Para saintis mungkin tengah bertungkus lumus mencari penawar bagi COVID-19. Malah wabak yang telah mengakibatkan 630,054 ribu mati selain 15, 368, 733 orang dijangkiti di seluruh dunia membuatkan semua pihak ternanti-nanti bilakah penawar akan ditemui.
Namun betapa kreatifnya rakyat Malaysia iaitu seorang agen jualan langsung (ermmm ke lebih kepada ingin mengambil kesempatan??) yang mana akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri apabila didakwa menjual gelang yang mampu mencegah COVID-19.
Harga jualan juga boleh tahan, RM580 setiap satu. Tapi mungkin niatnya terbantut apabila dikompaun sebanyak RM50,000.
Dalam laporan Berita Harian, seorang ejen syarikat jualan langsung dikenakan kompaun RM50,000 selepas didapati membuat penyataan mengelirukan dengan mempromosikan gelang yang didakwa mampu mencegah wabak COVID-19 di laman Facebook miliknya.
Ads
Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu dibuat hasil aduan orang ramai selepas penjualan gelang berharga RM580 itu tular di platform media sosial berkenaan.
Iskandar Halim berkata, sepasukan Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan itu dan menyoal siasat wanita berkenaan.
Ads
"Tindakan wanita itu yang mempromosikan produk dengan memberi penyataan yang mengelirukan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h), Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tawaran kompaun maksimum sebanyak RM50,000 kemudian ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan hari ini.
"Jika kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, individu itu akan dituduh di mahkamah.
Ads
"Penalti bagi kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 25, Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, didenda tidak lebih RM 100,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
"Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak lebih RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Iskandar Halim berkata, KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau penyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk.
"Selain itu, semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan," katanya. (sumber : Berita Harian).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang ekstrem sungguh anak muda sekarang bila bercinta. Umur masih lagi sehijau pucuk daun sudah pandai memadu asmara dengan orang yang tidak dikenali. Kes yang berlaku di Jambi, Indonesia ini melibatkan seorang gadis berusia 15 tahun yang dikenali dengan nama Indri.
Ketika berada di lapangan terbang Sultan Thaha Jambi, remaja tersebut membeli tiket pesawat Citilink dengan tujuan untuk ke Jakarta.
Pelik dengan keberadaan remaja tersebut dari pagi sehingga petang mundar-mandir di lapangan terbang. Akhirnya seorang jurujual farmasi di lapangan terbang yang dikenali dengan nama Viktor mendekati remaja itu dan bertanya jika dia memerlukan pertolongan.
Ekoran itu, niat Indri diketahui oleh jurujual itu yang juga terkejut apabila melihat sejumlah wang bernilai IDR20 juta atau kira-kira RM5800 di dalam beg yang dibawanya.
Prihatin dengan situasi yang berlaku, jurujual farmasi itu terus menghubungi pihak lapangan terbang untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam satu kenyataan, pengurus besar lapangan terbang itu, Agus Supriyanto segera melakukan pemeriksaan dan terus membatalkan penerbangan remaja tersebut.
Dia kelihatan kesal setelah beberapa kali diajukan soalan oleh jurujual di lapangan terbang.
Setelah disiasat, rupa-rupanya wang berjumlah lebih IDR20 juta yang dibawa bersamanya adalah hasil dia menjual motorsikal jenis Yamaha N-Mex milik ayahnya. Dia yang kelihatan bingung tetap tekad mahu terbang juga ke Jakarta namun dihalang. Seorang lagi jurujual wanita yang dikenali dengan nama Monica kelihatan cuba menenangkan remaja berkenaan.
Menurut Monica, setelah berbual dengan remaja itu, teman lelaki yang diperkatakan olehnya sudah dikenali selama tiga tahun menerusi permainan game online Free Fire, namun mereka tidak pernah bertemu. Ujarnya lagi, apabila sampai sahaja di Jakarta, teman lelaki remaja tersebut akan memegang duit yang dibawa.
Niat remaja tersebut walau bagaimanapun terbantut dan dia akhirnya dijemput oleh keluarganya pada hari yang sama untuk pulang ke rumah.
***P/S – Nasib baik staf di lapangan terbang peka dengan apa yang terjadi setelah curiga melihat remaja tersebut. Untuk adik-adik yang masih muda, jangan terlalu ikutkan perasaan. Takut nanti bahaya yang menanti.
Selepas menjaringkan 71 golas dalam 94 perlawanan bersama kelab Itali, Juventus, Cristiano Ronaldo khabarnya akan dijual bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak pemain bola sepak terkenal dunia itu tamat pada 2022.
Kelab bola sepak tersebut sedang membuat pertimbangan untuk menjual pemain tersebut dengan lasan mempunyai masalah kewangan berikutan dengan wabak pandemik COVID-19.
Ronaldo menandatangani kontrak bersama Juventus dengan tujuan untuk membantu kelab tersebut mendomninasi Liga Juara-Juara Eropah, namun pihak pengurusan Juventus kecewa selepas kelab itu tewas pada peringkat suku akhir baru-baru ini.
Foto: cnn.com
Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan tidak selamanya muda dan kelab gergasi serie A itu juga berharap agar dapat memperoleh kembali wang sebanyak 99 juta pound (RM 536 juta) yang mereka belanjakan untuk menandatangani kapten Portugal itu dari Real Madrid pada 2018.
Ronaldo dilaporkan menerima gaji kira-kira £540,000 (RM2.9 juta) seminggu. Jumlah tersebut adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding pemain tertinggi yang dibayar kelab, Matthijs de Ligt.
Foto: The Sun
Walau bagaimanapun, kontrak pemain itu akan berakhir lagi 2 tahun dan pasukan itu nampaknya berisiko untuk melihat Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab secara percuma.
Hm, nampaknya COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang bekerja mahu pun berniaga, malah ia juga turut membabitkan kelab gergasi bola sepak.
Sama-samalah kita doakan agar wabak pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat supaya ekonomi dunia kembali pulih.
Kebiasaannya di hujung Ramadan, warga kota akan beramai-ramai pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tradisi balik kampung sudah sinonim dengan norma orang ramai. Namun tahun ini pastinya sangat berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dari terus merebak.
Malah bila menyebut Aidilfitri juga, kebanyakan anak-anak akan membelikan pelbagai barangan buat orang tua di kampung sebagai hadiah terutama melibatkan baju raya, kuih raya dan lain lagi. Namun disebabkan perintah PKP ini hati kita pasti meronta untuk mengirim sesuatu buat sanak saudara di kampung.
Bagi yang biasa menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia iaitu Pos Laju dan Mel, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh akhir menghantar barangan melalui Pos Malaysia adalah pada 16 Mei bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak manakala pada 18 Mei ini bagi dalam Malaysia sahaja.
Manakala tarikh akhir menghantar kad ucapan hari raya pula ialah pada 20 Mei ini. Pengguna yang ingin menggunkan perkhidmatan Pos Malaysia adalah diingatkan agar segera berbuat demikian bagi memastikan barangan dikirim sampai sebelum Aidilfitri ini . Namun jika lewat mengepos barangan dijangka tiba selepas Aidilfitri.
So mana anak-anak yang buat kiriman buat ahli keluarga di kampung bagi meraikan Aidilfitri ini jangan bertangguh ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.