Saksikan Selebriti Popular Meriahkan Karpet Merah Finale Dewi Remaja 2019 Esok

Share

Tinggal lebih kurang satu hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke pentas akhir Pencarian Dewi Remaja 2019 malam esok. Pastinya kesemua finalis berdebar untuk merebut takhta juara dan ingin melakukan sehabis baik bagi tidak menghampakan penyokong mereka semua.

Bertempat di Visual Three Studio Seri Kembangan, malam final Dewi Remaja 2019 akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) selama satu setengah jam, iaitu 30 minit lebih panjang berbanding tujuh episod terdahulu.

Tapi, sebelum itu korang boleh menyaksikan laluan karpet merah di Facebook Live Remaja bermula jam 8.30 malam yang dibawakan oleh rakan telekomunikasi Dewi Remaja, redONE.

Antara selebriti yang akan mewarnai karpet merah malam esok adalah alumni Dewi Remaja, Pushpa Narayan, Ramona Zam Zam, Datin Rebecca Nur Al-Islam, Aleeza Kasim, finalis Hero Remaja 2017 dan ramai lagi.



Dihoskan oleh Safwan Nazri bersama finalis Dewi Remaja yang lepas, Zeera Azizi, pembukaan karpet merah pastinya meriah dengan temubual bersama barisan selebriti tanah air.

Jangan lupa saksikan malam finale Dewi Remaja 2019 esok jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

IKLAN