
Kuku anda adalah salah satu aksesori kecantikan yang mesti dipelihara terutamanya bagi perempuan, jadi tak hairanlah banyak salun-salun yang menyediakan perkhidmatan kecantikan kuku.

Namun, disebabkan teknologi kecantikan yang semakin canggih sebuah salun kecantikan di Dubai dikatakan menawarkan perkhidmatan kuku mikrocip yang membolehkan kad perniagaan diletak pada kuku pelanggan.
Menarik bukan?
Menurut laporan Oddity Central, salun itu mampu memasukkan data di dalam cip berkenaan termasuk maklumat akaun media sosial, laman web dan nombor telefon.
Salon kecantikkan kuku ,Lanour Beauty Lounge menggunakan cip pada atas kuku jari tangan, yang akan disapu lapisan khas untuk perlindungan. Mikrocip berkenaan menggunakan fungsi NFC, teknologi liputan tanpa wayar terhad untuk menjadikan telefon pintar, tablet, kad bayar dan peranti lain lebih bijak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nour Makarem mengakui penemuan cip kecil untuk diletakkan pada kuku adalah sesuatu yang mencabar. Mereka kini dalam usaha untuk meningkatkan tahap keupayaan simpanan data dalam cip berkenaan.
“Kami akan memasukkan maklumat yang anda mahu seperti nama, nombor telefon, akaun media sosial dan laman web.

“Anda mungkin sering lupa membawa kad perniagaan bersama namun sudah pasti tidak akan ‘lupa’ membawa kuku,” katanya dalam Instagram (IG).
Beliau berharap teknologi terbaharu ini akan menjadi pelopor kepada ‘kuku pintar’ yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran bil.
Ouh lupa pula, untukpengetahun korang perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga AS$70 kira-kira RM293 buat kita di Malaysia ni. Bagus juga teknologi ni, tak perlu lagi bawa bag besar-besar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biar Awal Tak Kalut! Lazada ‘Offer’ Diskaun Hingga 90% & Penghantaran Percuma Sempena 3.3 Epic Raya Sale

Umat Islam di seluruh Malaysia hari ini menyambut riang kehadiran bulan Ramadan dengan menyempurnakan hari pertama berpuasa.
Dalam pada korang mendekatkan diri kepada Ilahi dengan penuh keikhlasan untuk memperoleh keberkatan daripadaNya, tiada salah juga untuk korang mula lakukan persediaan mendapatkan barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Kata orang, biar kita sediakan awal. Tak kalut di kemudian hari!
Istimewanya pada tahun ini; platform jualan atas talian, Lazada menyediakan just the right promotions untuk barangan fesyen, kecantikan, elektronik, perkakas rumah dan macam-macam lagi barangan yang perlu korang rebut untuk kegunaan seisi keluarga.
Bermula 2 Mac (8 malam) ini hingga 5 Mac (Rabu), Lazada menawarkan sesuatu yang istimewa bersempena Lazada 3.3 Epic Raya Sale; kempen jualan mega pertamanya untuk tahun 2025.

Mirip kempen jualan yang korang sudahpun familiar seperti kempen 11.11 atau kempen 12.12 sebelum ini, Lazada 3.3 Epic Raya Sale tidak kurang hebatnya dengan bermacam-macam tawaran menarik dan potongan harga tidak masuk akal di seluruh platformnya!
Lazada, obviously, akan menjadi satu-satunya platform jualan yang korang perlukan untuk shopping Raya pada tahun ini.
Jom lihat apa tawaran menarik yang disediakan.

- Setiap pembelian sempena 3.3 Epic Raya Sale turut disertai dengan penghantaran percuma!
- Tawaran diskaun sehingga 90% daripada jenama terkenal.
- Tawaran baucar kempen 3.3 Epic Raya Sale bernilai sehingga RM1,000.
- Tawaran istimewa pelbagai jenis barangan pada harga RM33 sahaja termasuklah jam tangan, kerusi urut, pembersih hampagas robot, kerusi gaming, katil premium dan macam-macam lagi.
- Rebut juga diskaun eksklusif yang diberikan semasa waktu sahur (3 pagi – 8 pagi) dan waktu moreh (8 malam – 12 tengah malam).
Jom Kongsi Kegembiraan Bersama Yang Tersayang Dengan Epic Raya Exchange!
Tradisi berkongsi rezeki menerusi pemberian duit raya tidak semestinya perlu dilakukan secara fizikal.
Menariknya sepanjang Lazada 3.3 Epic Raya Sale, ia menawarkan peluang untuk korang berkongsi baucar sehingga RM233 kepada lima orang member atau ahli keluarga korang pada setiap hari!
Ia bersempena promosi Epic Raya Exchange di mana Lazada ingin memberikan sejumlah baucar dengan nilai keseluruhan RM45,000 untuk korang agihkan kepada yang tersayang.
Namun, korang tidak boleh memilih jumlah yang akan diterima oleh si dia. Ikut nasib lah! Hehe… sekiranya penerima berjaya memperolehi nilai baucar yang tinggi hasil pemberian korang pada hari tersebut, kira bonus lah!
Namun jika jumlahnya tidaklah begitu tinggi, jangan risau kerana korang boleh sahaja hantarkan lebih banyak baucar kepada individu yang sama pada hari-hari seterusnya.

Caranya mudah sahaja:
- Layari laman web Lazada 3.3 Epic Raya Sale.
- Masukkan nombor telefon WhatsApp penerima baucar.
- Penerima akan mendapat mesej WhatsApp dengan kod penebusan unik.
- Setiap nombor telefon hanya layak menerima dua kod penebusan unik dalam tempoh 24 jam.
- Masukkan kod penebusan unik tersebut sebelum menekan butang check out di platform Lazada dan voila! Nikmati diskaun yang disediakan.
Ingat! Promosi Epic Raya Exchange ini bergantung kepada siapa cepat, dia dapat. Ia juga hanya ditawarkan dari 1 Mac hingga 3 Mac ini sahaja.

Siapa kata pengalaman shopping Raya harus mahal?
Yang pasti, satu baju Raya sahaja tidak cukup! Takkan satu perkakas elektrik sahaja untuk digunakan pada Hari Raya nanti…? We think you can grab more!
Mengapa tidak? Dengan potongan harga serta baucar yang disediakan Lazada sempena Epic Raya Sale 3.3 kali ini, Raya tahun ini boleh menjadi pengalaman Syawal paling epik dan tidak boleh dilupakan seisi keluarga sampai bila-bila.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Resipi Nanas Goreng Ranggup, Confirm Sedap Lain Daripada Yang Lain

Siapa sangka buah nanas yang selalunya dimakan begitu sahaja atau pun diguna dalam masakan rupanya boleh dinikmati dengan cara berbeza, iaitu digoreng rangup.
Tahu tak korang nanas adalah ‘superfood’ yang baik kepada tubuh badan kita? Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, nanas sarat dengan vitamin C yang dapat membantu menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus. (Sumber: DrRizal Abu Bakar)
Jadi, untuk korang yang memang suka makan nanas, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ena Mohd Arip telah pun berkongsi satu resipi istimewa dan berbeza dari biasa, nanas goreng.
Bahan-bahan:
– Nanas
– Tepung beras
– Garam
– Baking powder
– Air
– Breadcrumbs
Cara menyediakan:
1. Potong nanas mengikut citarasa korang

2. Bancuhkan tepung beras, garam secukup rasa dan baking powder bersama air

3. Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau pekat

4. Sebagai pilihan, korang juga boleh salut bersama breadcrumbs

5. Kemudian, gorengkan nanas tersebut

6. Siap!

Hasilnya memang rangup dan menyelerakan. Kalau tak percaya korang cubalah sendiri. Hiks! Snek ini sesuai disediakan pada waktu petang. Lebih-lebih lagi kalau waktu hujan, memang layanlah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ena Mohd Arip
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
GORDON RAMSAY Gagal Kejar Impian Jadi Pemain Bola Sepak Tapi Berjaya Jadi Chef Jutawan!

Tersenarai antara chef terbaik di dunia, Gordon Ramsay kini mempunyai 35 buah restoran di seluruh pelosok dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Chef Asal Pulau Pinang Tonggak Di Sebalik Restoran 1 Bintang Michelin Di Singapura
Lelaki yang handal di dapur ini dan bergelar chef selebriti tersohor ini dengan karakternya yang garang, tegas dan perfectionist.
Anak kelahiran Scotland ini juga selalu muncul dalam program TV antara yang popular ialah Kitchen Nightmares, Hell’s Kitchen, MasterChef, dan The F Word.

Sepanjang kariernya, lelaki berusia 56 tahun ini telah memenangi berpuluh-puluh bintang Michelin sehingga layak digelar antara chef terbaik dunia.
Jutawan dan chef kedua terkaya di dunia
Celebrity Net Worth mendedahkan kekayaan Ramsay kini melebihi 220 juta Dolar AS, sementara gaji tahunannya pula lebih AS$60 juta! Bukan saja jutawan, Ramsay juga chef kedua terkaya di dunia selepas Jamie Oliver.
Berikut 5 info menarik mengenai Chef Gordon Ramsay: –

GAGAL JADI PEMAIN BOLA SEPAK
Ramsay pernah menetap di England pada usia lima tahun, membesar di sana dan pernah berimpian untuk menjadi pemain bola sepak.
Rupa-rupanya sejak kecil lagi Ramsay sudah ‘jatuh cinta’ dengan dunia bola sepak sehinggalah dia mendaftar di sebuah kelab bola sepak terkenal di bandar tempatnya tinggal antaranya Oxford United, Glasgow Rangers dan Warwickshire.
Suatu hari Ramsay mengalami kecederaan kaki yang serius. Akibatnya, Ramsay terpaksa menguburkan impiannya untuk bergelar atlet bola sepak.

DARI PENGURUSAN HOTEL KE INDUSTRI MAKANAN
Selepas tamat belajar dalam bidang pengurusan hotel, Ramsay menceburi bidang kulinari. Pada tahun 1987, Ramsay berjaya memperoleh ijazah dalam bidang tersebut.
Dari situ, Ramsay menimba pengalaman bekerja di Wickham Arms termasuk Hotel Wroxton House. Ramsay kemudiannya berpindah ke London dan bekerja di beberapa restoran tempatan.
Selama tiga tahun, dia bekerja di Harvey di bawah pengawasan chef terkenal Marco Pierre White. Ramsay juga belajar masakan Perancis dan bekerja di Le Gavroche di Mayfair.
Ramsay kemudiannya ke Paris dan bekerja di bawah bimbingan Guy Savoy serta Joel Robuchon. Ketika berusia 27 tahun Ramsay kembali ke England.
Setelah bergelar ketua chef di Aubergine, dua tahun kemudian Ramsay meraih penghargaan dari Catey Awards sebagai Newcomer of the Year.

MILIKI PULUHAN RESTORAN EKSKLUSIF
Bermula dengana masalah kewangan yang dialaminya ketika di Aubergine, tercetusnya idea untuk Ramsay membuka restoran sendiri di London pada 1998.
Tiga tahun kemudian, Ramsay memperoleh 3 bintang dari Michelin Guide. Sejak itu, Ramsay mengasaskan banyak restoran walaupun ada di antaranya terpaksa diberhentikan atas pelbagai faktor.
Ramsay memiliki lebih 35 restoran di seluruh dunia. Di London sahaja, terdapat lebih 15 restoran. Seterusnya ialah di seluruh Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, Asia dan Timur Tengah.
‘GARANG’ TAPI PEMURAH
Kejayaan, populariti dan kekayaan tidak menjadikan Ramsay hilang jiwa sosialnya. Di sebalik sosoknya yang tegas dan garang sebagai seorang chef, Ramsay sebenarnya seorang yang peramah dan penyayang.
Bersama isterinya, Ramsay menubuhkan yayasan amal bagi menyokong pembiayaan hospital kanak-kanak.

BINTANG RANCANGAN TV
Pertengahan 2005, nama Ramsay melonjak naik selepas menjadi juri America Hell’s Kitchen di FOX. Popularitinya terus melonjak apabila menjadi ketua juri dalam program MasterChef.
Ramsay semakin disegani kerana pengaruhnya yang besar terhadap budaya popular British. Dengan gaya masakan Inggeris, Perancis dan Itali sebagai tunjang utamanya, Ramsay menulis berpuluh-puluh buah buku.
Bapa lima anak ini turut muncul dalam rancangan MasterChef Junior.
Kesimpulannya, setiap orang di dunia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Namun jangan pernah mengalah dengan bila sekali korang gagal. Seperti kisah ini, walaupun gagal bergelar pemain bola sepak namun Ramsay kini berjaya sebagai seorang chef terkemuda dan jutawan. Belajarlah dari kegagalan untuk kita melakar kejayaan yang lebih baik pada masa depan.
BACA LAGI : Anak Kelahiran Malaysia Muncul Juara Dalam MasterChef’s Champion of Champions UK
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
***
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit Foto: Instagram Gordon Ramsay
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

