
Datang dalam pelbagai rekaan dan jenama terkenal,pastinya si pemakai akan kelihatan stailo dan cool habis berjalan di hadapan khalayak ramai!
Menariknya tentang Safilo, korang boleh cari pelbagai jenama tersohor dan jenis kaca mata pada satu tempat ia termasuk Carrera, Polaroid, Jimmy Choo, Dior, Hugo Boss, Kate Spade, Fendi, Tommy Hilfiger dan banyak lagi la.



Kebanyakannya kaca mata untuk musim Luruh & Sejuk kali ini datang dalam pelbagai rekaan terutama bingkainya yang aneka bentuk dan material yang pelbagai. Bentuk kaca mata pula ada bulat, cat eye dengan shade yang gelap atau dua tona. Untuk belian kaca mata baru kamu, mungkin ciri-ciri tersebut perlu difikirkan kamu selain bentuk wajahmu.



Koleksi kaca mata hitam Safilo dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi di mana si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Safilo Fall/Winter 2019, sila layari www.safilo.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 16 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/marvel-5.jpeg)
THIS IS JUST GREAT !
Bagi semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) atau sesiapa yang pernah menonton filem keluaran Marvel Studios (which is like, er, everyone!), korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini.
Peluang apa?
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 17 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/marvel-3.gif)
Kami ingin memberi untuk memenangi tiket ke Marvel Studios: Ten Years of Heroes.
Bertempat di tingkat 10 Pavilion Kuala Lumpur, pameran ini meraikan ulang tahun 10 tahun kemunculan filem-filem kegemaran korang ke skrin pawagam.
Ia bukan saja akan menghimpunkan kesemua karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin) yang lain okay.
Antara 10 buah bilik yang ada termasuklah Iron Man, Captain America, Thor, Black Panther, Doctor Strange dan lain-lain
BACA: Pameran Marvel Studios Di KL Lengkap Dengan 10 Bilik dan Kostum Original
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 18 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/marvel-2.gif)
Pameran ini adalah interaktif dengan para pengunjung, membawa semula kita ke semua babak menarik filem Marvel dan mempunyai prop filem sebenar, kostum serta banyak lagi barangan istimewa daripada pembikinan filem.
Antara tarikan lain yang korang boleh saksikan adalah 10 buah galeri yang menceritakan kisah superheroes kegemaran korang.
Bermula Iron Man hinggalah Avengers: Endgame. Captain America, Thor, geng Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel – semuanya akan dipamerkan.
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 19 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/Marvel-Exhibition_KeyArt.jpg)
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 20 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/09/A-replica-of-Thanos.jpg)
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 21 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/09/The-Original-Arc-Reactor-from-Marvel-Studios’-Avengers-Endgame-2019..jpg)
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 22 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/09/Original-Black-Panther-Costume-worn-by-Chadwick-Boseman-in-Marvel-Studios’-Black-Panther-2018.jpg)
Dah excited?
Kami ingin memberikan peluang kepada korang untuk menyaksikan sendiri Marvel Studios: Ten Years of Heroes. LIMA orang pemenang bertuah akan memenangi 2 pasang tiket – each – untuk memasuki ruang pameran.
Tiket ini valid pada 30 September ini jadi pastikan korang redeem secepat mungkin. Bukan saja tiket yang kami berikan. Di kaunter nanti, setiap pembawa tiket juga akan mendapat hadiah edisi terhad Avengers Assemble.
Lihat cara penyertaan & syarat-syarat penyertaan di bawah…and good luck!
Peraduan Marvel Exhibition x Remaja
Syarat penyertaan
1. Share artikel ini di salah satu laman media sosial Facebook, Instagram atau Twitter.
2. Follow Facebook, Instagram dan Twitter Majalah Remaja (search: @majalahremaja).
3. Hantar jawapan kamu secara Direct Message ke Instagram @majalahremaja.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 September 2019
5. Pemenang akan dihubungi oleh pihak kami. Segala keputusan adalah muktamad.
*
Soalan 1
Di manakah lokasi pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes.
Soalan 2
Siapakah tetamu istimewa yang melancarkan pameran Marvel ini pada bulan Jun lalu?
Slogan
Saya tak sabar untuk memasuki bilik _______ (nama adiwira Marvel) kerana …. (tidak melebih 20 patah perkataan).
*
Hantarkan penyertaan korang bersama informasi di bawah:
Nama:
Akaun Instagram / Facebook / Twitter:
Alamat:
No Kad Pengenalan:
Nombor Telefon:
(Informasi peribadi di atas adalah bagi tujuan pengesahan dan tidak akan diserahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan lain.)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Unik dan Kreatif, Trend #GucciChallenge #ChanelChallenge” Makin Tular Di Media Sosial

Meriah betul media sosial kini dengan pelbagai trend cabaran fesyen di TikTok. Yang terbaru, trend yang jadi ikutan ramai termasuklah selebriti adalah #GucciChallenge dan #ChanelChallenge.
ARTIKEL BERKAITAN : Selebriti Malaysia Ikut Trend #JemimahChallenge, Siapa Paling Power?

Ramai selebriti Malaysia yang dilihat menyahut cabaran ini antaranya ialah penyanyi Aina Abdul dan juga pelakon Fasha Sandha.
Aina Abdul
Fasha Sanda
Bagaimana cabaran ini bermula?
Walaupun tidak menggunakan produk asli atau jenama dari Gucci atau Chanel, namun Challenge mendapat perhatian warganet kerana gaya unik dan kreatif yang dihasilkan daripada barangan fesyen yang ringkas atau murah.
Sebenarnya, sebelum Cabaran Gucci muncul, terdapat Cabaran Model Gucci yang menjadi tular di seluruh dunia pada pertengahan 2020. Menurut Majalah W, idea #GucciModelChallenge pertama kali datang daripada Morgan Presley, TikTokers of Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Ketika itu Morgan hanya mahu meniru cara berpakaian ala model Gucci. Secara kebetulan, Gucci baru sahaja mengeluarkan kempen koleksi Musim Gugur/Musim Sejuk 2020 yang menunjukkan model diambil gambar di rumah masing-masing memandangkan pada masa itu wabak COVID-19 sedang merebak secara besar-besaran yang membawa kepada dasar penutupan.

