“Berhutang Budi…”Dalam Masa 24 Jam Syed Saddiq Terima Lebih RM700k Sumbangan

Share

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Muar hari ini meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan ini memohon pertolongan daripada orang ramai untuk membantunya membayar baki ikat jamin seperti yang diperintahkan oleh mahkamah pada pagi Khamis 22 Julai 2021.

Terbaru, Syed Saddiq melalui laman sosialnya meluahkan rasa terharu dan menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak lebih dari RM700K dalam masa 24 jam untuk membayar baki ikat jaminnya.

Sebanyak 9,836 penyumbang telah membantunya dan beliau juga telah menutup tabung sumbangan kerana dana yang diperoleh melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Terdahulu, ahli politik muda itu telah dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.

Moga kes Syed Saddiq ini selesai dengan baik hendaknya. Rakyat Malaysia bab bagi sumbangan memang bagus kan…ni penulis sangat setuju..

Sumber: Instagram Syed Saddiq, FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

IKLAN