Usahawan dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming, sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan bahawa produk terbaharunya, Sambal Nyet Bilis bakal dilancarkan menerusi satu siaran langsung istimewa dari Puncak Merdeka 118 pada Jumaat ini.
Lebih istimewa, lokasi tersebut merupakan mercu tanda tertinggi di Malaysia dan bangunan kedua tertinggi di dunia, sekali gus menjadikan pelancaran kali ini antara yang paling besar pernah diusahakan beliau.
Sambal Nyet Bilis Dilancar Dari Puncak Merdeka 118
Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul Aming atau mesra disapa KA berkata pelancaran Sambal Nyet Bilis kali ini memerlukan persiapan rapi kerana berlangsung di aras paling tinggi bangunan berkenaan.
Menurutnya, pelbagai aspek perlu diberi perhatian bagi memastikan acara berjalan lancar, termasuk perancangan teknikal dan penyelarasan bersama pihak pengurusan Merdeka 118.
“Ini akan menjadi live stream terbesar yang pernah KA buat dan macam-macam persediaan perlu dibuat daripada awal,” katanya.
Beliau turut berkongsi beberapa rakaman di sebalik tabir yang memperlihatkan proses pemasangan peralatan serta persiapan pasukan produksi menjelang hari pelancaran.
Live Stream Terbesar Pernah Dianjurkan
Acara pelancaran Sambal Nyet Bilis dijangka menjadi antara siaran langsung terbesar yang pernah dianjurkan oleh Khairul Aming. Dengan pemilihan lokasi ikonik di Puncak Merdeka 118, beliau berharap pengalaman tersebut dapat memberikan kelainan kepada para penonton yang mengikuti siaran secara dalam talian.
Ads
Persediaan yang dilakukan bukan sahaja melibatkan aspek teknikal, malah keselamatan, logistik dan koordinasi bersama pelbagai pihak turut diberi keutamaan bagi memastikan pelancaran berlangsung tanpa sebarang masalah.
Menariknya, majlis pelancaran itu turut mengangkat tema kemerdekaan bersempena bulan Ogos.
Menurut Khairul Aming, konsep tersebut dipilih sebagai penghargaan kepada jasa pejuang negara yang telah memperjuangkan kebebasan tanah air.
Ads
Beliau berharap siaran langsung itu bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah menjadi ruang untuk rakyat Malaysia bersama-sama mengimbau sejarah serta menyemarakkan semangat patriotik.
Perjalanan Enam Tahun Yang Mengundang Sebak
Perkongsian Khairul Aming turut menyentuh hati ramai apabila beliau mengenang perjalanan jenama Sambal Nyet Bilis dan Sambal Nyet sejak enam tahun lalu.
Katanya, botol pertama Sambal Nyet pernah dilancarkan secara sederhana di sebuah kedai runcit tepi jalan.
Kini, produk kedua di bawah jenama sama bakal diperkenalkan dari puncak bangunan ikonik negara, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan ketika memulakan perniagaan dahulu.
Ads
“Menitik air mata edit video ni mengenangkan penat lelah berusaha dari dulu lagi. Enam tahun lepas botol Sambal Nyet yang pertama dilancarkan di satu kedai runcit tepi jalan, dan untuk sambal yang kedua kita akan lancarkan dari puncak tertinggi negara.
Terima kasih kepada anda semua yang memberi kepercayaan kepada produk-produk tempatan kita,” tulisnya.
Sambutan Hangat Netizen
Pengumuman tersebut menerima sambutan luar biasa daripada warga maya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming atas pencapaian yang dianggap membanggakan.
Ramai menyifatkan perjalanan usahawan itu sebagai bukti bahawa jenama tempatan mampu berkembang sehingga berada di pentas yang lebih besar jika mendapat sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia.
Pelancaran Sambal Nyet Bilis dijangka berlangsung secara siaran langsung dari Puncak Merdeka 118 pada Jumaat ini, dengan ribuan penonton dijangka mengikuti acara tersebut menerusi platform media sosial Khairul Aming. Pelancaran ini turut dilihat sebagai satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian buktikan nama pendek cepat naik pangkat & buka banyak peluang dalam hidup seseorang. Nama yang ringkas, mudah disebut dan senang diingati dikatakan memberi kelebihan besar dalam dunia kerjaya, perhubungan sosial bahkan dalam dunia hiburan.
Beberapa kajian psikologi sosial antarabangsa mendedahkan bahawa individu dengan nama yang pendek dan ringkas lebih cepat dikenali, memberi aura mesra dan kelihatan lebih mudah didekati. Malah, ada juga bukti menunjukkan nama pendek sering dikaitkan dengan personaliti yang yakin dan senang “lekat” dalam memori orang lain.
Nama Ringkas Lebih “Catchy”
Bayangkan bila korang berkenalan dengan seseorang. Kalau nama mereka panjang dan sukar disebut, mungkin kita akan rasa segan nak panggil atau mudah lupa. Tapi bila namanya pendek seperti Aiman, Zara, Mia, Danial atau Alif ia terus melekat di fikiran. Kesan pertama inilah yang sebenarnya penting dalam membuka pintu peluang.
