Sabrina Claudio, Daniel Caesar & Dean Antara Line-Up Awal Good Vibes Festival 2019

Share

Yes or Yes?!

 

Seperti yang diharapkan sejak Isnin lalu, penganjur Good Vibes Festival 2019 telah mengumumkan senarai penyanyi dan band yang bakal turun ke Kuala Lumpur untuk edisi tahun ini.

Bakal menemui korang semua pada 20 dan 21 Julai kelak di The Ranch@Gohtong Jaya, senarai awal ini nampaknya menepati expectation peminat muzik Malaysia apabila rata-rata respon yang diberikan mereka dalam ruangan comment

adalah positif.

Ada juga yang berseloroh mengatakan pengunjung perlu membawa kotak tisu memandangkan ramai penyanyi bergenre ‘slow’ dan ‘sedih’ tersenarai.

Berikut adalah antara 10 persembahan yang membuatkan REMAJA excited untuk menonton secara langsung.

 

Cigarettes After S**

Sabrina Claudio

Daniel Caesar

Jai Wolf

Dean

Nothing But Thieves

Russ

Mura Masa

Midnight Fusic

6lack

 

Tiket akan mula dijual di laman web Good Vibes Festival bermula tarik seperti di bawah:

Isnin (25 Mac 2019) jam 12 tengah hari untuk pelanggan U Mobile saja. Korang perlukan kod promo daripada aplikasi MyUMobile untuk membeli tiket early bird dan VIP ini.

Selasa (26 Mac 2019) jam 11 pagi pula adalah untuk semua pembeli.

 

Instagram

 

Untuk pengetahuan korang, Good Vibes Festival hanya dibuka untuk penonton 18 tahun ke atas okay.

IKLAN