Hubungan aktres popular, Anna Jobling, dengan ibunya, Ariz Arop, kini menjadi topik hangat di media sosial apabila ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib aktres itu.
Lebih memilukan, konflik ini berlaku hampir dengan tarikh ulang tahun kelahirannya yang jatuh esok.
“Sedihnya jadi Anna Jobling. Anak tunggal, bapak dah meninggal. Esok birthday dia, tapi dia kena hadap macam ini.
“Tapi dia tetap pilih untuk diam,” tulis seorang pengguna di platform Thread.
Rata-rata warganet berpendapat isu sebegini perlu ditangani dengan cara berhemah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak yang sudah dewasa.
“Kepada mak-mak di luar sana, kalau anak dah umur 17 tahun ke atas, dah tak sesuai nak pukul. Lagi-lagi kalau dah 20 tahun.
Ads
“Tak perlu sampai pukul lebam-lebam. Kalau perkara kecil, nasihat saja,” komen seorang netizen.
Tidak kurang juga yang menekankan bahawa Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan perintah injunksi tanpa bukti kukuh.
Ads
“Mahkamah tak akan luluskan kalau tak ada bukti kukuh. Biar pihak berkuasa tentukan. Kita orang luar,” tulis seorang lagi.
Selain itu, ada juga yang menasihati orang ramai agar tidak terburu-buru membuat penilaian terhadap Anna.
“Anak perempuan, seronok betul sesama perempuan judge Anna ni kan? Takkan saja-saja nak buat injunksi dan hakim senang-senang approve.
Ads
“Tunggu saja, lama-lama kita tahu apa sebenarnya berlaku,” komen seorang pengguna.
Kemelut hubungan Anna dan ibunya mula menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan hina, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ serta diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik gambar berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak memohon perintah injunksiterhadapnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang bintang TikTok yang berusia 16 tahun di India dilaporkan telah membunuh diri dan dipercayai berpunca daripada masalah tekanan mental.
Sehubungan dengan itu, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara itu.
Menurut Astro Awani, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.
Aplikasi seperti TikTok dikatakan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.
Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan, Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. Dan akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera.
Secara keseluruhannya, 59 aplikasi China telah pun diharamkan, termasuk aplikasi permesejan popular WeChat.
India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih daripada 120 juta pengguna.
Aplikasi tersebut berhadapan dengan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China. Walau bagaimanapun, TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing menafikan dakwaan tersebut.
Sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi semua yang dilakukan haruslah ada batasnya. Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri untuk menerima baik buruk serta padah setiap kelakuan.
Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan buat Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique menerusi lagu Gila. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Aina Abdul (Simpan) dan tempat ketiga disandang oleh penyanyi lagenda, Dato’ Jamal Abdilillah dan Wany Hasrita dengan lagu Belenggu Rindu.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kemunculan Nabila Razali yang membawakan lagu Peluang Kedua, ciptaan Hael Husaini dan MFMF. Bella nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila nyanyiannya ‘tergelincir’ di bahagian korus.
Walau bagaimanapun, penyanyi dan pelakon itu tetap mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus memberi semangat buat beliau.
Bukan hanya selebriti, malah sebenarnya masih ramai netizen di luar sana yang turut bersimpati dan memberi sokongan kepada Nabila Razali.
Malah, komposer dan penulis lirik, Hael Husaini dan MFMF turut memberi kata-kata semangat buat pelantun suara Peluang Kedua itu.
Apa-apa pun, Remaja ingin mengucapkan syabas buat Nabila Razali kerana sudah berusaha keras dan cuba untuk melakukan yang terbaik. Semoga Bella terus kuat dan tidak patah semangat dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial.
Mungkin ramai tidak sedar atau jahil ilmu, di sebalik rasa sedih akibat kematian, terdapat segelintir dari kita melakukan kesilapan bila menguruskan harta si mati.
Ramai salah anggap dengan beranggapan, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan bila berlaku kematian, duit itu menjadi hak mereka sedangkan ia sepatutnya di faraidkan menurut undang-undang Islam. Kalau itulah difikirkan, ternyata kita sudah melakukan KESILAPAN BESAR.
Menurut Perunding Profesional Mewarith, Sfatyma Idris, 25 tahun, masyarakat harus faham, penama adalah orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta si mati dan BUKAN pemilik wang si mati.