Menurutnya, barangan fesyen yang diperlukan terdiri daripada turtleneck berwarna cerah, kemeja, vest, jaket berwarna cerah, beberapa seluar vinil, skirt mini, tudung, cermin mata hitam, kasut bertumit, stokin, dan gincu merah.
Sambung Dipper, ramai TikToker yang turut serta membuat Gucci Model Challenge dengan versi masing-masing. Begitu ramai di TikTok, Gucci pun memberi penghargaan. Bukan sekadar menyiarkan semula kandungan daripada TikTokers, Gucci turut menjemput beberapa pengguna dengan gaya unik untuk terlibat dalam projek mereka.
Wah bertuah betul kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 34 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-9-24_55_390036.jpg)
Fuh, akhirnya ia telah menemui peminat di pawagam.
Filem Avengers: Endgame merupakan antara filem yang hangat dinanti-nantikan oleh peminat Marvel (dan DC) di seluruh dunia. Lihat sajalah respon peminat ketika beberapa pelakonnya berada di Korea Selatan minggu lalu untuk rangka promosi filem ini. Penuh satu stadium dibuatnya!
Ramai yang ternanti-nantikan kemunculan dan strategi hero mereka seperti Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Hawkeye, Ant-Man, Doctor Strange, Bucky Barnes dan hero yang lain.
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 35 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-7-24_51_763399.gif)
Tetapi, korang perasan tak betapa kentalnya karakter heroin yang ditonjolkan sepanjang filem Avengers: Endgame ini? Ini merupakan 5 karakter #GirlPower pilihan kami.
01
Nebula
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 36 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-2-24_52_514426.jpg)
Jujurnya, penulis merasakan puas teramat apabila dapat menyaksikan karakter Nebula dikembangkan sebaik mungkin dalam filem Avengers: Endgame ini. Nebula lakonan Karen Gillan merupakan anak angkat perempuan Thanos yang telah dilatih untuk taat setia kepadanya walaupun terpaksa membunuh karakter lain.
Dalam Avengers: Infinity War, kita dapat melihat Nebula berjaya menyelamatkan diri daripada genggaman Thanos selepas diseksa terlebih dahulu.
Dalam Avengers: Endgame pula, Nebula ditonjolkan sebagai karakter yang sanggup bersama-sama dengan adiwira lain walaupun dia tak berasal daripada pasukan tersebut. Dia tak menunjukkan tanda-tanda ingin mengalah dan pada satu ketika, cukup berani untuk mempertahankan Gamora walaupun tindakannya itu boleh mengancam nyawanya sendiri.
02
Carol Danvers
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 37 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-3-24_54_878265.jpg)
Filem Captain Marvel mungkin masih hangat diperkatakan sejak ia menemui penonton pada bulan Mac lalu. Ramai yang mengganggap karakter lakonan Brie Larson ini akan menjadi heroin utama sepanjang filem Avengers: Endgame. However, that is not the case.
Walaupun hanya muncul pada bahagian awal dan akhir cerita, Captain Marvel tampil menyelamatkan skuad Avengers pada waktu yang amat getir semasa peperangan. Ini kerana dia mempunyai tugas menjadi heroin di banyak lagi planet lain.
Namun apabila diperlukan di bumi, Captain Marvel ataupun Carol Danvers ini setia membantu rakannya yang lain.
03
Natasha Romanoff
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 38 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-4-24_47_675829-24_47_710881.jpg)
Avengers seakan tak lengkap tanpa kelibat Scarlett Johansson.
Dalam banyak-banyak babak filem Avengers: Endgame, babak pengorbanan Natasha ataupun Black Widow ini adalah antara yang cukup sukar untuk penulis saksikan. Mungkin kerana masih segar dengan babak Deja Vu semasa Gamora ‘dilontar’ ke bawah oleh Thanos sendiri.
Apa yang membuatkan Natasha karakter utama bagi hemat penulis adalah kerana dia adalah watak yang meneutralkan sebarang perbalahan di antara hero-hero sado Marvel. Natasha juga tak pernah menunjukkan reaksi wajah takut jika melakukan misi berani mati Avengers. Contohnya sebelum memasuki ruang masa ‘Quantum Realm’, malah Natasha lebih teruja untuk berjuang berbanding beberapa hero lain.
04
Wanda Maximoff
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 39 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-5-24_27_348207.jpg)
Here comes another #GirlPower character.
Wanda adalah antara heroin terawal yang tak gentar untuk bertarung 1-1 bersama Thanos. Dialog Wanda yang berkata, “You have taken everything from me” dan seterusnya berlawan dengan Thanos membuatkan penonton kaku sebentar.
Boleh ke seorang wanita berlawan dengan Thanos? Dia bukannya Captain Marvel..
Tetapi Wanda/Scarlet Witch lakonan Elizabeth Olsen ternyata menepis segala kesangsian tersebut.
05
Kesemua Heroin Yang Ada!
![[Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower 40 [Spoiler] 5 Heroin Dalam Avengers Endgame Ini Buktikan Semangat #GirlPower](https://cdn.remaja.my/2019/04/heroin-6-24_20_205378.jpg)
Okay, okay. Nampak macam klise, senang-senang je penulis mengatakan kesemua karakter heroin (sama ada yang utama atau sampingan) berdaya saing dan mempunyai semangat #GirlPower.
Namun, ia cukup terserlah dalam babak pertarungan Avengers bersama Thanos dan pasukannya.
Babak berdurasi 10 ke 15 saat itu menunjukkan reaksi ‘ready-to-fight’ kesemua karakter heroin yang berdiri sebelah-menyebelah. Wanda Maximoff, Carol Danvers, Wasp, Mantis, Pepper Potts, Valkrie, Shuri, Okoye dan Marla Hill saling memberikan semangat kepada pasukan all-girls ini walaupun tanpa berkata apa-apa.
#GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

