
Jika korang merupakan warga BLINKs, pastinya korang tahu bahawa bulan Ogos adalah bulan istimewa bagi grup K-Pop mega, Blackpink.
Ini kerana Ogos ialah ‘bulan kelahiran’ bagi grup tersebut. Untuk meraikannya, jenama telefon pintar Korea Selatan, Samsung menerusi Samsung Malaysia Electronics kini menawarkan 3 gajet edisi terhad untuk korang dapatkan pada harga istimewa.
3 gajet tersebut termasuklah Samsung Galaxy A80, Samsung Watch Active dan Samsung Buds versi Blackpink Edition. Tentunya, ia adalah ‘hadiah’ paling wajib dibeli jika korang merupakan peminat tegar Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie.

Istimewanya mengenai edisi terhad ini, ketiga-tiga gajet didatangkan dalam satu kotak yang kelihatan mirip cover album Blackpink. Ketiga-tiga produk ini juga datang dalam warna hitam dan merah jambu (duh) dan mempunyai pelekat Blackpink dalam rekaan embedded.

Untuk pengetahuan korang, hanya 300 buah kotak saja yang dijual di Malaysia. Tempahan awal (pre order) sudahpun ermula semalam (1 Ogos) hingga 4 Ogos (Ahad) ini pada harga RM3,899.
Okay kan harga tersebut! 3 produk untuk harga di bawah RM4,000. Apa lagi, rebut senarai pre-order oleh Samsung ini dari portal seperti Lazada dan Shopee.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Google Lancar Program Gemilang, Tawar Biasiswa Latihan Digital Untuk Rakyat Malaysia

Berita baik buat individu yang berminat dalam dunia digital, Google baru sahaja melancarkan program latihan digital yang dikenali sebagai Gemilang. Program ini menawarkan pembelajaran lebih fleksibel kepada semua rakyat Malaysia.
Apa yang lebih menarik, Google turut menawarkan sebanyak 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google kepada rakyat Malaysia dalam membekalkan peluang latihan inklusif kepada mereka yang terpilih. Sijil Kerjaya Google disediakan dalam platform Coursera dan membolehkan pelajar walaupun tiada sebarang pengalaman atau ijazah memperoleh sijil dalam enam bidang.

Bidang-bidang tersebut termasuklah analisis data, sokongan teknologi maklumat (IT), automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital serta e-dagang.
Menerusi program Gemilang yang dilancarkan ini lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan dapat mengakses peluang latihan, mempelajari kemahiran baharu, mencari pekerjaan dan membina kerjaya dalam ekonomi digital.
Setiap sijil yang disediakan dicipta pakar daripada Google dan direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas melalui pembelajaran secara hands-on.
Biasiswa yang ditawarkan menerusi kolaborasi dengan enam rakan tempatan termasuk institusi pendidikan, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan rakan kongsi majikan termasuklah Amanz, Carsome, Fave Asia, IPG Mediabrands, Jirnexu, Maybank, McDonald’s Malaysia, Omnicom Media Group (OMG), PETRONAS, Rev Media Group, The Star Media Group, The Lorry, Storehub, Astro AWANI.

Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengasah lagi kemahiran mereka, terutamanya bagi individu yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden Kena Tahan Di Airport Sebab Powerbank, Gadis Ini Kongsi Peraturan Bawa Gajet Dalam Pesawat

Korang pernah dengar tak tentang isu kena tahan di lapangan terbang kerana kesalahan membawa powerbank?
Seperti perkongsian yang telah dibuat oleh Siti Nur Syuhaidah, baru-baru ini dia dikejutkan dengan berita sahabatnya yang di tahan di airport Bandung atas kesalahan membawa powerbank berkuasa melebihi 20,000mAh.
Menurut Astro Awani, membawa muatan kargo berisi bateri ion lithium dianggap sebagai ‘risiko yang tidak boleh diterima’ bagi mana-mana pesawat penumpang komersial.
Kenyataan amaran ini turut dipersetujui oleh pakar material berbahaya dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Angela Stubblefield.

Malah baru-baru ini juga syarikat gajet terkemuka Apple.Inc ada mengeluarkan kenyataan penarikan sebilangan kecil produk Macbook Pro 15” yang terjual dalam tempoh September 2015 hingga Februari 2017.