“Banyak kesilapan berlaku dan tanpa sedar kita sebenarnya TERMAKAN DUIT HARAM” kerana berlaku salah faham atau kejahilan ilmu tentang hal ini,’ katanya ketika dihubungi REMAJA.
Ramai pihak salah faham tentang soal penamaan dengan beranggapan, wang itu milik mereka sebaliknya penama hanya sebagai pemegang amanah sahajaAdik beradik si mati tidak berhak menerima harta faraid ini jika masih mempunyai ayah tapi berbeza jika ayahnya sudah meninggal, baru boleh.
Menurut Sfatyma, jika berlaku kematian pada ANAK BELUM BERKAHWIN dan anak itu bekerja dan mempunyai wang di KWSP, ASB, Tabung Haji dan sebagainya, maka wang itu menjadi MILIK MAK DAN AYAHNYA. Terpulang kepada mak dan ayah untuk membahagikan kepada anak-anak yang lain mengikut budi bicara mereka.
“Namun jika semasa kematian terjadi, si mati tidak mempunyai ayah lagi (sudah meninggal) maka barulah adik beradik si mati mempunyai hak dan bahagian masing-masing dalam harta arwah.
“Ia akan dibahagikan secara faraid di mana bahagian masing-masing akan ditentukan,” katanya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini hanya tertakluk kepada harta-harta yang berpenama sahaja seperti KWSP, Tabung Haji, ASB dan sebagainya.
“Kalau si mati itu mendapat wang sagu hati (sebagai contoh kes anggota bomba bujang yang lemas di Puchong), duit khairat kematian dan sebagainya, wang itu tidak perlu difaraid kerana ia memang diberi untuk meringankan beban ahli keluarga sedia ada.
Hukum faraid melibatkan yang sudah berkeluarga berbeza sedikit berbanding si mati masih bujang
Menurut perunding profesional ini lagi, pembahagian harta faraid ini berbeza jika si mati sudah berkahwin.
“Dalam hukum Islam, ada 5 WARIS UTAMA iaitu :
i) Ibu
ii) Bapa
iii) Pasangan (suami atau isteri)
iv) Anak lelaki
v) Anak perempuan
“Jika yang meninggal itu, SUAMI, maka ibu dan ayahnya layak menerima wang tersebut. Begitu juga dengan isteri, anak lelaki dan anak perempuannya.
“Hal yang sama juga berlaku jika yang meninggal itu ISTERI, maka pembahagian itu masih sama iaitu mak dan ayah si mati, suami, anak lelaki dan anak perempuannya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini akan berbeza jika AYAH si mati sudah meninggal dunia.
“Jika AYAH MATI, maka nama adik beradik si mati akan masuk dan menerima bahagian faraid ini ,” katanya yang mengakui masyarakat kurang pemahaman dalam isu pembahagian faraid ini.
Jangan bersenang lenang dengan harta si mati tetapi tidak mahu membayar hutangnya.
Bagaimanapun di saat membahagikan wang faraid ini, WAJIB MELANGSAIKAN HUTANG SI MATI terlebih dahulu sebelum semua wang diagihkan.
“Jika si mati mempunyai lebih banyak hutang dan tinggal sifar dalam akaunnya, maka tiada keperluan untuk di faraidkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu Sfatyma berkata, awal tahun ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah menukar polisi di mana bagi anak-anak berusia 18 tahun ke bawah, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan belum belum mencapai usia ketika kematian melibatkan ibu atau ayah, maka IBU ATAU AYAH (tertakluk siapa yang meninggal BOLEH mengeluarkan wang tersebut tanpa perlu anak menunggu usia 18 tahun namun wang itu perlu dibahagikan menurut hukum faraid.
“Ini dilakukan selepas banyak kajian dilakukan di mana penambahbaikan dilakukan. Tetapi ia hanya tertakluk kepada mereka yang telah MEMBUAT PENGEMAS KINIAN PENAMA MULAI JANUARI 2018 dan bukan kepada penamaan lama,” katanya lagi.
Jadi dah fahamkan penjelasan mengenai hukum faraid dan siapa yang berhak ini. Ingat ya, PENAMAAN HANYA PEMEGANG AMANAH, BUKAN PEWARIS HARTA SI MATI. Harta wajib dibahagikan menurut hukum faraid.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.