Nampaknya isu pemain bola sepak negara, Safawi Rashid hangat diperkatakan hari ini apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah meluahkan sesuatu di Instagramnya. Lebih terkesan apabila nama pelakon Syifa Melvin turut dinyatakan.

Memetik laporan Harian Metro, prestasi merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dikaitkan sedang hangat bercinta jelas membuatkan pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar ke atas pemain sayap berkaki kiri itu.

JDT yang sudah mengharungi tiga aksi kompetatif termasuk satu aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berjaya memulakan kempen musim baharu dengan rentak positif.

Bagaimanapun, dua kemenangan masing-masing ke atas Kedah (1-0) untuk menjulang Piala Sumbangsih dan kejayaan mengejutkan kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings (2-1) selain tewas (1-5) kepada Vissel Kobe dari Jepun dilihat masih belum memuaskan hati Tunku Ismail.

Sebaliknya, impak besar yang diletakkan ke atas bahu Safawi masih belum menjelma seperti mana aksi terbaiknya sepanjang musim lalu.

IKLAN

Jelas Tunku Ismail, kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.

IKLAN

“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail di laman sosial Instagramnya.

Ujarnya lagi, beliau memberi amaran ‘keras’ kepada Safawi untuk segera mempertingkatkan prestasinya atau kemungkinan disingkirkan daripada pasukan.

Safawi Kena Tegur Isu Prestasi
TMJ dikatakan hilang sabar dengan prestasi merudum Safawi. Foto NSTP & Ihsan Instagram TMJ

“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari di paksa kahwin. Semoga maju jaya.Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.”

IKLAN

Dalam posting berlainan, Tunku Ismail turut menasihatkan Syifa supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Safawi.

“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M (Syifa Melvin)?”

Sumber : HARIAN METRO

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI