganu.
Syukur yang kini sudah berusia 19 tahun, sangat meminati bidang automotif dan memilih untuk mengusahakan perniagaan berkenaan sejurus menamatkan Kursus Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA Kuala Telemong pada Jun lalu.
“Setakat ini, ramai yang hantar motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi dan saya memang meminati bidang automotif. Buat masa sekarang, saya nak baiki motosikal dulu dan cari pengalaman sebelum menyambung kursus baiki kereta pula.
“Walaupun sibuk menjalankan kerja mekanik di bengkel, saya masih lagi membantu bapa, Khamis Jusoh menguruskan ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing,” katanya.
Ads
Tambah pelakon filem Budak Kuba itu, bengkel motosikal itu milik abangnya, Mohd Alias, namun dia mengambil alih menguruskan bengkel itu kerana kekangan masa abangnya yang bekerja sebagai tenaga pengajar di GiatMARA.
“Melalui ilmu dan kemahiran yang diperoleh ketika belajar selama enam bulan di GiatMARA, saya mampu membaiki motosikal dengan baik. Bagi kerosakan membabitkan bahagian enjin yang serius biasanya saya mendapatkan bantuan daripada abang untuk membaikinya.
Ads
“Caj yang dikenakan mengikut keadaan dan jenis kerosakan namun saya sentiasa ingin memberi harga yang lebih murah dan berpatutan,” ujarnya lagi.
sumber: bernama
Terdahulu, Syukur pernah tular apabila gambar ikoniknya bersama kerbau ternakannya berjaya mencipta fenomena di media sosial. Gambar yang dipotretkan oleh jurugambar Malaysia, Dallah Dean, menampilkan sosok yang kemudian dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.
Gambar tersebut bukan sahaja mengundang perhatian di dalam negara, tetapi turut diiktiraf di pentas antarabangsa. Ia menjadi terkenal selepas terpilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum di Itali, dalam himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.
Ads
Selain itu, ia memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik. Tidak berhenti di situ, gambar tersebut turut dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama, FB GiatMARA Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun negara masih dilanda pandemik COVID-19 yang meruncingkan dengan jumlah kes yang saban hari semakin meningkat, ada urusan-urusan penting yang masih memerlukan perjalanan jauh demi memastikan kelangsungan.
Di antaranya termasuklah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi enam kategori pelajar yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam. Para pelajar ini telah menerima lampu hijau daripada pihak KPT semalam untuk pulang ke kampus bermula 1 Mac ini.
Antaranya termasuklah golongan pelajar yang terdiri di bawah:
01
Pelajar program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
02
Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
03
Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
04
Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (UK).
05
Pelajar berkeperluan khas (OKU)
06
Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Pergerakan pulang ke kampus ini mewajibkan pelajar untuk menjalani ujian saringan SWAB yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Buat pelajar dari Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampus di Semenanjung, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing buat sementara waktu sehinggalan mereka bebsa daripada simptom COVID-19.
Manakala, bagi pelajar Semenanjung dan Sabah yang tiba di Sarawak pula, mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan memasuki kampus. Kesemua kos makan minum dan pusat kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak sepenuhnya.
*
Dalam kenyataan yang sama, KPT menjelaskan bahawa pelajar yang tidak temasuk dalam mana-mana kategori di atas perlu meneruskan PdP secara dalam talian seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guru merupakan antara insan yang sangat berbakti kepada kita sehingga ke akhir hayat. Pada saat dunia dilanda musibah, tugas guru menjadi semakin besar apabila perlu lebih kreatif kerana menjalani pengajaran secara atas talian. Usaha para guru untuk mengajar anak-anak murid secara dalam talian ketika musim pandemik COVID-19 ketika ini sangat perlu dihargai.
Perkongsian Cikgu Sejarah
Mungkin ramai yang beranggapan subjek Sejarah adalah sedikit membosankan kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingati oleh pelajar. Kadang tu sampai rasa confused juga.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Wan Arif Azmi yang juga merupakan seorang guru mata pelajaran Sejarah berkongsi cara belajar dengan cara lebih menyeronokkan.
Menurut guru berusia 29 tahun ini, beliau berkongsi tip ini kerana ingin mendekati para pelajar. Walaupun mengunakan platform media sosial, masih wujud interaksi dua hala antara pelajar dan guru serta objektif pembelajaran tu sampai kepada pelajar. Pembelajaran seperti ini dalam suasana santai walaupun pengajaran dan pembelajaran berbentuk ilmiah..
Selain itu, lebih menarik minat pelajar untuk menyertai serta mudah diakses berbanding dengan guna medium atau platform lain.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya mendapat perhatian netizen terutamanya para pelajar. Rata-rata pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru ini kerana memberikan tip berguna kepada mereka.
Walaupun kertas SPM 2020 telah pun berlalu, tapi calon SPM 2021 masih boleh mengunakan tip dan perkongsian ini.
Cayalah Cikgu Wan Arif ! Harapnya selepas ni lebih ramai guru buat rap untuk subjek-subjek lain pula bagi menarik perhatian pelajar untuk terus belajar. Hiks!
Mak pernah ludah, bagi parang, tarik rambut dan pijak… tetapi bagi Datuk Seri Aliff Syukri, ibunya Rozita Ibrahim tetap wanita yang paling beliau hormati dan muliakan.
Begitulah pengakuan usahawan kosmetik terkenal ini yang mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.
4 Tahun Tidak Bertegur Sapa
Aliff mengakui, hubungan dia dan ibunya pernah diuji hebat. Konflik keluarga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama empat tahun. Dalam tempoh itu, ibunya tidak menjawab mesej WhatsApp mahupun panggilan telefon.
“Dia tak maafkan saya… sampai saya pergi jumpa dia dan hadiahkan kereta Mercedes,” kata Aliff.
Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci punca perselisihan, Aliff mengakui membesar dengan ibu yang tegas serta latar belakang keluarga yang kompleks — termasuk pengalaman mempunyai ayah tiri — membentuk banyak cabaran dalam hidupnya.
Pesan Supaya Jangan Derhaka
Bagi Aliff, sebesar mana pun khilaf yang pernah dilakukan ibu bapa, seorang anak tidak wajar bersikap derhaka.
“Sejahat atau seteruk mana pun ibu atau ayah, mereka tetap orang tua kita. Hidup tanpa doa ibu takkan berkat,” ujarnya.
Aliff turut menasihatkan anak muda supaya menghormati ibu walau berbeza ragam — sama ada datang daripada keluarga kaya atau miskin. Katanya, apa sahaja yang diminta atau dikatakan oleh seorang ibu wajar dihadapi dengan hati terbuka.
Aliff menceritakan bahawa ibunya seorang yang sangat tegas dan tidak memanjakan anak-anak.
“Mak pernah ludah saya, bagi parang, tarik rambut dan pijak saya… saya okay je. Saya yakin ibu adalah orang paling mulia,” katanya.
Bagi Aliff, keberkatan hidup datang daripada restu seorang ibu. Walaupun seorang ibu mungkin ada sifat yang sukar diterima atau masa silam yang gelap, tempatnya tetap tiada pengganti.
Pengajaran Untuk Remaja
Kisah Aliff menjadi peringatan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak semestinya hadir dalam bentuk belaian lembut. Kadangkala, ia hadir dalam bentuk disiplin keras yang membentuk ketahanan diri, kekuatan mental dan kejayaan di masa hadapan.
Sebagai anak, menghormati dan memuliakan ibu bukan hanya soal adat, tetapi soal keberkatan hidup. Kerana pada akhirnya, doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.