Jika diukur daripada tempoh perjuangan dalam program realiti, Hussain boleh dianggap antara penyanyi baharu yang paling lama bertahan di pentas pertandingan apabila mengharungi saingan selama 18 minggu menerusi dua program berbeza.
Bermula dengan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebelum diserap menyertai Big Stage Rocketfuel, anak kelahiran Ipoh, Perak ini membuktikan dirinya mampu bertahan dan terus melangkah meskipun berdepan pelbagai cabaran.
18 Minggu Bukan Perjalanan Mudah
Bagi Hussain, tempoh 18 minggu berjuang dalam dua program realiti bukan sesuatu yang mudah, namun segala rintangan ditempuh dengan penuh ketabahan demi memperjuangkan bakat serta membanggakan kedua-dua ibu bapanya.
Kejayaan pemilik nama penuh Hussain Jamilul Hayat, 23, merangkul gelaran juara Big Stage Rocketfuel baru-baru ini pula menjadi pencetus semangat buat dirinya untuk terus bergelar anak seni yang menghasilkan karya berkualiti.
Namun, di sebalik kemenangan tersebut, ada insan yang paling ingin dihargainya iaitu bapanya.
Buat Hussain, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya hadiah paling bermakna yang dapat diberikan kepada bapanya setakat ini.
“Ini adalah hadiah kepada abah dan sebab itu saya ucapkan terima kasih banyak kali kerana dia sudah beri banyak tunjuk ajar dan nasihat.
“Nasihat dia senang saja, ‘stay on top, be humble dan buckle up’.
Ads
“Satu lagi yang dia pesan, sentiasa memaafkan semua orang setiap kali sebelum tidur, saya akan pegang pesanan itu sampai bila-bila,” katanya lagi.
Tak Pernah Sangka Bergelar Juara
Menariknya, Hussain mengakui dirinya langsung tidak meletakkan sasaran untuk muncul sebagai juara kerana pada awalnya dia hanya berharap dapat menjejakkan kaki ke pentas final.
“Saya sebenarnya tak sangka sebab sasaran hanya sampai final sahaja.
“Dapat masuk Big Stage pun sudah bersyukur sebab berpeluang sertai kelas vokal dan sebagainya kerana bayaran untuk kelas begitu di luar mencecah RM300 hingga RM500.
Ads
“Saya bertahan sehingga ke final juga adalah hasil doa keluarga dan sokongan peminat, tanpa mereka siapalah saya,” jelasnya.
Atas kemenangan tersebut, Hussain membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 selain kontrak rakaman bernilai RM100,000 bersama Rocketfuel.
Sudah Bersedia Dengan Cabaran Industri
Menyedari perjalanan sebagai anak seni selepas ini pastinya hadir bersama lebih banyak dugaan dan rintangan, Hussain berkata dia sebenarnya sudah mempersiapkan diri dan mental sejak sebelum menyertai TTMM2 lagi.
“Sebenarnya saya sudah lama bersedia dan abah juga banyak kali terangkan banyak perkara mengenai industri ini.
Ads
“Sebelum ini saya banyak mengecewakan abah ketika zaman awal remaja dahulu dan sekarang saya nak bayar semua semula dengan kejayaan,” tutur anak saudara penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah itu.
Dalam pada itu, Hussain juga tidak menafikan dirinya perlu bersedia untuk berdepan pelbagai reaksi selepas bergelar juara, termasuk kecaman atau individu yang kurang senang melihat kejayaannya.
Bagaimanapun, penyanyi muda itu memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara negatif dan lebih selesa menumpukan perhatian kepada perjalanan seninya selepas ini.
“Kita semua manusia biasa, bukan mudah nak senangkan hati orang. Dalam 10 orang, mesti akan ada seorang rasa dengki tetapi nak buat macam mana.
“Cuma benda-benda jahat begini tak kekal lama pun, paling penting, ikhlaskan hati dan sentiasa memaafkan orang.
“Cara saya, buat tak tahu saja dan fikirkan apa yang lebih penting untuk hari mendatang,” akhirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini berita berkenaan anggota BLACKPINK, Lisa mengejutkan para peminat apabila diumumkan bahawa bintang sensasi ini bakal memulakan langkah dalam bidang lakonan di Hollywood dengan membintangi siri The White Lotus musim ketiga.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal bakal menyertai barisan pelakon popular lain di mana penggambarannya akan dimulakan bulan ini.
Antara yang membintanginya ialah Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs dan Julian Kostov.
Antara sedutan siri HBO tersebut.
