SAH! Avengers Endgame Dengan Babak Dipotong Akan Ditayangkan Mulai Sabtu Ini

Share

 

Bermula awal minggu lalu, netizen di media sosial mula terdengar mengenai ura-ura bahawa filem Avengers: Endgame akan kembali ditayangkan semula di pawagam – dengan beberapa babak BARU.

 

Filem blockbuster keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) itu mempunyai beberapa babak yang tidak disiapkan sepenuhnya justeru dipotong daripada skrip Avengers: Endgame pada April lalu.

Ura-ura itu ditegah ramai orang dan ia dianggap sebagai khabar angin yang tak benar.

Namun, menerusi posting yang dimuat naik oleh pihak pawagam di Malaysia seperti Tanjung Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinemas (GSC) semalam, mereka telah mengesahkan bahawa berita itu adalah BENAR!

Dengan poster baru yang menunjukkan lakaran sarung tangan atau gauntlet milik Thanos – Iron Man serta, TGV berkata filem itu akan ditayangkan kembali bermula 29 Jun (Sabtu) ini.

Sebelum filem itu dimainkan pada layar, korang akan menonton dahulu ucapan ringkas pengarah Avengers: Endgame iaitu Anthony Russo. Tayangan ini juga akan merangkumi babak dipotong yang kini disebut-sebut di media sosial.

GSC pula menerangkan yang jalan cerita filem itu masih sama. Cumanya, ada babak tambahan sekitar 7 ke 8 minit yang akan ditambah.

Err, teori ‘3000 jam tayangan filem-filem Marvel = dialog I love youu 3000 times’ tak menjadi lah ni? (Okay we have gone way too deep in this matter).

Apa-apa pun, tiket tayangan semula Avengers: Endgame ini belum lagi dijual setakat hari ini. Sambil menantikan tiket, apa kata korang kunjungi juga pameran Marvel di Pavilion Kuala Lumpur yang mula dibuka pada Jumaat ini.

Babak teaser Spider Man : Far From Home juga akan ditayangkan
IKLAN