Kajian daripada Proceedings of the National Academy of Sciences misalnya mendapati bahawa nama yang mudah disebut memberi impak lebih positif dalam penilaian awal seseorang, termasuk dalam temuduga kerja atau mesyuarat penting. Nama ringkas dianggap lebih “approachable” dan meningkatkan kebarangkalian untuk disenangi.
Public Health Malaysia
Cepat Naik Pangkat & Mudah Berjaya
Dalam dunia profesional, nama pendek membantu individu menonjol. Menurut kajian Universiti Melbourne, pekerja yang mempunyai nama mudah disebut lebih berpotensi dipromosikan kerana lebih senang diingati oleh bos dan rakan sekerja. Malah, dalam dunia hiburan pun sama — ramai selebriti memilih nama pentas yang ringkas supaya cepat popular, contohnya Aina Abdul, Naim Daniel, Ayda Jebat, Mira Filzah.
Selain itu, nama pendek sering dikaitkan dengan aura yakin dan profesional. Bila orang mudah menyebut nama kita, mereka lebih selesa untuk berinteraksi. Hubungan kerja jadi lebih lancar, networking pun berkembang, sekali gus membuka banyak peluang baharu.
Jangan Risau Kalau Nama Panjang
Kalau korang ada nama panjang, jangan bimbang. Korang masih boleh gunakan nama panggilan yang catchy untuk branding diri. Banyak orang terkenal gunakan versi pendek nama mereka supaya lebih senang diingati. Yang penting, usaha dan personaliti tetap menjadi faktor utama kejayaan. Nama hanya bonus tambahan untuk mudahkan orang lain ingat siapa kita.
Kesimpulannya, kajian jelas menunjukkan nama pendek memang memberi kelebihan tersendiri dari segi peluang dan kerjaya. Tapi jangan lupa, yang paling penting tetaplah usaha, sikap positif dan keyakinan diri. Nama hanyalah pintu masuk, tetapi siapa kita sebenarnya ialah kunci utama kejayaan.
Johor Darul Ta’zim (JDT) akhinya menamatkan spekulasi mengenai laporan perpindahan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales apabila mengumumkan penyertaan bintang itu ke kelab berkenaan.
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu pada malam tadi mengesahkan Morales, sebagai pemain baharu mereka.
Dalam satu video pengenalan yang dimuat naik di laman Instagram Official Johor, Morales dilihat memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.
Menjenguk ke ruangan komen pula, majoriti peminat menyambut baik pengumuman tersebut dan mengharapkan penambahan pemain kelahiran Columbia ini bakal membantu kelab JDT dalam mengekalkan takhta kejuaraan mereka selama ini.
“Juara lagi lah nampaknya JDT tahun ini,” komen seorang peminat.
“Welcome Morales to JDT!” sambut peminat lain.
“The guy who saved Malaysia against South Korea 3-3. OMG!” seloroh warganet lain.
Buat makluman, pemain berusia 26 tahun ini pernah mewakili PKNS FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City.
Dia sah dijadikan pemain naturalisasi negara pada 19 Disember lalu dan membantu skuad kebangsaan mengikat Korea Selatan 3-3 dengan gol penyamaan dramatiknya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia di Qatar bulan lalu. .
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tom Cruise kembali sebagai watak utama dalam francais filem Mission Impossible. Pada tahun 2023, Mission Impossible akan mengeluarkan filem ketujuhnya, berjudul Dead Reckoning Part One.
Selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19, Dead Reckoning pastinya akan tetap menyajikan cerita menarik dengan adegan aksi yang mengujakan. Jom baca sinopsis dan maklumat menarik lain!
Justeru itu, Remaja berbesar hati nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One ini. Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMF memulakan misi berbahaya untuk mencari senjata dan menundukkan mereka. Senjata ini mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan, ia boleh mengancam manusia jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
Ethan akan menemui halangan apabila dia bertemu dengan musuh misteri bernama Gabriel. Bolehkah Enthan Hunt menakluki senjata dan menyelamatkan bumi untuk kali ini?
Diarahkan oleh Christopher McQuarrie
Ditulis oleh Christopher McQuarrie & Erik Jendresen
Berdasarkan siri televisyen ciptaan Bruce Geller
Dihasilkan oleh Tom Cruise, Christopher McQuarrie
Penerbit Eksekutif David Ellison, Dana Goldberg, Don Granger, Tommy Gormley, Chris Brock, Susan E. Novick
Pelakon: Tom Cruise, Hayley Atwell, Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Esai Morales, Pom Klementieff, Mariela Garriga, Henry Czerny, Shea Whigham, Greg Tarzan Davis, Charles Parnell, Frederick Schmidt, Cary Elwes, Mark Gatiss, Indira Varma, Rob Delaney.
REMAJA nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One pada:-
Tarikh: 10 Julai 2023
Masa: 9:05 PM
Tempat: GSC LALAPORT BBCC, HALL 5
Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!