
Dua hari lepas, pelakon kacak Lee Min Ho telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33. Kebiasaan bagi selebriti popular, mereka akan menerima hadiah daripada para peminat dan aktor dari Korea Selatan ini tidak terkecuali.
Lee Min Ho berkongsi foto hadiah pemberian peminatnya di laman Instagram dan dilihat ia memenuhi segenap ruang kediamannya.


Aktor ini turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana telah memberikannya hadiah sekali gus menjadikan harinya lebih baik.
Di satu posting yang lain pula, Lee Min Ho turut bergurau dengan memberikan caption ‘내년엔 기필코 저 촛불을 끄겠어’ yang bermaksud saya akan habis meniup lilin tersebut sehingga tahun hadapan.
Pergh, bestnya jadi Lee Min Ho. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Teruna Puan Sri Tiara Warisi Ketampanan Bapa, Curi Tumpuan Netizen!

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi begitulah perumpamaan yang boleh kita samakan dengan anak lelaki Puan Sri Tiara ini.
Berkongsi video di samping anak tersayang di media sosial baru-baru ini, warga maya tertarik dengan personaliti Mohd Eridani Effendi atau mesra disapa Dani ini. Rata-rata followers Puan Sri Tiara memuji wajah kacak Dani dan menyatakan rupa paras anak lelaki ini mewarisi ketampanan bapa, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Lelaki Sari Yanti Terima Anugerah Kecemerlangan Akademik, Netizen Puji Macam Kakak Dan Adik

Meniti usia 24 tahun, Dani merupakan satu-satunya cahaya mata lelaki penerbit filem terkenal ini.
Puan Sri Tiara ialah pelakon, penerbit filem, penerbit teater muzikal, dan penyanyi menyambut ulang tahun kelahiran pada awal Oktober lepas. Bersempena hari lahir, figura ini menitipkan rasa syukur dikurniakan keluarga tersayang.
“Syukur alhamdulillah for my good health, for my beloved family Effendi, Mila and Dani, and everyone in my life who fill my life with happiness.”
Bahkan dia meluahkan rasa bertuah mempunyai dua cahaya mata yang menyenangkan dan penyeri hidup.
“I want to celebrate my two wonderful kids Mila and Dani. Being mother to you both has been the most fulfilling part of my life, and my absolute joy. Thank you for being the most wonderful kids any mother could ask for.”


Seperti kakaknya iaitu Hani Karmila, Dani turut aktif dalam sukan Jiu Jitsu dan pernah memenangi pelbagai kejohanan.
Hani Karmila merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Puan Sri Tiara bersama arwah Hani Mohsin. Sementara Dani pula cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.


Tan Sri Effendi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2006 dan Menteri Pertanian 1999 hingga 2004. Beliau juga tokoh terkenal dalam bidang perniagaan dan bekas Pengerusi Eksekutif ENCORP Berhad, Bloomberg TV Malaysia dan NTV7.
Dah ibu dan ayahnya kacak dan cantik mesti la turun kepada anak-anaknya kan.
BACA LAGI :Bertuah Badan, Anak Lelaki AC Mizal Terima Hadiah Mercedes Benz Di Hari Jadi Yang Ke-18
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro Originals Bad Cop: Dua Sisi Berbeza Aiman Hakim ‘Terpapar’ Di Seluruh Negara!

Satu mesej yang jelas: kalau nak tahu siapa sebenarnya di sebalik Dua Sisi Berbeza ini, strim saja di Astro One dan aplikasi sooka.
Kita semua tahu, Astro sebagai Home of Originals tak pernah datang dengan sesuatu yang biasa‑biasa. Mesti unik, kreatif, dan beri impak kepada penonton setia drama bersiri mereka. Selepas gegaran One Cent Thief 2 di Bukit Bintang, kemudian Generasi Perfect 10 dengan visual lentikular dua sisi di KLCC, kini Bad Cop pula mula menyuarakan jiwanya, lebih lantang, lebih berani.
Terus cemerlang dengan naskah-naskah baharu sepanjang tahun 2025 menerusi jalan cerita drama-drama yang berbeza daripada apa yang sudah tersedia di pasaran, Astro memastikan tahun 2026 bermula dengan bang apabila idea promosi siri tempatan yang telah bersiar, Astro Originals; Bad Cop mula menghiasi lokasi-lokasi ikonik di seluruh negara menerusi paparan di papan iklan digital.
Istimewanya mengenai promosi kali ini, paparan pada papan iklan berkenaan ibarat gambaran ringkas namun tepat bagi menceritakan mengenai tema dualiti karakter menerusi watak lakonan Aiman Hakim Ridza.


Dua Watak, Dua Dunia Berbeza
Aiman Hakim berjaya membawakan watak sepasang kembar bernama Emir Khalid dan Imar yang mempunyai perbezaan karakter ibarat langit dan bumi walaupun seiras.
Imar merupakan seorang inspektor polis manakala Emir pula adalah seorang penjenayah yang menjadi buruan mafia dadah. Setelah lama terpisah, takdir menemukan pasangan kembar itu pada malam serbuan dadah dan Imar ditembak mati ketika bergelut dengan ketua pengedar dadah.

Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Imar menyampaikan hasrat kepada Emir agar dia melindungi keluarganya. Lalu, Emir terpaksa mengambil alih identiti Imar sebagai seorang polis agar dia dapat melarikan diri daripada ditangkap polis dan demi menunaikan hasrat abangnya itu.
Hidup dalam kepura-puraan? Mungkin. But the man has to what he has to do.
Iklan Yang ‘Menghidupkan’ Cerita
Menerusi papan iklan digital Bad Cop yang diperkenalkan oleh Astro kali ini, ia memaparkan dua sisi berbeza Aiman Hakim Ridza iaitu sebagai Imar, si inspektor pada sebelah siang dan sebagai Emir pula, si penjenayah yang menjadi buruan polis pada sebelah malamnya.
Biarpun memiliki paras rupa yang seiras, ‘Aiman Hakim’ mempamerkan dua sisi berbezanya sekaligus membuktikan beliau sebagai seorang pelakon berkaliber yang mampu menjayakan dua watak pada masa yang sama.


Konsep dualiti karakter ini telah berjaya mencuri tumpuan jutaan para pengguna jalan raya terutamanya di sekitar Lembah Klang seperti Lebuh Raya MRR2 (di Ampang), Lebuh Raya Persekutuan (di Batu Tiga Shah Alam), di persimpangan masuk ke lebuh raya MEX berdekatan IKEA Cheras, di Jalan Kuching berhampiran residensi Duta Park, di Taman Sri Gombak (Petron) dan banyak lokasi lain.
Malah di lokasi seperti Lebuh Raya SPRINT, ratusan ribu pengguna tren Mass Rapid Transit (MRT) turut dapat menyaksikan perubahan watak Imar dan Emir di papan iklan digital di sana.

Promosi Diperluaskan Ke Seluruh Negara
Buat pengguna jalan raya di negeri-negeri lain, korang jangan pula merasa FOMO tau! Mulai penghujung bulan Januari ini, papan iklan digital yang sama akan dapat disaksikan di negeri-negeri lain termasuklah di Lebuh Raya Skudai (Johor Bahru), berdekatan Mahkota Parade di Melaka dan di bulatan Sultan Iskandar dekat Ipoh, Perak.
Warga Borneo turut tidak ketinggalan apabila ia akan menemui orang ramai berdekatan Wisma Daily Express di Kota Kinabalu, Sabah.

So, apa tunggu lagi? Teruskan menonton dan stim semula kesemua episod Bad Cop menerusi Astro One pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam atau menerusi aplikasi sooka.
Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada, muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Running Man Jadi Avengers, Siapa Paling Onz?

Rancangan realiti popular Korea, Running Man yang memang daebak semestinya mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana telatah peserta mereka membuatkan penonton terhibur.
Kali ini, ahli Running Man bertukar menjadi karakter-karakter ikonik Avengers dalam sebuah sesi fotografi. Ia merupakan sebahagian daripada episode istimewa (episode 455), ‘Running 9’ yang merupakan projek fan meeting sempena sambutan ulangtahun rancangan Running Man yang ke-9.
Episode minggu ini, mereka ditugaskan untuk mereka design t-shirt sebagai merchandise bagi sesi fan meeting tersebut. Tanpa disangka-sangka, Yoo Jae Seok yang biasanya kurang bernasib baik dalam rancangan ini terus berjaya menjadi pemenang dan design t-shirt Avengersnya telah terpilih.

Yoo Jae Suk sebagai Captain America, Kim Jong Kook sebagai Hulk, Lee Kwang Soo sebagai Groot, Song Ji Hyo sebagai Gamora, Jeon So Min sebagai Yondu, Yang Se Chan sebagai Rocket, dan Haha sebagai Ant Man.

Jeon So Min paling mencuri perhatian kerana memegang karakter Yondu dan dicat menjadi warna biru serta berpenampilan tidak berambut. Ji Suk Jin pula menjadi bahan gelak kerana menjadi satu-satunya yang tidak berubah menjadi karakter Marvel sebaliknya berpakaian seperti Gung Ye (Raja legenda Korea).
So, amacam guys? Onz ke tak kalau ahli Running Man jadi skuad Avengers pula?
Gambar: Instagram RunningMan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