Turut berlakon, Michelle Monaghan, Sam Nivola, Morgana O’Reilly, Lek Patravadi, Shalini Peiris, Parker Posey, Natasha Rothwell, Patrick Schwarzenegger, Tayme Thapthimthong dan Aimee Lou Wood.
Diterbit dan diarahkan Mike White, penggambaran musim baharu itu akan dijalankan di Koh Samui, Phuket dan Bangkok di Thailand.
Menurut KOSMO, siri original HBO itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan Thailand untuk tujuan promosi dan sokongan.
Lisa (dua dari kanan) merupakan ahli kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK.
The White Lotus menjadi popular selepas diperkenalkan pada 2021. Musim pertama penggambaran dibuat di Hawaii, Amerika Syarikat. Ia berjaya meraih 20 pencalonan di Emmy Awards dan menang 10 kategori.
Musim keduanya yang ditayangkan pada Disember 2022 dibuat di Sicily, Itali mendapat 23 pencalonan di Emmy Awards dan menang lima kategori termasuk drama siri terbaik.
Antara adegan Jennie di dalam siri The Idol tahun lalu.
Lisa menjadi anggota kedua BLACKPINK menceburi bidang lakonan selepas Jennie membintangi siri The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.
REMAJA sangat tidak sabar untuk melihat bintang kelahiran Thailand ini beraksi di skrin besar Hollywood!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO & KOREABOO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berbakat besar, Syafiq Kyle mengakui sudah berjaya menakluk semula hati aktres jelita, Mimi Lana dan hanya menanti masa yang sesuai sahaja untuk meneruskan hubungan mereka kembali.
Kata pelakon filem popular Sherif: Narko Integriti itu, dia hanya menunggu pengesahan daripada pelakon filem The Experts mengenai perkara tersebut.
“Takluk itu sudah, tunggu masa yang sesuai nak diizinkan,” katanya dalam nada seloroh.
Syafiq memberi reaksi tersebut menerusi sebuah video di Instagram ketika menjadi artis jemputan di stesen radio Era FM.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan hasrat untuk melihat pasangan pelakon popular itu disatukan sehingga ke jinjang pelamin.
“Kalau tengok muka berseri-seri macam ini, selalunya memang dah menjadi,” antara komen peminat,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah masih ada harapan untuk mereka bersama. Semoga ada jodoh antara mereka dan diharapkan jodoh kedua-duanya berkekalan,” komen seorang lain.
Sekadar info, kedua bekas peserta Hero & Dewi Remaja itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk berumah tangga putus di tengan jalan apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq kyle & Mimi Lana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdepan masalah dengan alat kawalan jauh seperti sukar untuk digunakan, mudah hilang dan rosak serta perlu kerap menukar bateri?
Selalunya kalau remote rosak terutamanya remote televisyen apa korang buat?
Jawapannya tak susah pun, mesti korang ketuk sampai berfungsikan?Jangan tipu tak pernah buat okay!
Ajaibnya, remote TV akan kembali berfungsi dan boleh digunakan semula dengan baik.
Walaupun memang terbukti melalui teknik ini membuatkan alat tersebut boleh berfungsi semula, tapi mesti korang pelik kan dan tertanya-tanya bagaimanakah tindakan seperti itu dapat membuatkan alat kawalan jauh itu kembali berfungsi?
Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang ‘keajaiban’ ini, kita perlu tahu mengenai punca utama masalah alat kawalan jauh.
Alat kawalan jauh televisyen menggunakan bateri bagi punca kuasa yang membolehkan alat tersebut berfungsi.
Sumber Gambar : Science ABC
Bateri yang digunakan dalam alat kawalan jauh tersebut berpotensi untuk berada di dalam alat tersebut dalam tempoh yang agak lama.
Oleh sebab itu, lapisan pengoksidaan terbentuk antara spring terminal dan penghubung bateri sepanjang bateri yang sama digunakan.
Lapisan oksida itu mempunyai ketahanan yang tinggi iaitu dapat menyekat aliran arus untuk melaluinya. Kesannya, voltan akan terjejas serta berkurangan menyebabkan alat kawalan jauh tersebut tidak berfungsi dengan baik.
Maka, dengan menghentak dan mengoncangkan alat kawalan jauh itu, ia dapat menyalurkan semula arus tenaga dan membolehkan alat tersebut digunakan semula.
Kaedah ini juga dikenali sebagai penyelenggaraan percussive yang turut dilakukan pada bateri kereta, televisyen dan juga mesin fotokopi.
Langkah ini lebih jelas dapat membantu alat kawalan jauh anda berfungsi kerana dengan menampar atau memukul alat kawalan jauh secara asasnya dapat meletakkan semula hubungan bateri pada kedudukan yang sebenar.
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...