Sambut Hari Jadi Ke-23 Ibarat Buat Konsert Mini! Aisar Khaled Siap Naik Kren Berlatarkan Bunga Api

Share

Bukan Aisar Khaledlah namanya jika tidak tular di media sosial.

Semalam merupakan tarikh istimewa buat Aisar apabila hari kelahiran ke-23 pempengaruh muda ini telah disambut dalam satu acara mini bersama para pengikut serta peminatnya.

Aisar Khaled.

Bertempat di tanah lapang berdekatan pusat membeli-belah Setia City Mall di Setia Alam, ternyata Aisar merupakan salah seorang pempengaruh yang benar-benar telah mengecapi populariti luar biasa apabila sambutan tersebut berjaya mengumpulkan dua ribu orang pengikut.

Khabarnya, kawasan tersebut siap perlu dijaga oleh pegawai kuatkuasa lagi, wah!

Aisar yang kini terkenal dengan kandungan digital menyampaikan bantuan rawak kepada orang ramai (sama ada yang memerlukan mahupun sebagai kepada sesiapa sahaja mengikut mood Aisar pada waktu kejadian) serta kandungan jenis eksperimen sosial turut menerima layanan istimewa ibarat buat konsert mini.

Di tengah-tengah orang ramai yang mengerumuninya semalam, Aisar telah dijulang tinggi menggunakan kren agar orang ramai di sana lebih mudah untuk melihatnya. Memang persis buat konsert sendiri lah di situ.

Selain dinyanyikan dengan lagu sambutan hari kelahiran, rupa-rupanya Aisar juga telah lama merancang untuk menghadiahkan beberapa barangan menarik kepada mereka yang hadir. Lah, dia yang sambut hari jadi orang lain pula dapat hadiah. Hehe.. bak kata tagline beliau sendiri, “Niatku Hanya Untuk Berkongsi Rezeki”.

Antara barangan yang dibawa pulang oleh peminat bertuahnya termasuklah sebuah kenderaan model Perodua Axia, sebuah motosikal jenama Modenas, wang tunai dan beberapa lagi hadiah kecil lain.

Bertuahnya!

Apapun, moga-moga perkongsian Aisar dan pasukannya kepada para pengikut yang cukup ramai ini akan dibalas dengan rezeki dari Ilahi.

Happy Birthday Aisar Khaled!

FOTO: Instagram @aisar_khaledd

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN