Hariz Hamdan, seorang bintang meningkat naik yang kini mula mendapat perhatian pemain industri seni tanah air kerana bakat yang dimilikinya.
Mula bertatih dalam duni seni tempatan menerusi sebuah program realiti popular iaitu Hero Remaja, kini aktor berusia 21 tahun ini juga tidak kurang hebatnya dengan selebriti lain.
Memiliki iras rupa yang tampan dan berbadan tegap, Haris acap kali diberikan peluang untuk memainkan watak sebagai ‘jejaka berada’ ataupun anak kepada ‘Megah Holding’.
Pelakon yang sedang meningkat naik turut dilantik sebagai duta sebuah jenama sukan terkenal, Asics oleh kerana kredibiliti dan karisma yang dimilikinya.
Terbaharu, dirinya teruja dapat bertemu dengan pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch dalam majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 di Bangkok, Thailand.
Menurut Hariz, dia amat mengagumi pencapaian kerja lakonan bintang yang cukup popular dengan drama Devil In Law dan Praomook itu.
“Walaupun dia amat popular di Thailand, tetapi dia amat merendah diri dan tidak lokek memberikan saya nasihat tentang kerjaya dunia lakonan.
“Selain itu, kami juga saling bertukar-tukar pendapat memandangkan sama-sama menitik berat tentang penjagaan kesihatan,” katanya.
Dalam pertemuan itu, Pon yang juga duta Asics Thailand turut sempat menitipkan nasihat buat Hariz. Baginya Hariz seorang pelakon muda yang mempunyai masa depan cukup cerah dalam industri seni tempatan.
“Saya mengenalinya kerana kami sama-sama menjadi duta jenama ASICS di negara masing-masing. Sebenarnya, saya agak terkejut apabila mendapat tahu usianya baru 21 tahun, cukup muda.
“Tetapi melihat pencapaiannya dan cara dia membawa diri saya yakin dia akan pergi jauh dalam industri seni. Cuma nasihat saya, jangan berhenti untuk bekerja keras meskipun sudah berada di tahap yang selesa.
“Setiap hari ada sahaja pelajaran baru yang perlu dipelajari dan sentiasalah perbaiki diri menjadi lebih baik. Disiplin diri paling utama kerana bukan sahaja memudahkan urusan kerja sendiri tetapi juga orang sekeliling,” ujar Pon.
Sementara itu, Pon agak terkejut apabila diberitahu bahawa dia cukup dikenali di Malaysia.
“Saya popular di Malaysia? Sejujurnya saya tidak tahu tentang perkara itu. Apapun terima kasih buat peminat yang memberi sokongan dengan menonton drama saya termasuk di Malaysia,” ujar Pon yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaharunya.
Selain Hariz dan Pon Nawasch, duta lain yang turut hadir pada acara tersebut adalah barisan pelakon terkenal Thailand, Toey Pongsakorn, Neng Sarun dan Tay Tawan serta Ratu Universe Filipina 2019, Gazini Ganados.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengenali siapakah gerangan pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen ini menerusi media sosial.
Lebih mesra dikenali sebagai Cik B, anak perempuan kepada ahli perniagaan, Dato Seri Dr Hajjah Vida ini dari luarannya kelihatan seperti remaja perempuan sebayanya yang yakin, kadangkala kelakar dan hanya menikmati kehidupannya. Namun di sebalik semua itu, Cik B dahulu sebenarnya pernah bergelut dengan isu tekanan anxiety.
Ujarnya, dia bersetuju sekiranya ada yang membandingkan personaliti yang jauh berbeza dengan Mamanya.
“Dulu, saya seorang yang pemalu ketika berhadapan dengan orang yang tak dikenali. Bukan sombong, cuma tak biasa nak bergaul dengan orang lain. Jadi saya lebih banyak mendiamkan diri.
“Isu pemalu ini ditambah pula dengan masalah anxiety yang agak teruk saya alami semasa di sekolah rendah. Saya jadi bimbang dengan kehadiran terlalu ramai orang sampaikan timbul rasa takut jika ingin ke sekolah.
“Mamalah yang banyak membantu saya mengurangkan rasa takut itu, Perlahan-lahan, dia bawa saya berjumpa dan bergaul dengan orang di sekeliling untuk meningkatkan keyakinan diri. Sedikit demi sedikit, perasaan anxiety itu mulai hilang.
“Saya pun sebenarnya bertuah apabila ramai rakan di sekolah yang memberi dorongan. Mereka jugalah yang membuatkan saya minat dengan lagu rap dan fesyen hypebeast (ketawa),” katanya sewaktu menjalani penggambaran cover Majalah Remaja untuk isu Oktober – Disember, tahun lalu.
CIK B AKAN MENJADI LEBIH FEMININ?
Paparan Cik B di samping Dato Seri Vida untuk Majalah Nona baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai orang apabila Cik B muncul dalam persalinan dress serba feminin. Bak watak Femme Fatale, Cik B terserlah sebagai seorang remaja perempuan yang gemar bergaya. Namun, adakah Cik B selesa dengan imej sebegitu rupa?
“Mama nak sangat melihat saya menjadi perempuan yang lebih feminin. Tapi nak buat macam mana, saya memang seorang yang lebih boyish. Lagipun saya bukan bayang ibu saya.
“Saya selalu ditanya sama ada pernah menggunakan produk keluaran Mama sendiri atau tak. Jujurnya, saya tak pernah gunakan produk menguruskan badan dan memutihkan kulit tersebut.
“Ada sebab mengapa saya enggan menggunakannya. Ya ia berkesan jika dipakai berterusan. Tapi memandangkan saya ini seorang yang tak konsisten untuk mengambil apa-apa jenis suplemen dan produk kecantikan, buat masa ini saya tak rasakan ia satu keperluan. Lagipun, saya selesa menjadi diri sendiri buat masa ini," katanya.
*
Betul tu Cik B. Keep being yourself, ramai yang minat dengan diri Cik B sekarang.
Happy birthday!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persembahan Di Matamu oleh Sufian Suhaimi semalam di Anugerah Juara Lagu 33 masih diperkatakan pada hari ini.
Bukan saja kerana dia memperoleh tweet bermakna daripada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikongsi semula oleh ratusan followers.
Malah, persembahan Sufian telah membuatkan seorang penyanyi sebak sehingga mengalirkan air mata!
Wany Hasrita, lets explain..
“Rasanya bukan Wany saja yang menangis, rata-rata di dalam stadium dan mungkin di rumah juga begitu. Cuma kamera dipalingkan kepada Wany dan Erni Zakri. Memang apa yang Sufian ingin persembahkan itu sampai kepada penonton, itu yang sebak. Kalau tak silap, komposer lagu ini (Rinkarnaen & Sirkhan) pun jadi beremosi.
“Versi original Di Matamu itu sebenarnya sudah sedih. Tambahan pula apabila Sufian memulakan persembahan dengan bahagian syair, lagilah Wany tersentuh kerana seni puitis seperti itu memang kena diri Wany.
“Props dan showmanship pula membantu melayakkan Sufian memenangi kategori Persembahan Terbaik semalam,” jelasnya kepada rakan media di M Star.
Betul Wany, ramai yang menonton di rumah semalam pun turut terkesan!
Lagipun, ini bukanlah kali pertama rakan penyanyi menangis kegembiraan setelah penyanyi lain melakukan yang terbaik di acara Anugerah Juara Lagu.
Tahun lalu, Nabila Razali juga ‘ditangkap’ kamera menangis selepas Hael Husaini dinobatkan juara melalui lagu Jampi.
Beberapa bantahan yang dijalankan oleh rakyat Malaysia di hadapan bangunan kedutaan beberapa buah lokasi sedikit sebanyak membuatkan suara mereka didengari terutamanya di media sosial.
Hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Mohd Hashim Abdullah berkata kepada rakan media di Malay Mail bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.
“Selepas memperoleh beberapa aduan, SPR mengambilnya sebagai isu serius dan akan menyiasat,” kata beliau sambil menambah tidak semua rakyat di negara luar menghadapi isu tersebut.
Mengikut aduan yang diterima, antara negara terkesan termasuklah Australia, Itali, Perancis dan United Kingdom.
Bagaimanapun, mengikut rakan kami di sana, sekiranya ia diterima sekalipun, kertas undi pos itu tiba hanya SEHARI sebelum proses pengundian dijalankan di Malaysia.
Itu bermaksud, rakyat Malaysia terutamanya pelajar di luar negara terpaksa meminta bantuan ‘last minute’ kepada mana-mana rakyat Malaysia yang pulang ke negara semalam ataupun awal hari ini.
* * * * *
REMAJA melihat pengundi muda pada kali ini betul-betul ingin melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara.
Pengundi dari luar negara.
Pengundi di dalam Malaysia
Tidak kiralah di kalangan rakyat di luar negara mahupun di dalam Malaysia sendiri, kami semua inginkan proses Pilihan Raya Umum yang telus dan lancar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penutupan jalan Batu Caves Thaipusam bermula 30 Januari hingga 3 Februari. Ketahui senarai jalan ditutup, laluan alternatif dan amaran penting untuk elak kesesakan teruk.