Unit tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat kerana dikhuatiri bateri lithium komputer riba tersebut mudah terdedah kepada “over-heating” dan boleh menyebabkan letupan dan kebakaran kecil.
Namun, sekatan membawa masuk benda berkaitan lithium ini bukan sesuatu yang baru. Larangan untuk membawa peralatan berasaskan bateri lithium telah dikuatkuasakan di peringkat antarabangsa IATA- International Air Transport Association dan syarikat penerbangan di Malaysia (MAS, Air Asia, Firefly dan sebagainya) sudah pun mengikuti peraturan tersebut.

Mesti korang terfikir adakah semua barangan berasaskan bateri lithium tidak boleh dibawa naik kedalam pesawat? Sebab smartphone pun ada bateri kan?
Jangan risau. Ada beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk penumpang untuk korang bawa powerbank dalam pesawat. Tapi, terhad dengan peraturan-peraturan seperti berikut:
Berikut adalah info yang didapati dari pihak IATA
1. Korang perlu dapatkan info berapakah Watt Per Hour (Wh) bateri gajet tersebut. biasanya smartphone mempunyai kadar Wh yang rendah
2. Cuma, jika korang ada gajet-gajet yang bersaiz besar seperti powerbank, laptop dan lain-lain, sila dapatkan info bateri korang daripada pengeluar. Ini bagi memudahkan korang untuk membuat tindakan lanjut jika kadar Wh tidak menepati syarat-syarat IATA.
3. Watt Hour (Wh)/(kandungan lithium) = > 100Wh – <160Wh korang boleh membawa gajet (jenis built in battery) ini bersama di dalam beg di ruangan penumpang ataupun kargo
4. Untuk gajet dari jenis bateri boleh tanggal, hanya dibenarkan dua unit bateri saja di dalam beg dan tidak dibenarkan disimpan di dalam ruangan kargo
Watt Hour (Wh)/(Kandungan lithium) = >160Wh, korang perlu memberitahu petugas di kaunter bahawa korang membawa peralatan yang mempunyai bateri besar dan melebihi 160Wh. Petugas akan membantu korang untuk tindakan selanjutnya.
Kalau korang pengguna powerbank Pineng, korang masih boleh bawa powerbank di dalam pesawat tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah kadar Wh untuk powerbank Pineng:
-10000mAh (Model PN963, PN968, PN983S, PN913 dan lain-lain) – 3.7V 10000mAh 37Wh
-15000mAh (Model PN929) – 3.7V/15000mAh 55.5wh
-20000mAh (Model PN999, PN969, PN920) – 3.7V/20000mAh 74Wh
Walau bagaimanapun, korang kena pastikan gajet yang dibawa bukan dari barangan palsu atau tidak sah bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan. Sentiasa patuh dengan arahan yang diberikan oleh petugas pesawat kalau korang tak nak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Jangan ikut kepala sendiri, akur dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan. Kalau ada sebarang letupan yang berlaku di atas awan, korang juga yang cuak kan? Hiks!
Sumber: Siti Nur Syuhaidah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Instagram Kemaskini Sokongan Reels, Kini Berdurasi Sehingga 90 Saat

Instagram sebelum ini telah pun melancarkan ciri Instagram Reels di peringkat global dan apa yang menarik, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti TikTok.
Instagram Reels menawarkan kemudahan menyunting serta menambahnya dengan audio dan beberapa kesan penuras tambahan dalam menjadikan video tersebut menjadi lebih menarik. Pada mulanya pengguna IG boleh berkongsi video selama 15 saat, kemudian ia dinaikkan durasinya ke 60 saat.

Namun, kini Instagram telah mengemaskini sokongan Reels dan membolehkan pengguna berkongsi video selama 90 saat pada Reels. Dengan ini, orang ramai boleh berkongsi lebih banyak klip video yang menawarkan kandungan lebih baik.
Ciri Reels ini dikongsikan melalui Feed dan sekiranya akaun korang tidak private, ia turut akan dipertontonkan pada bahagian Reels di Explore. Seakan aplikasi TikTok, korang boleh membuat video pendek Reels yang diiringi dengan pilihan muzik dan efek melalui aplikasi Instagram.

Pengguna boleh melakukan pilihan Reels pada bahagian dimana korang berkongsi story di Instagram, atau feed mahu pun direct message. Jika dikongsi di IG Story, ia kan hilang dalam tempoh 24 jam. Namun, jika di feed, ia akan kekal di Instagram feed korang.
Bagi individu yang tidak mempunyai akaun TikTok, sudah tentu Instagram Reels ini menjadi pilihan mereka untuk memuat naik video di laman sosial. Betul tak?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

